Congrats Junhoe & Chanwoo For Acting Debut!

Friday 22 October 2021

Lepas beberapa kali Chanwoo bagitahu dalam channel Youtube dia, Chanwoosari yang dia nak berlakon balik, tak sangka dia dapat tawaran sebagai male lead dalam cinerama Chilling Cohibation. Cinerama adalah gabungan cinema dan drama di mana sebuah filem akan dibikin untuk ditayangkan di pawagam kemudiannya bersambung kepada drama untuk ditayang secara percuma di Youtube. 
    

Masa artikel keluar tentang projek ni memang banyak kali baca sebab rasa macam tak percaya Chanwoo dapat berlakon. Padahal 29hb tu celebrate acting debut sebagai child actor dalam Korea industry. Lepastu dok maki YG sebab halang Chanwoo berlakon sedangkan nama Chanwoo ada dalam senarai YG Stage - division untuk para pelakon di bawah YG Entertainment. 


Bila tengok gambar Chanwoo pegang skrip ni dengan So Jin dari idol group Gfriend, terus rasa happy sebab artikel tu bukan hoax dan Chanwoo betul-betul dapat jadi pelakon. iKONIC expect Chanwoo akan masuk berlakon balik sebagai second lead ataupun extra je tapi tak sangka langsung dapat jadi main lead. Fuhhhh!


Yang peliknya YG tetap tak keluarkan apa-apa statement tentang penglibatan Chanwoo sebab tahu pasal ni bila IOK update untuk talent diorang, So Jin. Lagi kelakar bila nama Chanwoo kena remove dari YG Stage? Kalau nama dia kena buang maksudnya projek ni dia dapat dari usaha sendiri ataupun IOK? 

I keep clowning myself but the hints are there. Chanwoo pernah cakap dia makan mi dengan hyung yang dia kenal. Tup tup dapat projek berlakon lepastu ada IOK Company. B.I antara CEO IOK so I connect the dots je lah. 

Sebagai tanda support kepada Chanwoo, iKONIC buat kutipan dana untuk hantar food truck dekat shooting set Chilling Cohibation kepada Chanwoo, pelakon dan team production. Total untuk semua food truck sebanyak 7 unit. 

Food truck from international fans

Food truck from Korean fans

Paling mengejutkan sekali food truck dari iKON hyung untuk maknae Chanwoo. Tak boleh blah letak MV dengan poster diorang padahal kalau food truck, ada gambar pelakon tu je. iKON sambil menyelam minum air, promote MV diorang sekali. Untuk ucapan terima kasih, Chanwoo buat pose biasa je depan food truck tu tapi dekat food truck iKON hantar dia beria buat love pose. 


Sweet je bila baca sticker yang iKON buat untuk staff dekat set Chilling Cohibition tu - 'Please take care of our maknae, Chanwoo iKON'. Awwwdorable sangat! Seminggu sebelum iKON hantar food truck ni, diorang buat vlive sama-sama then nampak baby maknae injured dekat lengan. Besar jugak lah lebam tu. Muka Chanwoo pun lesu je sebab penat shooting. Since watak dia sebagai hantu so dia selalu shoot sebelah malam. 


Earlier I said ada 7 food truck kan, tapi semalam memang kecoh la konicland sebab Chanwoo dah habis shooting untuk cinerama tu. Chanwoo kata shooting tu boleh habis dalam masa 3 minggu je sebab web drama so pendek je lah. Sekarang ni semua kena rearrange balik untuk food truck tu nak hantar untuk movie premiere ataupun hold sampai iKON buat comeback nanti. 

Junhoe pun senasib juga dengan Chanwoo bila YG diamkan saja upcoming acting project dia. iKONICs dapat tahu pun sebab ternampak gambar JuNe dekat senarai upcoming movie for 2022. Itupun berstatus unconfirmed walhal main lead dah confirm. Junhoe dapat watak second lead dalam movie I'll Do It Once Again. 

Setiap hari iKONIC email YG untuk dapatkan kepastian sama ada Junhoe berlakon ataupun tak sebab sebelum ni ada je kes Junhoe dah confirm untuk project variety show dengan Kang Daniel tapi YG cancel last minute walaupun dah keluarkan kenyataan rasmi. Tak ada sebab langsung, just cancel macam tu je. 


Memandangkan YG tak reply, terpaksa lah email semua staff yang terlibat dengan movie tu untuk dapatkan jawapan. Actually masa tu ada Korean fans bagitahu dia terserempak dengan Junhoe lepastu masa bergambar tu Junhoe bagitau yang dia akan ada solo project so dia mintak doakan dia berjaya buat dengan baik. 

Siapa tak excited bila tahu Junhoe nak berlakon dalam movie dan ada solo debut sebab dalam iKON Type, Junhoe bagitahu yang dia mula burnout dan anxious dengan future. Dia frust sangat bila semua benda yang dia nak buat, semuanya kena halang. Patutnya dia ada solo album tapi kena halang. Nak release poem books dia pun tak boleh. Nak aktif dengan iKON pun YG asyik delay comeback album diorang. 


Masa team production movie tu reply DM pun macam tak dapat nak teka confirm ke tak sebab dia kata tunggu press release next week. Sudahnya iKON sendiri yang confirmkan dalam vlive diorang yang Junhoe akan berlakon dalam movie tu. Tapi YG delete vlive tu dan reupload tanpa part actor Junhoe. Esoknya baru YG keluarkan statement sahkan yang Junhoe akan berlakon dalam movie bersama Jo Byeong Gyu, pelakon drama The Uncanny Counter (2020). Tak sabar nak tengok Junhoe dalam avatar pelajar sekolah lagi lepas Idol Trip (2017) sebab handsome sangat. Lagipun watak dia sebagai playboy tapi setia dengan kawan baik dia which is the main lead. 

Finally impian JunChan jadi kenyataan walaupun YG buat perangai. Penat sebenarnya jadi iKONIC ni tapi kalau dah namanya fans, pantang mundur sebelum operasi! Sekarang ni iKONIC tengah berusaha untuk request dekat Netflix supaya masukkan dua movie ni di streaming platform untuk tahun 2022. 


Congrats Chanwoo dan Junhoe sebab tak pernah mengalah untuk impian diorang and hopefully these projects will be a starting mark for both of them in film industry. Happy bila tengok diorang berdua makin berseri dan happy. Chanwoo pun dah bagitahu dia akan busy dengan comeback album iKON pulak. Yeayyy for iKON! Fightinggggg!

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.