Kemeriahan filem seram komedi 5 Bomoh terus dirasai apabila siri Jelajah 5 Bomoh mendapat sambutan hangat daripada para peminat yang hadir memeriahkan beberapa lokasi terpilih sekitar Lembah Klang. Kehadiran ramai pengunjung sepanjang jelajah berlangsung membuktikan keterujaan orang ramai terhadap filem ini yang kini sedang ditayangkan di pawagam.
Suasana di setiap lokasi bertambah meriah dengan kehadiran peminat daripada pelbagai lapisan umur yang hadir seawal program bermula. Mereka bukan sahaja berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama para pelakon, malah turut menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang jelajah berlangsung.
Barisan pelakon terdiri daripada Datuk Aaron Aziz, Dato’ Afdlin Shauki, Datuk Amy Search, Johan, Ozlynn dan Ungku Hariz nyata menjadi tumpuan apabila peminat tidak melepaskan peluang untuk bergambar, mendapatkan autograf serta berkongsi keterujaan mereka terhadap filem ini. Gelak tawa dan sorakan yang mengiringi setiap sesi membuktikan hubungan rapat antara para pelakon dan peminat yang hadir memberikan sokongan.
Beberapa lokasi jelajah termasuk di TGV Central i-City, Shah Alam dan GSC Setia City Mall, Shah Alam turut berlangsung meriah dengan kehadiran peminat yang ingin mengenali lebih dekat keunikan 5 Bomoh. Perkongsian pengalaman di sebalik tabir pembikinan filem serta pelbagai kisah menarik sepanjang penggambaran berjaya mencuri perhatian dan menghiburkan pengunjung yang hadir.
Bagi yang terlepas menghadiri Jelajah 5 Bomoh, jangan risau kerana anda masih berpeluang menyaksikan filem ini di pawagam dan merasai sendiri pengalaman hiburan yang dijanjikan. Untuk perkembangan terkini serta kandungan eksklusif, ikuti platform media sosial rasmi 5 Bomoh dan gunakan tanda pagar #5Bomoh serta #Jelajah5Bomoh.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.