Cannes 2026 Fashion Files | Aditi Rao Hydari

Wednesday, 15 July 2026


Kalau ada satu perkataan yang melambangkan Aditi, I akan pilih elegan. Sejak tahun 2022 dia dilantik sebagai duta Lóreal, Aditi Rao Hydari, pelakon wanita di Bollywood dan industri perfileman India Selatan selesa dengan imej tersendiri. Ringkas tapi elegan. Mungkin sebab ada darah diraja jadi lenggok dan gaya dia lebih ke arah itu. 

Tahun ini Aditi Rao Hydari menjejakkan kaki ke Filem Festival Cannes selepas Alia Bhatt selesaikan tugas dia. 
 
1. The Calm Before Cannes


Dalam banyak-banyak team yang pergi ke Cannes, team Aditi lah paling semangat provide materials dari moment jejakkan kaki di Mumbai Airport sampai lah ke Cannes. First look dah slay dengan trench nipis yang sarat dengan corak bunga yang bertindan dalam pelbagai bentuk berwarna emas gelap. 


Trench dari butik SAAKSHA & KINNI dipadankan bersama t-shirt berwarna coklat tanah dan seluar jeans lebar yang selesa untuk si pemakai dengan hiasan seakan bunga terhasil oleh emas putih yang ditampal dari butik kanikagoyallabel. 

Duffel bag LV bersaiz besar, brownish makeup, sepasang kaca mata bersaiz besar dengan corak leopard, aksesori yang minimal dan gaya rambut yang dibiarkan lepas bebas juga sepasang sneakers putih. Aditi nampak ringkas namun tetap menawan sebagai duta Lóreal. 


Fun fact, butik SAAKSHA & KINNI antara yang tampil dalam wardrobe Kriti Sanon dalam filem terbarunya, Cocktail 2. Amaze with her carefree style and will look forward to this boutique. 

2. Monochrome Summer


Sebaik saja sampai ke Cannes, Aditi tampil menawan untuk photoshoot bersama Lóreal di French Riviera. Sanam Ratansi memilih untuk mengenakan dress monokrom labur berjalur menegak dari butik  The IQ Collection. 

Dress berkonsep halter neckline dan beralun lembut hingga ke tahap buku lali mempunyai cekak longgar di bahagian pinggan dengan jaluran melintang sebagai sempadan bahagian atas dan bawah. Di bahagian belakang ada lebihan kain sebagai hiasan dan stail untuk mewujudkan gaya feminin, bebas dan elegan untuk musim panas. 


Aditi tampil dengan ponytail tinggi dengan belahan sisi. Make-up minimal dengan lipstick berona merah muda dari Lóreal, dihiasi dengan aksesori minimal dan sepatu dari Sessùn. 


Dalam close-up picture, Aditi pakai satu set anting-anting geometri berlainan warna tapi dia tak disclose dari butik mana. Awalnya macam tertanya-tanya juga kenapa team Aditi pilih anting-anting warna merah dan putih tapi bila nampak gambar ni baru teringat warna tema Lóreal ialah merah dan putih. Dalam gambar ni baru nampak sepadan anting-anting yang dikenakan tu. 


I adore her look cumanya flat vintage tu macam tak kena dengan main outfit. Mungkin sebab flat tu pun dah sarat dengan corak tersendiri, main outfit pun sama so it's a bit crowded. Patutnya dia play safe je pakai sandal hitam atau wedges hitam kosong untuk padankan dengan vintage shade hitam Corsica Mocha dari butik Maison Éclat tu. 

3. Revolutionary Saree


Mengikut jejak Alia Bhatt dan Diana Penty yang menjadi tetamu di Bharat Pavillion di Filem Festival Cannes, Aditi Rao Hydari, pelakon wanita yang popular dengan filem Hey Sinamika (2022) tampil menawan dalam persalinan sari yang direka khas oleh Monica dan Karishma, berona emas dari butik JADE by Monica and Karishma.


Sari Charbagh yang diinspirasikan dari kesenian senibina taman pada era Mughal di Kashmir menggunakan material chiffon dan mempunyai potongan asimetri untuk menonjolkan seni tekstil India. Sari ini sarat dengan kumpulan manik dengan warna emas terang dan juga gelap, mempunyai renda di bahagian kaki kain. 


Gaya rambut lebih kurang sama dengan yang sebelumnya, namun kali ini rambut diikat longgar dengan kain dan mempunyai juntaian helaian rambut di bahagian depan untuk mencipta pesona feminin dan ayu. 

