Stress Komputer Meragam

Selama bekerja dekat firm ni tak pernah nak cuba belek pasal komputer office. Datang office on macam biasa lepastu tutup bila nak balik. Tu je lah rutin selama 2 tahun ni. Tiba-tiba bulan lepas dia mula meragam, dia shut down sendiri lepas on.


Awal tu dia shut down pukul 1 tengahari macamtu tapi I ingatkan gara-gara electric timer colleagues I beli. Mana lah tahu kot dia terkesan sekali kan rupanya tak sebab dah cabut timer tu pun dia still meragam. Seminggu lepas tu dia shut down lepas 15 minit on PC lepastu 5 minit je. Haaa masa tu memang dah belek Google lah apa masalahnya. 

Bila check ada 2 sebab lah selalunya, either power supply rosak ataupun motherboard rosak. Bila bawak pergi kedai rupanya dua-dua sebab tu jadi punca hahaha. Orang tu siap tanya ni CPU zaman bila. Hahahahahmmmm mana lah nak tau zaman bila. I masuk dah memang ada. Orang kedai tu refuse untuk repair. Baik beli baru je katanya. Maka bermula lah episod pencarian used CPU di Shopee.


Cari yang terpakai je sebab murah dengan bajet yang dibenarkan sebanyak RM500 haha. I cari intel5, RAM 4GB dengan SSD 120GB. Awalnya nak SSD240GB tapi boss tak bagi :( Tak ambik yang ada wifi tu sebab dekat office dah ada adapter TPlink dah. Dekat seller ni je jumpa spec yang ngam dengan bajet. So my boss mintak I order 2 unit. Kebetulan memang ada 2 unit je dalam stok dia. Fuhhhh lega. 

Sementara nak tunggu tu terpaksa lah bawa laptop sendiri ke office. Dekat office ni ada je laptop tapi I lagi suka guna personal punya sebab boleh update blog sekali lepas dah siap kerja dekat office hehehehe


Masalah bila tukar CPU ni bila access card system tak boleh nak retrieve data yang sebelum ni sebab located dekat drive C. Drive tu pulak dekat motherboard yang dah rosak. Sudahnya 2 bulan tak hantar attendance dekat HR. Nasib baik lah OT diterima jugak. Bila CPU baru dah sampai, I ambik hard disk lama masuk ke CPU baru lepastu install Microsoft 2019. Happy lah guna yang baru ni sebab laju tak macam CPU lama hihi. 

6 Comments

  1. stress kan kalau komputer atau laptop ni rosak. terkenang memori laptop lama rosak bulan 7 haritu. nak menangis juga la sbb kena format semua & isi dalam tu hilang. tp hikmahnya lepas beli ganti (secondhand juga), performance lagi laju dpd yg lama haha

    ReplyDelete
  2. kalo sy rosak je mtk beli yg baru jela.. sbb xreti nk tukar2 nk repair.. haha..

    mmg best gne laptop sndiri..
    sy pon tiap ari angkut laptop bwk pegi keje.. hee

    ReplyDelete
  3. wahhh..mujur terror bab IT ni ye. kalau tak duduk jelah situ

    ReplyDelete
  4. Bab ni mmg stress
    Lagi2 klu time study dlu
    Time nk buat assignment
    Laptop buat hal

    ReplyDelete
  5. Kalau saya mesti tak tau nak buat apa. Manja sikit bila keja company besar, mouse meragam pun call IT

    ReplyDelete
  6. Mujur jumpa yang dalam lingkungan budget.. best bila laju..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.