Sunday, 13 September 2020

Drama Review : Thong Ek - The Herbal Master


Director : Chudapa Chantakett
Writer : Chudapa Chantakett
Cast :  Mario Maurer, Kimberley Anne Woltemas,  Sarin Ronnakiat, Freudonidas (Freud) Natthapong Chartpong, Panjan Kawin Imanothai, Namwhan Phulita Supinchompoo, Pat Napapa Thantrakul, Ratklao Amaradit, Rong Kaomulkadee, Ton Jakkrit Ammarat, Tita Chayanit, Pang Panchanida Seesaamram
Genre : Comedy / Medical / Romance
Running Episodes : 14 episodes
Release Date : January 31, 2019  - March 20, 2019
Production Company : Sonix Boom 2013
Distributor : Channel 3, Netflix
Trailer : 



Lama juga nak habis layan drama Thong Ek : The Herbal Master ni sebab 1 episod 2 jam! Lama sangat tapi sebab ubah speed sampai 2.0x, tak la meleweh sangat. Drama Thai yang berlatarbelakangkan Rama 5 (Idk macam mana pengiraan tahun ikut calendar Thailand so zaman ni zaman Melaka baru nak naik mungkin). 


Sebab utama layan drama ni haruslah kerana Mario Maurier. Tapi impressed dengan plot, skrip, lakonan pelakon lain dan visual serta knowledge tentang perubatan tradisional Thailand. Memandangkan Malaysia dengan Thailand ni serumpun so herba yang Thong Ek (Mario Maurier) guna lebih kurang sama je – kunyit, halia, serai, asam jawa, lada hitam, limau purut, daun pandan dan lain-lain. 


Lepas kematian parents dia, Thong ek belajar ilmu perubatan tradisional dari datuk dia, Thong In (Rong Kaomulkadee) yang banyak berkhidmat kepada penduduk kampung tersebut. Dalam drama ni Thong Ek selalu ditemani oleh Piek (Freudonidas (Freud) Natthapong Chartpong) dan Toon. Tak tahu la hamba ke sukarela duduk dengan Thong In kerja sebagai pembantu. 


Thong Ek berjumpa dengan Pong (Namwhan Phulita Supinchompoo) akibat dibuang oleh Bomoh Mun (Ratklao Amaradit) di hutan gara-gara sakit kulit. Lepas Thong Ek ubatkan dan Pong berubah jadi cantik, mereka berdua bercinta tapi Bomoh Mun nak jual Pong kepada lelaki kaya supaya dia hidup senang. 


Tapi bila Thong Ek mula berkawan baik dengan Chaba (Kimberley Anne Woltemas) lepas ekspedisi mereka mencari daun-daun herba untuk dijadikan ubat, dia mula keliru hati dia milik siapa. Kalau ikutkan Thong Ek suka perempuan yang lemah-lembut dan wife material macam Pong dan bukannya jenis kasar dan spoil brat macam Chaba. Tambah pula Chaba berbeza darjat dengan dia.Tak mungkin Chaba mampu hidup miskin seperti dia. 


Chaba pun suka dengan Thong Ek tapi malangnya dia terpaksa berkahwin dengan Gla (Panjan Kawin Imanothai) bila ayah dia kalah judi dan berhutang dengan keluarga Gla. Chaba taknak uruskan bisnes keluarga Gla tapi nak membantu orang dengan ilmu dan kepakaran dia dalam bidang perubatan. Macam mana Thong Ek dengan Chaba lari dari kisah cinta bersegi-segi dan konflik keluarga ni kena tengok sendiri lah.


Walaupun drama ni panjang tapi penat gelak tengok perangai masing-masing lagipun zaman tu mana ada teknologi. Kalau panas terik pergi berendam dalam lumpur. Mandi guna air sungai, minum air tadahan hujan. Nak memasak pun pakai dapur kayu. Jumpa herbal master kena minum air rebusan akar kayu herba ataupun kulit manggis. Kita sekarang senang je telan pil atau tablet je. 


Dalam drama Herbal Master ni boleh la tengok budaya kehidupan orang Thailand dengan pakaian kain ela dan seluar. Makanan pun tak la meriah sangat sebab zaman dulu makan ikan bakar dengan ulam je. Ada je Chaba masak kari tapi kari diorang lain lah. Macam tomyam pun ye jugak. Makan katak goreng ataupun sup. Yang bestnya tengok diorang hari-hari minum air kelapa. Seni bina rumah Chaba cantik sangat, macam apa yang kita tengok dalam kebanyakan rumah budaya Thailand lah. 


