Denggi Day 3 - Raya Haji Dekat Hospital Sungai Buloh

Monday, 15 June 2026


Pagi-pagi lagi dah keluar mencari ketam tapi sebab raya haji kan, mana ada kedai yang bukak. Patutnya beli masa balik dari hopital semalam tapi masing-masing pun dah tak larat. Pergi NSK pun ada ketam yang ni je. Masak je lah buat sup, asal ada je. Nak cari jus daun betik memang tak jumpa la cerita dia. 


Pukul 12 gerak pergi hospital Sungai Buloh, lepas dah siap masak bekal untuk makan tengahari. Takut juga kafe dekat bawah balai pelawat tu tak buka sebab raya haji. Dah sampai hospital nampak ramai lah yang pakai baju raya. 



Hari ketiga dah tak perlu IV drip sebab dah boleh minum air sendiri, demam semua dah tak ada. Mandi je tak boleh lagi. Sambil sembang sambil lap badan dia guna wet wipes. Function sangat wet wipes kalau masuk hospital. Lepas guna terus buang je. 


Percubaan untuk dia habiskan sup ketam tu gagal sebab dia cakap tak sedap. Nasib buat sikit je sup ketam tu, sudahnya kitorang yang datang melawat ni yang makan. Dah habis waktu melawat sampai pukul 2 petang terus doktor datang untuk check health condition dia. 

Kitorang pun bergerak pergi ke kafe untuk makan tengahari. Ada je yang buka kedai tapi tak banyak lah. Nasib baik bawa bekal dari rumah sebab makanan pun dah tinggal hujung masa tu so kitorang order air je. Lepas dah habis makan terus naik ke tingkat atas untuk solat Zohor dengan Asar. 


Nak masuk dalam surau tak dibenarkan bawa makanan atau minuman. Air botol pun kena letak dekat pantry sebelah surau tu. Surau Hospital Sungai Buloh ni luas dan selesa lah jugak. Ada plug point so sambil tunggu Asar tu boleh charge phone. 


Telekung dekat sini pun dijaga sebab wangi dan bersih. I ada bawak telekung sendiri sebab takut tak cukup dekat sini tapi okay je. Tunggu Asar tu tak lama pun dalam setengah jam macam tu sebab Zohor pun dah nak hujung waktu. Lepas Asar pergi menyinggah dekat Kopie Satu nak beli kopi dengan lasagna.

Naik atas ke tingkat 4 balik untuk sesi melawat kedua. Masa ni tolong suapkan adik makan sebab tangan dia dah lenguh sebab dua-dua belah ada bekas cucuk jarum. Yang sebelah kanan tak boleh nak gerak sangat sebab ada branula lagi. 

🙎: Amboiiiii makan sampai kena kakak suap ye. Manja ni haha sorry ye misi gurau je, hari ni kan raya haji. minta maaf ye
😝: takde apa lah, saja je nak suap dia. misi nak tanya bila ye dia boleh discharge?
🙎: alamak misi pun tak tahu sebab doktor yang tentukan pasal ni. selalunya kalau nak keluar cepat, water intake tu kena cantik. 

Bila tengok daily water intake nurin hmmm hampeh ye sebab nak cecah 1liter pun payah. Dia kata sebab air yang hospital bagi tak sedap. Ingatkan dia buat alasan taknak minum rupanya betul lah tu. Hospital bagi drinking water, mana maunya. 

Bila misi tu pergi check patient lain, nurin suruh tanya pulak boleh tak jalan-jalan kat luar sebab dia dah bosan duduk wad. 

🙍: Nak jalan-jalan pergi mana? Kalau nak jalan dalam wad ni boleh je tapi kalau keluar dari pintu depan nanti acik guard tu marah. Patient kena stay dalam ni je. 
😂: Haha tak boleh keluar. Minum lah air banyak-banyak nanti discharge cepat,. Sabtu ni boleh pi pesta buku. Kalau tak kitorang tinggal lah hg dekat sini. 
😓: alaaa nak ikut


Tak lama lepas tu staff hospital datang hantar makan malam tapi tak selera lah pulak tengok menu dia. Nasib baik dah beli lasagna untuk nurin, berselera pulak dia makan sampai habis. I turun kejap pergi mart dekat bawah nak beli spritzer tapi tak ada spritzer botol besar. Terpaksa lah ambil mineral water yang ada je. Cactus tak silap. Pastu beli lah spritzer 500ml dekat mesin gedegang. Itu je yang ada tapi jenuh nak tunggu sebab mesin tu terhad 1 unit untuk satu pembelian. 


Dah pukul 7 tu terpaksa lah balik tinggalkan nurin dekat hospital. Masa nak balik rasa kesian tak boleh teman tapi nak teman pun nak tidur mana pulak. I je emo lebih, nurin okay je kitorang balik rumah sebab dia boleh tidur lama-lama. 


Keluar dari lif tingkat bawah nampak stok A4 paper dekat hospital ni, banyak betul. Entah ni untuk stok berapa lama punya. 


😮: Kenapa eh ada jaring dekat atas tu?
😓: taknak burung masuk kot
😮: tapi ada je burung masuk, nampak kat hujung tu ada lubang
😓: entah 
😮: nak elakkan orang bunuh diri kot.
😓: make sense. 


View senja hari raya haji tak cantik macam hari sebelumnya tapi okay lah, cantik je. Malam tu kitorang tidur nyenyak lah sikit sebab adik dah hilang denggi dia. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.