Cannes 2026 Fashion Files | Diana Penty

Monday, 22 June 2026


Kalau sebelum ni Diana Penty hadir ke Cannes sebagai duta kepada jenama minuman berakohol, Grey Goose, tahun 2026 pula sebagai duta kepada BMW India dan mewakili BMW Excellence Club. Relationship Diana dengan BMW dah lama, sejak dari 2012 lagi masa nama dia melonjak naik gara-gara filem Cocktail yang digandingkan bersama Deepika Padukone dan Saif Ali Khan arahan Imtiaz Ali. 

1. Black Ruffle


Diana berlepas dari India ke French Riviera dengan berpakaian serba kasual namun elegan. Mengenakan jaket beropol membentuk seperti bunga ros berwarna hitam digandingkan bersama t-shirt putih dan seluar jeans biru jenis lebar. 

Melengkapkan gaya dengan bag hitam bersaiz ekstra besar dan heels bertutup berwarna sama. 



Sebaik saja tiba di kota Perancis, Diana disambut oleh BMW untuk menjalankan tugas sebagai duta juga pelakon di Filem Festival Cannes ke-79. 

2. Gold Foil


Sama seperti Alia Bhatt, Diana Penty juga menggayakan sari yang disuntik sentuhan moden rekaan khas oleh Manish Malhotra untuk sesi temubual di Bharat Pavillion. Menariknya sari yang ditenun dengan menggunakan benang emas menggunakan blaus dan bolero untuk bahagian atas. Kedua-dua item mempunyai jalur berlubang untuk keselesaan si pemakai, sesuai dengan cuaca musim panas. 


Rekaan Manish bukan saja menampilkan gaya moden dan bergaya malah mengukuhkan jenama eksklusif dengan kehadiran tali pinggang berlogo M di bahagian tengah. Kalau tak silap, Manish Malhotra adalah butik kedua yang menggabungkan sari dan tali pinggang selepas Sabyasachi yang mempamerkan logo harimau India. 


Drape yang disusun kemas di bahagian kanan menambahkan drama dan juga sebagai perhiasan tambahan tanpa berlebihan. Lebihan kain di bahagian belakang memancarkan drama dan kekayaan seni tekstil India. Pemilihan warna emas juga melambangkan tradisi India yang bukan saja sekadar warna namun kemenangan dari pelbagai sektor. 

Namita Alexander menggunakan aksesori dan tas tangan dari Manish Malhotra, dipadankan dengan strap heels berona emas dari butik Aleví Milano. Simply the best Cannes look from Diana Penty!

3. The Aritistic Red


Penampilan karpet merah pertama Diana mendapat sentuhan khas dari Amit Aggarwal menggunakan teknik Ikat yang menyerlahkan keanggunan dan juga bentuk badan lansingnya. Konsep futuristik dan sculpture menguatkan lagi kesenian pada rekaan dan fesyen dari koleksi terbaru butik Amit Aggarwal. Penggunaan motif dan corak berulang menambahkan lagi efek dan menguatkan visi amit dalam memaparkan keunikan bentuk yang tercipta dari azali. 


I yakin yang gaun berwarna merah hati ni ada sleeve pendek di bahagian bahu tapi Namita Alexander gayakan secara berasingan. Sebelah berada di bahu manakala sebelah lagi dibiarkan jatuh di bahagian lengan untuk tampil lebih bergaya. Belahan tinggi di bahagian peha sesuai dengan tubuh badan tinggi lampai Diana. 

Diana mengenakan sepasang strap heels dengan beberapa lapisan manik dan permata merah dari butik Alexandre Birman. Choker yang dihiasi dengan batu rubi bertatahkan batu berlian putih yang dibentuk khas dari butik Khanna Jewellers melengkapkan gaya Diana. 


Walaupun gaya keseluruhan buatkan Diana tampil menarik dan elegan namun gaya rambut agak kurang sesuai. Somehow, gaun rekaan Amit Aggarwal ni mengingatkan I pada rekaan Gaurav Gupta dan juga gaun daging ikonik Lady Gaga 😝. 

Tak pasti kenapa Amit Aggarwal tak muat naik gambar Diana dalam gaun merah ni sedangkan dapat banyak pujian dan menjadi sejarah kepada butik Amit sebab ini adalah kali pertama rekaan Amit muncul di karpet merah Filem Festival Cannes. 

4. Smooth Butter


Tak lengkap sekiranya wardrobe tiada sentuhan glam dan retro di French Riviera pada musim panas. Sentuhan Namrata Alexander membawakan wrap dress dari koleksi The Verge oleh butik CHATS by C.DAM yang berasal dari Vietnam. 

Keunikan dress berona kuning mentega ini mempunyai drape di bahagian bahu dan dada kemudian diselangi dengan wrap lalu diselangio oleh drape kedua di bahagian pinggang yang menurun ke bawah. Besi berwarna metallic bukan saja menjadi sauh yang mengukuhkan drape di bahagian atas malah sebagai fashion statement dan stail kepada jenama. 


Make-up yang minimal tapi smokey pada bahagian mata, Radha Leather Sandal dari L'AGENCE, anting-anting juga earcuff yang direka berbentuk origani terinspirasi dari bentuk lipatan dari butik LYLA K, ombre shade 4017-D dari Chanel melengkapkan penampilan Diana. 

Diana mengenakan off-shoulder dress ini untuk photoshoot BMW di Cannes dan tampil ayu dan anggun dengan gaya rambut yang mempunyai belahan tengah lalu disimpan rapi di kiri juga kanan. Pujian patut diberikan pada Aamir Naveed. Pertama kali sebenarnya Diana tampil ke Cannes dengan gaya rambut chic dan sesuai dengan gaya musim panas. 

5. Charm Chocolate


Penampilan terakhir Diana di Cannes bersama Anupama Chopra dari The Hollywood Reporters menampilkan gaun berumbai berona coklat gelap dari butik Elisabetta Franchi, digayakan bersama pump metallic heels dari butik YSL. Gaun tanpa lengan ini mempunyai belahan dan juntaian minimal di bahagian pinggang untuk serlahkan keanggunan dan gaya ranggi si pemakai. 


Pemilihan gaya rambut curly menzahirkan gaya kasual dan bebas secara maksima. Make-up berona coklat perang dengan smokey eyes menambahkan drama pada penampilan Diana. 

Jarang lah penampilan Diana Penty di Cannes mengecewakan dan tahun 2026 juga mengukuhkan lagi nama pelakon wanita tinggi lampai sebagai model fesyen yang bergaya di industri. Diana Penty bakal muncul dengan filem Section 84 yang masih lagi dalam fasa pembikinan. Wish her the best for her upcoming release!

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.