Cannes 2026 Fashion Files | Huma Qureshi

Wednesday, 22 July 2026


I pernah update sekali je Fashion Files Huma Qureshi itu pun dekat Filem Festival Cannes tahun 2019, mungkin masa tu sebab ada masa nak update. Huma Qureshi pergi ke Cannes di bawah tajaan BMW, sama macam Diana Penty. Kalau sebelum ni dia datang sebagai pelakon, kali ni Huma berada di Cannes sebagai pelakon dan juga produser filem Saleem Siblings. 

1. Airport Look


12 Mei lepas Huma bertolak ke Filem Festival Cannes dari lapangan terbang Mumbai memakai pakaian yang kasual. Huma padankan t-shirt berjalur melintang berwarna coklat gelap dengan jaket kulit dari butik berjenama Tod's. 

Huma baru saja peragakan beg tangan Tods koleksi Summer Spring 2026 tapi tak pasti kenapa Tods tak sponsor satu handbag untuk dia pergi Cannes. Di tangan Huma waktu ni adalah beg tangan Hermès Kelly 25.

Huma tampak chic, elegan dan selesa dengan seluar panjang longgar berwarna hitam juga shade berlensa besar hitam. 

2. Summer Denim 


Sebaik saja sampai ke Cannes, Huma bersiap untuk photoshoot dan temubual eksklusif bersama LSA Exclusive di Croisette dalam sharp denim pleated dress dari butik Schiaparelli. 


I tak pasti kenapa tak ada gambar dari kepala hingga kaki untuk outfit ni padahal terletak cantik je dekat Huma Qureshi. She looks young and feminin with nude makeup and wavy curly hair. Huma lengkapkan gaya dengan sepasang anting-anting emas. 

3. In Black Suit


Sebelum menghadiri malam gala Women in Cinema, Red Sea Film Festival, Nikhil Mansata menggayakan Huma Qureshi dalam persalinan serba hitam iaitu sepasang suit dari butik Gabriela Hearst bersama tas tangan hitam. 


Sut hitam daripada Gabriela Hearst ini menampilkan estetika quiet luxury yang sinonim dengan jenama tersebut iaitu minimalis, elegan dan berkualiti tinggi. Potongan blazer yang kemas dengan siluet berstruktur menyerlahkan bentuk badan secara sofistikated. Rekaannya menggabungkan inspirasi jahitan klasik dengan sentuhan feminin moden, menghasilkan gaya yang serba anggun.

Huma Qureshi dan Rami Malek

Stylist Leepaksi menghiasi penampilan Huma dengan kalung batu permata berwarna kuning cair ditemani susunan batu berlian dari koleksi pengantin 2026 oleh butik Raghida Youness Jewelry. Anting-anting berlian juga dari butik yang sama. 


Love this look on her, Huma looks bold yet charming. Cuma kalau heels bertutup dari Jimmy Choo tu warna sama dengan kuku atau perhiasan yang dipakai mungkin lebih menonjol daripada berselindung di bawah seluar. 

4. Banaras Weave


Hari kedua di French Riviera menyaksikan Huma dalam persalinan tradisional dan menjadi tribute kepada watak Paro dalam filem Devdas. Huma mengenakan sari dari Shanti Banaras berona ungu muda bersama blaus berwarna emas untuk serlahkan kekayaan seni tekstil India. Padanan warna yang tampil harmoni dan buatkan Huma tampil berseri. 


Di bahagian kaki sari menampilkan Shikargh iaitu corak yang bermotifkan rusa ditemani pokok palma yang tumbuh banyak di French Riviera. Nikhil Mansata dan Leepakshi menggunakan perhiasan choker tebal berwarna emas yang bertatahkan batu permata ungu, zamrud dan rubi dari butik Amrapali Jewels. 

Persalinan yang menyinar ini dilengkapkan dengan sepasang heels bertutup berwarna emas dari butik Rene Caovilla. Tas tangan dan beberapa cincin dari Kavya Potluri digayakan bersama. 


I wish her team guna earcuff atau perhiasan kepala dari butik Kavya Potluri untuk tampil lebih moden dan bergaya. Kalau tengok koleksi perhiasan dari butik Kavya Potluri, you guys surely will agree. I mean, dah datang jauh ke Cannes, why not ambil peluang untuk tonjolkan walaupun cuma untuk satu temubual santai. So far, Alia Bhatt yang all out dalam persalinan tradisional di Cannes. 

