TIKET AJL40 JADI REBUTAN, BAHANG AJL40 SEMAKIN MEMUNCAK

Sunday, 28 June 2026

Tiket Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) kini hanya berbaki 20 peratus susulan sambutan luar biasa daripada peminat yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam berprestij yang bakal berlangsung di Unifi Arena pada 15 Ogos 2026 nanti.

Bersempena hujung minggu pertama selepas hari gaji, inilah peluang terbaik untuk mendapatkan tiket lebih awal sebelum kategori pilihan menjadi tumpuan. Daripada sekadar mengikuti kemeriahannya di kaca televisyen, ramai kini memilih untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman AJL40 dengan hadir menyaksikan sendiri malam yang meraikan karya, bakat dan perjalanan muzik tanah air.

Selama empat dekad, AJL bukan sekadar pentas mengiktiraf lagu terbaik, malah berkembang menjadi platform yang mengangkat keseluruhan ekosistem muzik tempatan. Ia terus meraikan peranan komposer, penulis lirik dan penyanyi yang menjadi tunjang kepada karya-karya malar segar, sekali gus menyatukan peminat muzik merentasi generasi.

Menjelang malam kemuncak, keterujaan terhadap AJL40 dijangka terus meningkat dengan pelbagai pengumuman menarik yang bakal menyusul. Bersempena sambutan ulang tahun ke-40, peminat boleh menjangkakan sebuah penganjuran yang lebih besar, lebih megah dan lebih bermakna, sepadan dengan kedudukan AJL sebagai acara muzik paling berprestij negara.

Bagi peminat yang ingin menikmati pengalaman paling eksklusif, kategori Super VVIP (RM398) menawarkan pengalaman karpet merah, barangan eksklusif AJL40 serta laluan khas. Turut ditawarkan ialah kategori Arena - Laluan Khas (RM188), Aras 3 (RM98) dan Aras 4 (RM78) bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada peminat untuk menikmati malam istimewa ini.

Semua kategori tiket boleh didapati menerusi www.wowtix.com.my. Dapatkan tiket anda lebih awal dan alami sendiri kemeriahan AJL40 di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos 2026 ini!

Sertai kemeriahan #ROADTOAJL40 dan ikuti setiap perkembangan AJL40 menerusi #AJL40 dan #GENERASISELAMANYAJUARA. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X dan Threads di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.