Sepanjang update segmen Fashion Files ni tak pernah lagi update pasal Jacqueline Fernandez padahal dia antara Bollywood actress yang menyerlah dengan penampilan yang menawan. Jacqueline adalah bekas Miss Sri Lanka jadi tak hairan lah kalau dia sentiasa menjaga penampilan.
Jacqueline hadir di Filem Festival Cannes 2026 sebagai duta Chopard, salah satu penaja rasmi untuk Cannes dan juga untuk jadi co-host malam gala bersama Eva Longoria dan tak ada jadual padat macam selebriti Bollywood yang lain. Tahun ni dia tak jalan dekat karpet merah langsung dan ada dekat Cannes selama dua hari sahaja.
1. Airport Look
Sama seperti Huma Qureshi, Jacqueline memilih untuk tampil dalam persalinan yang santai dan kasual. Selesa dengan sleveless knitted top berwarna merah jambu pucat dan dipadankan bersama seluar ekstra lebar berwarna burgundy.
Jacqueline mengenakan sepasang pump heels berwarna nude dan juga sebuah handbag Hermès Birkin dalam rona taupe dengan kemasan perkakasan emas. Rambutnya diikat separa lalu selebihnya dibiarkan lepas bebas. Jacqueline terlihat bergaya dengan shade frameless berwarna ash blue.
Jac nampak stylish dan bersahaja tapi lagi cantik kalau dia pakai jacket untuk tutup tangan athletic dia, somehow dari tepi nampak macam lelaki. Maybe ada yang suka athletic arm macam ni.
2. Miracle Muse
Penampilan pertama di Cannes adalah untuk photoshoot dan juga hadir ke Chopard "Miracle" Gala yang dihadiri oleh bintang ternama Hollywood seperti Demi Moore, Bella Hadid bertemakan Circus. Jacqueline tampil dalam mini dress dari koleksi Caroline's Couture oleh butik Chopard. Strapless mini dress berona hitam ini dihiasi dengan manik dan labuci halus untuk memberikan efek berkilau yang memukau dan elegan.
Jacqueline menghiasi pakaian utama dengan pelbagai jenis perhiasan dari koleksi Haute Joaillerie oleh butik Chopard. antaranya ialah sepasang anting-anting gelungan spiral yang mengikut tema Circus. Rantai leher juga bangle berlian menambahkan penampilan glamor yang setara dengan Bollywood.
Tak pasti Jacqueline pakai strap heels transparent dari butik mana tapi tak sesuai dengan penampilan di bahagian atas. I prefer kalau dia pakai pump heels atau strap heels yang ada diamond strap di bahagian atas macam koleksi Saeda 100 Jimmy Choo atau yang seangkatan dengannya lah.
3. Sparkling Pearl
Pertama kali tengok penampilan ketiga Jacqueline di Filem Festival Cannes untuk Global Gift Gala ni rasa macam tak berkenan sangat tapi makin lama tengok rasa cantik pulak. Mungkin gabungan ni agak kontra tapi terletak elok je padanan strapless korset dan gaun berwarna kuning tu.
Mungkin bunga putih dengan reben hitam besar tu yang mengganggu. Mungkin kalau bunga dia warna kuning, tak lah nampak hiasan tu tenggelam.
Dress unik ni dari koleksi Summer Spring 2026 oleh butik Richard Quinn. Gaun dari material satin yang dihimpunkan di bahagian tengah hasilkan alunan yang dramatik. Main outfit dipadankan dengan sarung tangan hitam yang panjang untuk suntikan vintaj dan elegan.
Berkenan sungguh tengok rantai leher dan set subang mutiara dari butik Mahesh Notandass. Sesuai sangat dengan tema pakaian yang dibawakan oleh Jacqueline, elegan dan timeless.
I rasa outfit ni sesuai dengan tubuh langsing dan lampai Jacqueline. Kalau tak, dengan mudahnya akan tenggelam. Jac pulak cantik macam mana pulak kan. Make-up dia agak tebal dan berseri walaupun muka Jac nampak lain dalam gambar dekat majlis ni. Hairstyle dia pun sesuai dengan tema dan konsep yang dibawa.
Ada banyak gambar Jacqueline Fernandez dalam outfit ni dan kalau I jadi dia pun memang melaram di setiap pelusuk French Riviera ni.
4. Sand and Stone
Sebelum pulang ke Mumbai, Jacqueline melaram dalam couture dress Citrine Terrain dari koleksi Spring 2026 oleh butik Rahul Misra. Bertemakan pesisir pantai yang menggabungkan pasir dan ombak, ribuan kristal, manik dan labuci serta kilauan batu permata citrine disulam tangan membentuk corak beralun untuk mendukung ilham tersebut.
Walaupun couture dress ni mengikut bentuk badan tapi bahagian belakang mempunyai belahan yang tinggi dari kaki dress hingga ke bahagian lutut. Material yang digunakan untuk menampung semua sulaman juga kain lutsinar yang lembut sekaligus memberi keselesaan untuk dipakai pada musim panas dan bunga.
Penampilan yang memukau ini disuntik gaya feminin dan elegan dengan perhiasan kalung berlian dari butik Hassanzadeh Jewellery. Love it 💙
Kalau Jacqueline diberikan lebih banyak masa dekat Cannes mungkin dia akan melaram lagi tapi ada komitmen dengan tayangan filem terbaru bersama Akshay Kumar, Disha Patani dan ramai lagi untuk filem Welcome to the Jungle.













Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.