5. Slime Tube


Temu bual bersama Brut dan The Hollywood Reporter India menampilkan Huma dalam persalinan serba hijau kekuningan. Maxi strapless dress mempunyai potongan yang menarik di bahagian dada dan abdomen. Walaupun bahagian skirt nampak kembang tapi terletak cantik je dekat Huma sebab dia tinggi. Penampilan kasual Huma dihiasi dengan anting-anting berlian, cincin dan bracelet berwarna emas. Make-up Huma juga nampak berseri dan fresh untuk summer look. 

6. In Shade


Seterusnya Huma tampil dalam persalinan hitam dalam dress yang menggabungkan mini dengan suit dari butik Saloni. Dress dan suit ni a bit weird to me sebab gabungan tu tak menarik. Sebelah kiri, pleated bersaiz besar untuk mini dress sementara sebelah kanan pula ada potongan suit yang lembut. Lagi cantik kalau mini ni adalah mini sahaja sebab korset dekat dalam tu dah tajam dan cantik. Huma padankan dengan strap heels berwarna nude dari Gianvito Rossi dan shade hitam bersama makeup yang brownish. 

7. Flora French


Photoshoot bersama Face Magazine untuk Special Global Cover menampilkan Huma Qureshi dalam persalinan serba putih dengan dress ala sari dari koleksi Flora oleh butik Shweta Kapur. 


Sepasang strap heels berwarna putih dari Manolo Blahnik dipadankan dan beberapa aksesori perhiasan dari Proffini melengkapkan penampilan Huma. To be honest, penampilan ni nampak kosong walaupun nak tonjolkan penampilan yang timeless dan elegan tapi boleh put more effort to her look. Dah mula bosan juga dengan gaya rambut lepas macam tu. 

8. Black Glamour


Penampilan pertama Huma Qureshi di karpet merah untuk tayangan perdana filem Paper Tiger dalam persalinan serba hitam. Dress tanpa lengan Midnight Velvet dari koleksi Pre-Fall 2026 oleh butik Eman Alajlan ni mempunyai korset dengan kain baldu ditemani skirt jarang dari material organza. 

Potongan dress ni agak pelik sikit sebab dia memanjang sampai ke bawah. Bahagian skirt juga ada tompok seakan bunga mawar hitam.


Penampilan yang feminin dan elegan ini dihiasi dengan kalung dan bracelet bertatahkan berlian dari butik  Ghafari juga dipadankan bersama anting-anting dari Proffini. Sepasang heels bertumit tinggi dari Jimmy Choo melengkapkan gaya Huma untuk temu bual bersama Harpers Bazaar India. 

Kali ni pendandan rambut, Mira Parmar tampil berbeza dengan rambut belahan tepi dan wavy di hujungnya yang lebih rapi untuk acara pada waktu malam. Make-up juga lebih tebal dari sebelumnya dengan concealer dari Armani Beauty dan lipstick warna nude pink dari YSL. Huma nampak muda dan berseri dalam makeup look ni.


I suka dengan bahagian depan tapi terkejut tengok bahagian belakang 😰

9. Brown Beach


Keesokan paginya, Huma bersantai di Cannes dalam maxi dress berwarna coklat dengan belt berona coklat muda. I don't have much the details for the dress or anything on her. Love the nails because matchy matchy with the dress. Kalau you guys perasan dia pakai pewarna yang sama sejak sampai dekat Cannes. Baju dah berapa kali tukar tapi hari ketiga baru dia tukar warna kuku. 

I tak gemar casual bun because she can opt for ponytail or summer braid. Anyway, Huma promote majalah Variety sebab ada muka Yash. Filem Huma dengan Yash berjudul Toxic akan ditayangkan di pawagam tak lama lagi. 

10. Greek Sculpture

 

Penampilan kedua dan terakhir Huma Qureshi di karpet merah adalah untuk tayangan perdana filem Korea Selatan berjudul Hope di Filem Festival Cannes dalam Gold Leaf, halter neck dress berwarna hitam yang direka khas oleh Oscar de la Renta. Di bahagian dada mempunyai beberapa keping daun emas metalik. Huma mendandan rambut dengan bun yang rapi bersama juntaian helaian rambut di bahagian depan. 

Nikhil Mansata dan Leepakshi menggayakan dress baldu ni dengan sepasang heels dari Gianvito Rossi dan perhiasan dari butik Amrapali Jewels. She look good even Raline Shah pun suka glam look ni. 

Keseluruhannya, Huma tampil dengan gaya yang minimal dan selesa dengan warna hitam. Nak dibandingkan sekarang dengan sebelum ni, Huma dah turun banyak so patutnya dia lebih seronok melaram dekat Cannes. But that just me lah kot, Huma kata dia dah malas nak try and error dan selamat dalam persalinan serba hitam. Hope to see her next year. 

"Until the next, au revoir, Cannes." - Huma Qureshi

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.