Denggi | Day 1 - Zon Kritikal

Monday, 15 June 2026

 

Masa minggu Raya Haji tu kebanyakannya dah fikir pasal cuti tapi ujian kitorang baru bermula. Nasib baik lah tak plan nak balik kampung atau bercuti dekat mana-mana sebab nak guna masa tu untuk rest je dekat rumah. 

Tak sangka pula kena spent energy dekat tempat lain. Hari Sabtu malam tu adik dah start demam tapi tak syak apa pun lah sebab ingatkan dia demam gara-gara kena hujan masa balik dari interview kerja. Hari Ahad pun demam dia tak kebah. Lagi teruk bila dia tak boleh nak makan sebab dah start muntah dan sakit kepala. 

Isnin waktu siang tu masing-masing pergi kerja tapi dah tinggalkan ubat dan makanan untuk dia. Malam tu dia cakap badan dah tak selesa dan penat sebab asyik muntah. Mata pun dah start merah so bawa dia pergi Klinik Syifa. Masa menunggu giliran pun dah 2 kali dia muntah. 


Disebabkan dah 3 hari demam, doktor buat blood test. Doktor kata bukan gastrik sebab dia tak ada pedih ulu hati. Bukan demam influenza juga sebab tak ada selsema dan batuk. Lepas 15 minit, dapat keputusan ujian darah, dia rupanya kena denggi. Doktor kata platelet darah 120 tapi denggi dah dekat border. Kalau 3 jam tak bawa pergi hospital, dia akan kena denggi berdarah. 

Tunggu lagi 10 minit untuk klinik siapkan referral letter ke Hospital Sungai Buloh. Lepas dah settle dekat Klinik Syifa, balik rumah kejap untuk pack semua barang dia nak guna dekat hospital nanti sebab sah-sah la kena warded. Berapa lama kena tahan tu je yang tak tahu. 

Pukul 12 gerak pergi Kecemasan tapi kitorang salah masuk ke bangunan wad. Waze pun bawa ke situ. 

😖: Maaf nak tanya, kecemasan dekat mana ye?
😏: Keluar dari sini lepastu ambil kiri, stay je kiri sampai nampak kecemasan
😖: Oh ye ke, okay okay terima kasih ye
😏: Signboard kecemasan tu besar, dari tepi jalan dah boleh nampak. Kalau duduk dalam ambulans pun boleh nampak. 

I was like ermmm ayat last tu tak perlu kot sebab kitorang first time datang Hospital Sungai Buloh, pukul 12 malam pulak tu dalam keadaan panik. Kadang besar pun memang tak nampak. Bila dah ikut arahan yang dia bagi, kitorang macam lahhh memang patut lah tak nampak sebab signboard dia malap lepastu terlindung dengan pokok. 

Sampai dekat kecemasan, bagi referral letter dekat kaunter pendaftaran tapi awal tu kes macam nak kena reject tapi accept jugak sebab jantung laju sangat so kena refer dengan doktor pakar. 


Nurin kena masuk zon merah sementara tunggu doktor pakar. I follow belakang sebab zon merah cuma seorang pelawat saja dibenarkan masuk. Masuk je dekat dalam hospital, nurse bunyikan bell untuk inform semua ada patient masuk tapi reaction semau nurse dekat dalam tu annoying betul. Semua emo sebab ada patient. 

'Dah dah la tu.'
'Aduhhh ada lagi'
'Tolong stop dekat yang ni je.'

Muka masing-masing memang tak sorok langsung tapi I just nak inform je lah yang demam denggi ni kitorang tak plan pun. Kalau boleh nak lepak tengok movie dekat rumah makan ayam gepuk daripada pergi hospital. 

Dah sampai zon merah, kaunter suruh pergi buat bayaran dekat kaunter hasil. Jem palo nak keluar pergi ke depan balik sebab nurse tadi jalan laju sangat sampai tak sempat nak hafal. Try juga cari jalan sendiri, ikut signage exit lepastu sesat. Bila dah stuck, tanya dekat nurse dekat zon lain tapi dia pandang atas bawah lepastu cakap cari je exit. Membantu sangat. 

