RM14.2 JUTA & POLONG MASIH MELANGKAH!

Monday, 15 June 2026

RM14.2 JUTA & POLONG MASIH MELANGKAH! | Terima Kasih Malaysia, Kini Bisikan Bergema Menuju RM15 Juta 

Sokongan luar biasa rakyat Malaysia terus mengangkat Polong sebagai antara filem tempatan paling hangat diperkatakan ketika ini. Selepas mencipta fenomena di pawagam sejak hari pertama tayangan, filem seram arahan Zulkarnain Azhar itu kini berjaya mencatat kutipan RM14.2 juta, sekali gus menghampiri satu lagi pencapaian besar.

Kejayaan ini bukan sekadar angka tetapi bukti sokongan dan kepercayaan penonton terhadap karya tempatan yang berani tampil dengan identiti tersendiri. Mengangkat kisah legasi ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan yang merentasi generasi. Polong berjaya mencuri perhatian penonton menerusi gabungan elemen seram tradisional, naratif psikologi yang mendalam serta pengalaman sinematik yang mencengkam emosi.

Sejak mula ditayangkan, Polong terus menerima pelbagai reaksi positif daripada penonton dan penggiat industri. Ramai yang memuji kekuatan penceritaan, atmosfera seram yang mendebarkan serta persembahan mantap daripada barisan pelakon seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Jun Lojong, Namron, Nadiya Nisaa dan Amir Nafis.

Lebih manis, pencapaian RM14.2 juta ini hadir hasil sokongan berterusan penonton dari seluruh negara yang terus memilih untuk menyaksikan Polong bersama keluarga dan rakan-rakan di pawagam. Sambutan yang diterima membuktikan bahawa karya tempatan berkualiti masih mempunyai tempat yang istimewa di hati rakyat Malaysia.

Kini, #RoadTo15m bermula dan setiap tiket yang dibeli membawa Polong selangkah lebih dekat ke destinasi seterusnya.Terima kasih Malaysia atas sokongan yang tidak berbelah bahagi. Teruskan momentum ini!

Ajak keluarga, sahabat dan insan tersayang untuk merasai sendiri pengalaman seram yang sedang menghantui seluruh negara. Polong masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

#Polong #DiaKembali #KiniDiPawagam #RoadTo15m

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.