Drama Review | I See Dead People – Duang Ta Tee Sam

Director : Pawanrat Naksuriya

Writer : Eklikit

Cast :  James Assarasakorn, Mew Nittha Jirayungyurn, Pat Napapa Thantrakul, Aun Witaya, Freud Chatphong, Pramote Thianchaikerdsilp, Chai Chatayodom Hiranya, Fresh Arisara Wongchalee

Production Company : Citizen Kane

Distributor : Ch3, Netflix

Genre : Horror / Comedy / Romance

Running Episodes : 16 episodes (110 minutes per episode)

Release Date : 31st August 2021

Trailer : N/A

Drama I See Dead People arahan Pawanrat Naksuriya yang ditayangkan di Netflix mengisahkan tentang perjalanan Treekarn (James Assarasakorn) di Bangkok untuk mencari teman wanitanya, Pum (Mew Nittha Jirayungyurn). Treekarn mempunyai kelebihan istimewa bila mempunyai ‘mata ketiga’ yang membolehkan dia melihat hantu sejak kecil. Dia ingin ditahbiskan dan menjadi sami supaya dapat buang kelebihan tersebut sebab dia pun takut bila melihat hantu. Dek kerana keputusan yang dianggap mementingkan diri itulah, Pum lari ke Bangkok. 

Di Bangkok dia bertemu dengan Hideko (Pat Napapa Thantrakul), pemilik sebuah restoran makanan Jepun yang hampir kemalangan akibat ditolak oleh roh jahat. Roh tersebut mengekori ke mana saja Hideko pergi kerana berdendam apabila kedainya ditutup gara-gara tak mampu membayar sewa kepada pemilik asal. Kerana salah faham, Hideko yang menjadi mangsa. 

Terhutang budi dengan tindakan Treekarn menyelamatkannya dan juga kerana wajah yang kacak, Hideko buat keputusan untuk beri tempat tinggal dan kerja di restorannya. Selepas Treekarn berjaya menghantar roh yang berdendam ke alam barzakh, restoran Hideko sentiasa penuh dengan pelanggan. Di restoran Hideko juga lah Treekarn berjaya menemukan Pum tapi perempuan tersebut seolah tidak mengenalinya. Katanya dia adalah Parisa dan bekerja di Syarikat Pembinaan T.

Kebetulan Parisa juga mencari tempat tinggal dan kemudiannya menyewa di rumah Hideko. Makin lama Treekarn perhatikan perangai Parisa persis seperti Pum walaupun Parisa lebih feminine, sopan dan lemah lembut. Disebabkan kebolehan Treekarn juga Syarikat Pembinaan T melantik dia untuk menghalau hantu sebelum mereka mula ubah suai rumah klien mengikut citarasa yang diingini. 

Lakorn I See Dead People ni memang penuh dengan hantu tapi tak lah seram mana sebab genre dia komedi so hantu yang muncul pun cantik je macam Waree ataupun mak kepada Chef O (Aun Witaya). Pelik jugak kenapa Tree selalu takut sampai terbeliak mata dia setiap kali terjumpa hantu padahal kita nampak yang cantik je. Then baru teringat dalam episod 1 bila ada scene dia nampak hantu dalam bas. Kita nampak hantu yang cantik tapi mata Tree nampak wajah yang menyeramkan. Sama juga dengan scene Pun (Freud) yang nampak wajah Jib cantik padahal ngeri kemain. 

Awalnya drama ni best and fun lah dengan gelagat semua pekerja Hideko termasuklah Hideko sendiri yang masuk air tapi dekat episod-episod hujung dah mula draggy. Mungkin sebab nak cukupkan kuota 16 episod tu kot. Rengsa jugak lah nak habiskan sebab 1 episod dah sejam lebih. Ada juga scene yang macam tak logik ataupun sengaja diulang untuk tambahkan elemen dramatik dan saspen. Lepas tengok drama ni jadi senang terkejut bukan sebab hantu pun tapi sebab Hideko dengan Wow asyik menjerit. 

Heroin lakorn ni Mew tapi Pat lebih menyerlah dengan watak Hideko sebab dia kelakar dan cantik. Tak makeup pun cantik jugak. Wardrobe dia sepanjang 16 episod pun trendy belaka. Bukan setakat outfit dia je tapi hairstyle dia pun sentiasa berubah. Scene Chef O propose dia dekat pasar tu pun cantik dan kreatif bila Chef O guna cili dan bawang sebagai jambangan bunga. Kisah cinta diorang lagi sweet daripada Tree dan Mew. Dah la Chef O tu sejenis yang cool dan tenang orangnya. Contra betul dengan Hideko. 

Sinematografi lakorn I See Dead People ni biasa je, tak lah kena touch up menggunakan filter tertentu tapi still menarik lah sebab beberapa lokasi dihias cantik. Suka tengok semua scene yang diorang shoot dekat Kanchaburi sebab kampung tu cantik dengan keindahan alam semulajadi walaupun ada hantu yang suka makan tikus haha. Rumah dekat sana pun cantik dengan senibina tradisional walaupun rumah ada hantu yang jaga. Rumah Wonchana sama dengan rumah Chaba dalam Thong Ek : The Herbal Master (2019). Furniture pun cantik sebab dibuat dengan kayu jati. 

Overall lakorn ni not bad lah nak layan kalau bosan dan perlukan jalan cerita yang komedi dan santai cuma yang tak bestnya dia terlampau panjang lah. Banyak juga nasihat supaya berbuat baik dan kumpul dharma supaya dapat dilahirkan semula dan roh tenang di alam sana. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.8/10

3 Comments

  1. okay bertambah la list drama hahaha

    ReplyDelete
  2. Suka hideko dgn chef O, comel dan kelakar diorang. Hero dia hensem..haha

    ReplyDelete
  3. Ada masuk dalam list.. cuma tak tertengok je.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.