ARIANA YUSOF DIHIMPIT CINTA, PENGKHIANATAN DAN MUSLIHAT DALAM “SALJU & 7 BUAYA” | SATU WARISAN, TUJUH LELAKI, SERIBU HELAH
Kuala Lumpur, 22 Jun 2026 – Mampukah cinta bertahan apabila terpaksa dipilih antara hati dan harta pusaka bernilai jutaan ringgit? Salju & 7 Buaya, siri drama mikro terbaharu yang diinspirasikan daripada kisah dongeng klasik Snow White bakal menemui penonton bermula 24 Jun 2026, setiap hari jam 8.00 malam, eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton.
Menampilkan Ariana Yusof, Imranul Effendy, Syafi Tee, Syuhaida Abraz juga Watie Sadali, drama ini membawa penonton menyelami perjalanan hidup seorang wanita yang terpaksa berdepan ujian demi ujian selepas mewarisi kekayaan keluarganya. Dalam dunia yang dipenuhi muslihat dan kepentingan, dia bukan sahaja kehilangan cinta malah, menjadi sasaran pihak yang sanggup melakukan apa sahaja demi harta.

Salju & 7 Buaya mengisahkan Salju (Ariana Yusof), seorang gadis yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu angkatnya, Mak Sherry (Watie Sadali). Walaupun hidup serba sederhana, Salju dikenali sebagai seorang yang baik hati, sopan dan sentiasa membantu orang lain. Kebahagiaannya semakin sempurna apabila Haikal(Imranul Effendy ) lelaki yang dicintai, melamarnya untuk dijadikan isteri.
Namun, segalanya berubah secara drastik apabila seorang peguam muncul pada hari pernikahannya dan memaklumkan bahawa Salju sebenarnya merupakan pewaris sah kepada harta peninggalan arwah bapa kandungnya. Bagaimanapun, terdapat satu syarat yang perlu dipatuhi iaitu dia tidak dibenarkan berkahwin dalam tempoh tiga tahun. Jika syarat itu dilanggar, semua haknya sebagai pewaris akan terbatal.
Demi masa depan dan atas pujukan Mak Sherry, Salju mengambil keputusan berat untuk membatalkan perkahwinannya. Keputusan itu menghancurkan hati Haikal, malah keluarganya turut berasa dipermalukan sehingga Haikal akhirnya dikahwinkan dengan Melinda (Lollysam), bekas majikan Salju yang sering menganiayanya.
Kehidupan Salju terus berubah apabila dia dibawa bekerja di syarikat milik keluarga kandungnya. Di situlah dia bertemu dengan ibu tirinya, Che Puan Sarima (Zarynn Min) dan anak tirinya Saodah (Syuhaida Abraz). Tanpa disedari, Che Puan Sarima hakikatnya mempunyai agenda tersendiri dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan Salju tidak mendapat haknya sebagai pewaris. Ini termasuklah, bekerjasama dengan Haikal serta enam lelaki lain untuk menghancurkan kehidupan Salju.
Mampukah Salju mempertahankan haknya sebagai pewaris? Adakah cinta yang pernah musnah mampu kembali bersatu?
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Salju & 7 Buaya mulai 24 Jun 2026, setiap hari jam 8.00 malam eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton. Sebuah drama penuh warna yang menggabungkan cinta, komedi, konflik keluarga dan pengajaran tentang ketamakan, keikhlasan serta pengorbanan.
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama dan rancangan kegemaran anda, layari Facebook, X, YouTube dan Instagram TV3 di
@TV3Malaysia, ikuti juga Instagram rasmi Drama Sangat di
@dramasangat serta platform rasmi tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram di
@tontonmy.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.