Aditi menggabungkan dua jenis rantai berwarna emas dihiasi dengan batu permata zamrud iaitu Kanakavalli Gold Necklace dan Arpita Gold Necklace juga Dual Bloom Diamond Finger Ring dari Indriya Jewels menemani perjalanan Aditi ke Cannes selain menjadi duta di butik India. Aditi terlihat seperti puteri diraja dalam persalinan tradisional, sesuai lah dengan siri terbaru Welcome to Khoya Mahal yang bakal ditayangkan di Amazon Prime nanti. 

4. Ethereal Radiance


Penampilan karpet merah Aditi Rao Hydari adalah pada tayangan perdana filem Sepanyol berjudul "El Ser Querido (The Beloved)" untuk kategori Palais des Festivals di Filem Festival Cannes ke-79. Aditi Rao Hydari mengenakan dress berona hijau limau neon dari koleksi Spring Summer 2025 dari butik Tony Ward Couture. 

One-shoulder dress ini sarat dengan details tersendiri di mana ianya menggunakan pleated dengan konsep yang berbeza. Di bahagian dada mempunyai pleated berbentuk semi bulatan kemudiannya di bahagian bahu lebih kepada menyenget ke kanan sementara di bahagian abdomen lebih selesa pleated melintang. Bahagian bawah pula menggunakan pleated menegak dengan belahan yang tinggi di kiri dan kanan kain. 


Bahagian belakang mempunyai lebihan kain membentuk cape atau dupatta dan menjadi train labuh untuk kesan dramatik pada si pemakai. Sesuai lah dengan tema couture dress ni untuk mencipta interpretasi segar dalam fesyen di mana penggunaan warna yang berani, mempunyai alunan siluet lantas menarik perhatian dalam caranya tersendiri. 

Sanam Ratansi menggunakan strap heels berwarna emas dari butik Alexandre Birman untuk padankan bersama main outfit. 


Baik di karpet merah, di beranda Hotel Martinez atau di luar kawasan, dress hijau ini menambahkan seri pada Aditi dan menjadi salah satu memorable look dalam penampilan Cannes sejak 2022 hingga sekarang. Sekali lagi Aditi memilih untuk memperagakan kalung rantai berbatu zamrud Polki dari butik Indriya Jewels sebagai duta utama. 


I wish her team can do something with the hairstyle atau anting-anting sebab looks ni nampak kosong dekat bahagian atas. Earpiece atau headpiece berbentuk kerawang, floral atau any shape boleh tambahkan keanggunan Aditi dalam dress ni. 

5. Sun-Kissed Morning


Bila tengok summer look Aditi yang ini, teringat pula pada Emily in Paris sebab dress putih krim dari butik Club L London buatkan Aditi nampak chic, elegan dan muda. Strap off shoulder dress yang mempunyai lebihan kain di bahagian dada dan menggunakan pleated bersaiz besar dipadankan dengan pointed heels berwarna emas metalik dari Aleví Milano. 


Make-up minimal dengan lipstick berona merah muda digandingkan dengan anting-anting mutiara bersaiz besar memperlihatkan imej vintaj yang kekal anggun sepanjang zaman. 


Clotilde Laisne menggayakan rambut Aditi dengan rambut panjang terletak rapi bersama belahan sisi dan wavy curl di bahagian hujung untuk kelihatan anggun sepanjang photoshoot bersama Lóreal. 

6. Sparkle in Cannes


Penampilan terakhir Aditi Rao Hydari adalah untuk temubual eksklusif bersama The Hollywood Report India di Filem Festival Cannes. Sanam Ratansi memilih gaun labuh hitam off shoulder dari butik Rami Kadi Maison de Couture. 


Di bahagian atas, drape kain hitam ditindan atas renda bercorak bunga. Di bahagian belakang sepenuhnya ditutup dengan renda hitam. Di bahagian bawah pula belahan tinggi di bahagian kiri untuk keselesaan dan menambah gaya eksentrik pada penampilan Aditi. Pumped heels berwarna hitam dipadankan bersama main outfit.


Sekali lagi, Aditi memilih perhiasan dari butik Indriya Jewels dengan menggunakan Emerald Glow Diamond Necklace, rantai leher bertatahkan berlian yang dipotong berbentuk solitaire diamond berwarna hijau turqoise diselangi berlian berwarna emas putih.

Clotilde Laisne memilih gaya rambut ponytail tinggi dengan belahan tengah dan make-up berona coklat tan untuk terlihat lebih glam di waktu petang. 

Done with Aditi's wardrobe at Cannes 2026 and definitely looking forward to her next Cannes. All the best for her next movie, O Saathi Re with Imtiaz Ali. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.