Pengarah: Kuntz Agus
Penulis Skrip: Pidi Baiq, Titien Wattimena
Pelakon: Ajil Ditto, Adinia Wirasti, Hanggini, Ciara Nadine Brosnan, Faiz Vishal
Syarikat Produksi: MVP Pictures, The Panasdalam Pictures
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 89 minit
Tarikh Tayangan: 5 Februari 2026
Trailer:
Selepas 3 tahun berpisah dengan Mera (Adinia Wirasti) dan melupakan Arnaza (Hanggini), pelukis muda bernama Sadali (Ajil Ditto) mengambil keputusan untuk berpindah ke Magelang. Ditemani Sunar (Roihan Muhammad), pembantu peribadi merangkap pengurusnya, Sadali aktif melukis dan mencurahkan perasaannya di atas kanvas.
Namun, lama-kelamaan seninya hilang kerana teman baiknya, Budi (Faiz Vishal) datang maklumkan tentang keadaan Mera di Jakarta yang akan bernikah. Banyu (Muhammad Abe Baasyin) tidak mahu menerima lukisan-lukisan Sadali kerana kurang personaliti yang dimasukkan. Dia kemudiannya berikan tempoh masa selama sebulan supaya Sadali dapat siapkan karya untuk dipamerkan di solo exhibition nanti.
Pemikiran Sadali semakin terganggu dengan kehadiran Arnaza yang menuntut maaf akibat putuskan pertunangan mereka. Latifah (Daisy Natalya) nasihatkan Arnaza supaya berhenti mencari Sadali kerana rakannya sudah pun berkahwin dengan Mustofa (Haru Sandra). Tapi Arnaza perlu penjelasan dari Sadali untuk dia move on malah perangai Mustofa yang selalu sibuk dengan kerja juga buatkan hubungan mereka goyah.
Dalam masa yang sama, Mera juga dilemma sama ada ingin bertemu dengan Sadali selepas anaknya, Kikan (Ciara Nadine Brosnan) maklumkan khabar terbaru pelukis tersebut. Mera ingin takdir menemukan mereka berdua dan hajatnya termakbul.
Naskhah Sadali merupakan sekuel kepada filem Hidup Ini Terlalu Banyak Kamu (2024) arahan Kuntz Agus juga masih lagi menggunakan khidmat penulis yang sama, Titien Wattimena. Filem yang diangkat dari novel Pidi Baiq menyambung perjalanan Sadali setelah keluar dari kemelut cinta tiga segi antara dia, Mera dan Arnaza.
Punca mereka berpisah pun sebab Mera tak mahu jadi punca Sadali dan Arnaza putus tunang tapi keputusan Mera pun dah terlambat bila Sadali dah hanyut dalam cinta dia. Sebab kecewa dengan tindakan Sadali, Arnaza berkahwin dengan Mustofa tapi tak bahagia. Dia ingat dengan berkahwin akan jadi ubat untuk luka patah hati tapi makin parah bila suami pun tak beri perhatian.
Filem Sadali menggunakan keindahan landskap kota Magelang, Jawa Tengah untuk mengangkat visual dan suasana romantik juga sunyi yang dirasai oleh watak-watak utama. Seronok tengok Elo Progo Art House yang terletak di Desa Wanurejo, Kecamatan Borobudur sebab ada pelbagai jenis seni yang dipamerkan. Bukan setakat seni lukisan, seni bina kafe malah ada juga seni budaya dan tarian walaupun cuma menjadi latar visual di belakang.
Galeri seni dan rumah Sadali pun menarik perhatian juga sebab coretan yang ditulis Sadali ada humor dan seni yang tersendiri. I tak lah berapa gemar dengan seni Sadali walaupun unik dan terarah pada maximalist tapi coretan dia menggambarkan karakter Pidi Baiq, jadi teringat dengan universe Dilan (2021).
Dalam sekuel Sadali, tak ada banyak pun babak romantik antara Sadali dan Mera ditambah pula dengan flashbacks yang sengaja dimasukkan. Flashbacks tersangatlah tak perlu sebab instalment pertama ada di Netflix, tambah pula pace penceritaan bergerak lambat. Bazir juga lah sebab I nak tengok lebih banyak lagi babak Mera dan Sadali. Filem Sadali juga lebih pendek dari Hidup Ini Terlalu Banyak Kamu.
Kecewa betul dapat tengok sekejap saja babak Sadali pujuk Mera untuk muncul balik dalam hidup dia. Dialog antara Sadali dengan Mera dekat taman mini tu puitis. Masa bergerak perlahan bila Sadali dan Mera bersama tapi yang menonton tetap lah senyum angau.
Babak Arnaza agak membosankan memandangkan dia adalah side character dalam hidup Sadali. Patutnya casting director cari pelakon yang lebih kuat chemistry dengan Hanggini supaya boleh enjoy moment suami isteri ni. Tak lah babak Bali kena bom tu terasa hambar walhal babak tu adalah klimaks dan titik penting dalam perkahwinan Arnaza dan Mustofa.
Ingatkan penulis akan jelaskan kenapa Arnaza terikat betul dengan Sadali rupanya tak pun, cuma menuntut penjelasan dari Sadali kenapa dengan mudah buang Arnaza. Pelik juga kenapa tiga watak ni tak bertemu sebab personaliti Mera memang mudah untuk Arnaza faham kenapa.
Tak pasti bila instalment terakhir untuk universe Sadali akan keluar tapi harapnya Mera akan diberi perhatian lebih supaya dapat tengok perspektif Mera bercinta dengan Sadali dan apa yang terjadi selepas mereka berpisah. Kalau pengakhirannya sedih macam Dilan, I pun menuntut penjelasan kenapa. It just too good to end it that way.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.