Genre Herbal Master romance comedy tapi tak lah heavy sangat romance dia sebab more to friendship dan perubatan. Even dialog agak realistik dengan mesej yang perubatan tradisional boleh bergerak seiring dengan perubatan moden dan saling melengkapi. Visual dan background music drama Herbal Master ni pun menarik. Ulang tengok banyak kali pun still berdekah. Recommended! 



1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

18 comments:

  1. oh citer dia pasal herb ke..ada tertengok sikit tapi disebabkan tak suka heroin dia i terus malas nak tengok. tapi itulah ada mario pula..hahaha ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tengok komen orang lain pun ramai tak suka heroin tapi karakter dia dalam ni best lah. tengok la nanti

      Delete
  2. Ok... Jalan cerita menarik... Pasal herba2 tu mostly sama ja dengan org kita...
    Diaorang ni jnis kuat serai2 sangat... Wajib la kalau rumah diorg ni penuh dengan pokok2 herba ni... Ehh tapi dekat sana... Ulam ready stock campoq2 biasa juai utk sekali makan.. Banyak gila secekak tu... 20baht tapi dapat macam2 ulam... Kita nak beli ulam pun mahal sini.. Sebab tu suka tanam sendiri ja ulam apa yg sukašŸ¤£

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak liaaaa, kalau tengah stress tengok drama ni confirm release sebab berdekah gelak. Ha'ah dalam drama ni pun banyak yang diorang tanam dekat sekeliling rumah. Daun pandan pun meriah

      Delete
  3. paling suka tengok mario maurer berlakon , sebab movie yang dia berlakon mesti best , kelakar habis

    ReplyDelete
  4. u said 2jam first episode i mcm dah nak skip utk tau, then i tgk your rating 10/10! its interesting..then baca balik.. wahhhh its funny ! i masukkan dlm list :)

    ReplyDelete
  5. sepanjang hidup ika, tak pernah nak layan cerita macamni. nanti boleh ika layan bila ada masa lagipun nak tau juga cerita yang suasanya kampung gitu, siap ada herbs bagai. nice

    ReplyDelete
  6. Baca review nampak menarik cerita Herbal master ni. Tengok gambar pun nampak menarik.. Cantik pelakon dia..nanti ada masa boleh tangok :)

    ReplyDelete
  7. Oh macam menarik juga yea jalan ceritanya hehe. Kalau kelakar tu maybe boleh try tengok. Qeela jarang tgk cerita Thailand, kalau tgk biasa jumpa yg genre horror haha. Nanti boleh try tgk ni.

    ReplyDelete
  8. K mid x tengok lagi cerita nie..kalau cerita thailand kelakar2..layan juga..klu ada masa bolehlah layan nie..mcm best

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni banyk lak dah srama Thai ditunjuk macam satu ketika dulu drama Filipino yg top.. lama benor 2 jam 1 episod dah mcm filem lam ya.!

    ReplyDelete
  10. Kitkat Nelfei memang layan filem2 Thai ni.. suka sangat dengar pertuturan mereka dan sangat dramatic juga.. Okay, nak bookmark filem ni kat youtube dulu la..

    ReplyDelete
  11. Kalau baca macam best plak ceritanya... nak cuba tengoklahhh....

    ReplyDelete
  12. Mak ai 2 jam 1 episod. Tp kalau cerita perubatan macam ni kak ana boleh je layan. Plus ada adegan kelakar kan.

    ReplyDelete
  13. Akak suka betul tengok skin pelakonh Thailand ni. Cantik betul. Mekap pun natural je. Hehehe.

    ReplyDelete
  14. Tengok video pon dh nampak kelakar. Layan jugak cite thailand. Tp nak tahu jgk la cerita ni sebab menarik budaya zaman dulu

    ReplyDelete
  15. huda tak minat layan citer thai, sebab slang yer huda tak suka dengar kot.hehe

    ReplyDelete
  16. Nampak menarik jalan cerita ni hee walaupun tak gemar percakapan thai tapi yaya mengaku kebanyakan cerita diorang boleh buat kita melekat buktinya yaya tengah follow drama bersiri thai kat tv3 sekarang haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!