Lepas beberapa minit serabut sendiri, finally dapat lah jumpa laluan keluar itupun sempat tersalah masuk dalam bilik stor 😩


Selesai dekat kaunter hasil, dah daftar dan bayar RM1, kena bawa resit sebagai bukti dah bayar ke zon merah balik. Haihh another try and error. Kali ni minta Fariha teman lepastu ikut signage menuju ke zon merah. Signage tunjuk belok kiri tapi bila belok kiri jumpa tandas. Haihhh lepastu cari guard then dia kata kena masuk dalam lepastu belok kiri. Masuk dalam tu pandai-pandai lah fikir mana zon merah. 

Bila dah sampai dekat kaunter zon merah, dah tunjuk resit dari unit hasil, dia kata okay takpe, simpan je. Lepastu berdiri lah lama depan kaunter sebab tak tahu nak buat apa. Yang dekat kaunter pun tak cakap apa, I lagi lah tak tahu nak buat apa. Bukannya hari-hari check in zon merah. Setengah jam tunggu depan tu pastu ada nurse bagitahu tunggu lagi setengah jam untuk diorang dressing. 


Lepas setengah jam, masuk balik ke zon merah. Masa ni dah pakai baju hospital pastu nurse asingkan baju dia pakai tadi masuk dalam plastik untuk dibawa balik. Sebelah tangan kena cucuk IV drip, sebelah lagi ubat demam untuk turunkan suhu. Masa dekat zon merah, suhu dia dah jatuh ke 37 dc dah. Mual dan sakit kepala dah tak ada. Badan je tak selesa sebab rasa lenguh. 

Nurse bagitahu kena tunggu lagi 3 jam untuk jumpa doktor pakar. I keluar balik pergi ke kaunter unit hasil tunggu sampai pukul 3 pagi. Tertidur sebenarnya tapi tak nyenyak sebab depan ruang menunggu tu ada bilik rawatan sekunder. Kejap-kejap nurse jerit panggil patient masuk. 


Kepala dah start sakit sebab tidur terkejut terkejut macam tu. Pergi dekat mesin air ni, order teh tarik sementara tunggu pukul 3. Nampak lah amaran dia kata panas tapi tak sangka panas menggelegak. Jenuh tunggu suhu dia berkurang tapi bila minum mehhh. Rasa dia milk tea bukan teh tarik, ceroi. 

Pukul 3 lebih I masuk dalam zon merah balik lepastu nurse dekat kaunter bagitahu kena tunggu doktor pakar so keluarga boleh balik. 

😦: Nurse, adik saya macam mana ye?
👩: Kena tunggu doktor pakar check dulu. Nanti kita call lah bagitahu bila dah transfer ke wad biasa. 
😦: So malam ni dia kena stay dekat zon merah dulu ke?
👩: Betul, takpe keluarga boleh balik dulu nanti esok datang balik sebab saya rasa doktor pakar available pagi esok. 
😦: Pagi tu agak-agak pukul berapa ye? Sebab semua kerja jadi nak confirmkan kalau perlu ambil EL
👩: itu kita pun tak pasti bila doktor pakar datang check. yang pastinya waktu pagi.
😦: Hospital akan call bagitahu kan nanti?
👩: Kita tak akan call.
😦: Eh tadi.. kata nak call?
👩: Kita tak call, pesakit ada hp kan? Dia yang akan inform nanti. 

Dah pukul 3 ni memang malas ye nak balah dengan orang. Masa ni nak balik tidur je sebab adik pun dah ada katil dekat zon merah tinggal nak jumpa doktor pakar je. I nak tinggalkan bag yang dah pack semua barang tu tapi tak tahu nak tinggal dekat mana. Risau bag tu tertinggal dekat wad masa kena transfer nanti, tak memasal pulak hilang barang penting dalam tu so kitorang bagi handphone dengan power bank je. Yang lain kitorang pegang dulu. 

Selesai dekat zon merah, kitorang balik berehat dekat rumah sebab esok semua nak pergi kerja. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.