Lebih Banyak Pilihan Tontonan: Astro dan Disney+ Bawakan Rancangan Global dan Kandungan Tempatan | Dua peneraju kandungan bekerjasama untuk membawa rancangan ikonik Disney+ ke Astro dan koleksi karya tempatan Astro ke Disney+, sekali gus memperluas akses serta pilihan kandungan kepada penonton di seluruh Malaysia
KUALA LUMPUR, 30 Jun 2026 – Astro, peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, bersama Disney+, platform penstriman khusus yang menampilkan watak-watak dan kisah ikonik kegemaran ramai, hari ini mengumumkan kerjasama yang diperluaskan. Inisiatif ini menggabungkan kandungan bertaraf dunia dengan karya tempatan, seterusnya memperluas capaian dan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kandungan daripada kedua-dua platform.
Melalui kerjasama yang dipertingkatkan ini, lebih banyak filem, siri dan kandungan asli Disney+ kini akan tersedia di platform Astro termasuk Astro TV, Astro GO dan NJOI, sekaligus memudahkan penonton Malaysia menikmati hiburan global kegemaran mereka. Pada masa yang sama, pilihan kandungan tempatan Astro yang dikurasi, termasuk rancangan popular Malaysia, akan dipaparkan di Disney+, membawa kisah tempatan kepada khalayak yang lebih luas.
Disney+ menampilkan francais hiburan terkenal dunia serta watak-watak ikonik daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, jenama hiburan umum Hulu dan banyak lagi kepada penonton global. Kini, kandungan ini akan menjadi lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia melalui platform Astro. Pelanggan Astro dan NJOI boleh menikmati lebih banyak filem dan siri Disney+, termasuk judul blockbuster seperti Pirates of the Caribbean, Kingsman: The Secret Service dan The Incredible Hulk, selain filem kegemaran seperti Maleficent, Brave dan Monsters University, serta siri popular seperti Buffy the Vampire Slayer, Scrubs dan New Girl.
Sebagai peneraju kandungan tempatan, Astro terus menghasilkan karya asli yang dekat di hati jutaan rakyat Malaysia merangkumi animasi kanak-kanak yang memenangi anugerah, rancangan variasi, program hiburan unggul dan drama menarik. Kini, semakin banyak kandungan Malaysia akan turur tersedia di Disney+ dalam pelbagai genre termasuk seram, drama, realiti, aksi dan program kanak-kanak. Antara judul popular termasuk Zombi Kampung Pisang, Polis Evo 1 & 2, Ola Bola, Khun:Sa - Che Khun Che Nisa, Takdir Itu Milik Aku, Syurga Itu Bukan Mudah, Travelawak: Projek Bapak Bapak dan Didi & Friends, sekali gus menambah kepelbagaian pilihan tontonan.
Agnes Rozario, Ketua Pegawai Kandungan Astro berkata, “Kami amat teruja untuk memperkukuh kerjasama dengan Disney+ seiring dengan perubahan tabiat tontonan dan usaha kami untuk menyediakan pengalaman merentas platform yang lebih lancar. Kerjasama ini menggabungkan karya global Disney+ dengan kandungan tempatan Astro yang penuh makna, sekali gus membuka peluang kepada cerita Malaysia seperti Didi & Friends, Polis Evo dan Travelawak: Projek Bapak Bapak serta produksi asli Astro yang lain untuk dipaparkan bersama katalog hiburan global Disney+. Kerjasama ini memberi lebih banyak pilihan, kemudahan dan kepuasan kepada pelanggan, menjadikannya lebih mudah untuk menikmati kandungan global dan tempatan dalam satu ekosistem yang terhubung.”
Mark Chan, Naib Presiden dan Pengarah Urusan bagi Singapura, Malaysia, Taiwan dan Hong Kong, The Walt Disney Company berkata, “Di Disney, penceritaan sentiasa menjadi teras kepada segala yang kami lakukan. Melalui kerjasama bersama Astro, kami teruja untuk membawa kisah-kisah global yang digemari ramai kepada lebih ramai penonton di Malaysia, di samping memperkukuh koleksi tempatan di Disney+. Ia tentang membuka peluang kepada penonton untuk menemui penceritaan yang menarik—sama ada dari seluruh dunia atau dari negara sendiri.”
Pelanggan Astro kini boleh melanggan Disney+ dengan mudah sebagai tambahan melalui aplikasi atau laman web My Astro. Bermula dari RM18.30/sebulan, pelanggan boleh menikmati pelbagai kandungan Disney termasuk filem blockbuster, francais popular dan Disney+ Originals eksklusif. Bagi pelanggan Movies Pack dan Pek Epic Astro One, Disney+ sudah termasuk dalam langganan tanpa kos tambahan—hanya aktifkan dan mula menonton serta-merta.
Untuk pilihan tontonan yang lebih luas, pelanggan boleh menambah Pek Blockbuster pada harga RM9.99/sebulan, yang merangkumi empat saluran Bahasa Inggeris baharu — Astro Showtime (CH 411), Astro FAM Time (CH 412), Rock Action (CH 414) dan Rock X Stream (CH 415), dengan Astro Showtime dan Astro FAM Time menampilkan pilihan kandungan daripada Disney+.
Astro terus menawarkan nilai berganda melalui Pek Astro One yang tersedia bermula RM49.99*, memberikan pelanggan akses mudah kepada penstriman, hiburan dan pelbagai lagi. Pelanggan yang berminat boleh melayari astro.com.my atau menghubungi Astro melalui WhatsApp di 03 9543 3838.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.