Pengalaman Buat Pasport Pertama Kali di UTC Kuala Lumpur

Friday, 10 July 2026


Bulan puasa lepas plan pergi ke UTC Kuala Lumpur, Pudu Sentral untuk buat pasport sebab nak jalan-jalan. Perancangan ini dibuat sebelum tahu Iran dengan Amerika Syarikat nak berperang sampai terjejas bekalan minyak global. 

I ambil cuti masa ni dan keluar ke UTC naik MRT kemudian turun dekat Pasar Seni dan tempah Grab. I pergi bulan puasa sebab assume tak ramai sangat orang plus I tengah cuti so tak lah penat sangat nak berjalan atau berurusan.  


Driver Grab masa tu baik lah sebab dia tahu nak turun dekat mana pastu bagitahu pergi ke mana. Dah lama tak pergi Pudu Sentral so tak ingat dah layout macam mana. Uzur dan sunyi jugak lah bangunan ni padahal dulu cantik je, ramai orang pulak tu sebab jadi hub untuk bas sebelum berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan tu. 

Sebenarnya ni kali kedua percubaan I dengan adik I buat passport sebab sebelum ni kitorang pergi ke UTC Shah Alam pukul 6 pagi tapi nombor dah habis. Pergi weekend pulak masa tu, ramai gila orang. Masa breakfast tu travel agent bagitahu UTC Shah Alam ni memang ramai orang nak pulak masa weekend. Salah timing kitorang, kalau tak dah boleh pergi jalan-jalan dah. 

Kali ni dah tak salah dah sebab memang tak ramai orang. Masa nak ambil nombor tu kena download apps QMS untuk ambil nombor giliran. Sementara tunggu nombor dipanggil, kitorang duduk seat bahagian belakang. Depan I ada lawyer tengah buat filing dekat EFS 😂

Bila giliran I sampai, pegawai imigresen cakap kena pergi JPN sebab cip dah rosak. I pun baru perasan cip dah nak larikan diri. 

nampak tak? sikit je lagi nak keluar dah.

Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara berhadapan je dengan Jabatan Imigresen tapi lega lah juga sebab tak ramai orang untuk proses tukar kad pengenalan baru. I tak perlu tukar alamat so laaaaagi mudah prosesnya. Baru dapat nombor dah kena panggil lepastu buat pengesahan untuk kad baru. Tunggu kejap dalam 5 minit macam tu untuk ambil gambar. 

Part ambil gambar yang lama sebab I tak senyum. I rasa macam dah senyum tapi dalam IC dah macam mak lampir. I guess lepas ni kena ada cermin lah dekat kamera tu baru boleh tahu muka macam mana sebelum ambil gambar. Murung tengok muka sendiri dalam IC baru. Nak guna ganas sikit lepas ni supaya boleh tukar yang baru hshshs


Dalam 10 minit macam tu pegawai JPN panggil untuk ambil kad pengenalan baru. Lepas tu beli lah sarung IC sebagai tanda support ekonomi JPN. Padahal tak guna pun sebab tak muat dalam purse.

Nak buat passport baru kena bawa salinan kad pengenalan sekali so I pergi kedai cetak depan JPN untuk buat satu salinan. Malas nak buat banyak sebab muka tak cantik 😭😭😭 Lepas dah selesai urusan dekat JPN, I pergi balik ke kaunter tadi. Tak perlu ambil nombor giliran baru dah sebab pegawai imigresen tadi tunggu je sampai urusan I selesai dekat JPN.  


Dalam senarai syarat-syarat pengambilan gambar dekat Imigresen ni, tudung tak boleh tutup kening. Kening kita pulak panjang macam mana pulak kan, tak memasal muka jadi cucur badak dalam passport. Murung kali kedua weh. Pegawai imigresen tu tanya okay tak gambar tu tapi kalau I repeat ambil gambar buat kali ketiga pun hasilnya tetap sama sebab tengah cuti kan, muka jadi puffy and bloated 😭

I berpegang pada kata-kata sis dekat kaunter sebelah 'takpe lah muka kat passport buruk pun, bukan ada orang nak tengok'. I pun okay je lah lepas tu pergi ke kaunter hujung untuk buat bayaran. 


Lepas tunggu 10 minit macam tu dah boleh collect dah passport lepastu beli sekali cover passport untuk support ekonomi Imigresen. 

Murung tengok gambar sendiri dalam passport tapi good news dia I dah boleh pergi jalan-jalan. Murung kali ketiga bila tahu minyak takde. 


Tapi sekarang dah okay kan, so dah boleh pergi berjalan-jalan di negara jiran yang dekat-dekat dulu. Mana tu tak tahu, yang penting dah ada passport hshshshs

Terima kasih kepada semua pegawai JPN dan Imigresen yang memudahkan urusan kitorang pada hari kejadian. Pukul 10.30 dah selesai dah semua urusan kitorang berdua. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.