Sunday, 20 September 2020

Movie Review : Soldier (1998)


Director : Abbas Burmawalla, Mustan Burmawalla
Writer : Sachin Bhowmick, Shyam Goel
Cast : Bobby Deol, Preity Zinta, Dalip Tahil, Sharat Saxena, Suresh Oberoi,  Jeetu Verma, Salim Ghouse, Pankaj Dheer, Raakhee, Farida Jalal, Johny Lever
Production Company : 
Distributor : Tips Music Films
Genre : Action / Romance / Thriller
Running Time : 155 minutes
Release Date : 20 November 1998
Trailer :


Zaman sekolah rendah dulu, music album Soldier ni antara album yang ada dalam playlist Hindi. Dekat kedai pun dok ulang lagu Soldier Soldier sebab movie arahan Abbas-Mustan duo ni movie ke-4 Blockbuster di India untuk tahun 1998. Music album pula ke-3 paling laris pada tahun 1998 lepas music album Kuch Kuch Hota Hai dan Dil Se.  
 

Walaupun genre movie Soldier ni action thriller tapi kebanyakan masa habis dekat lagu dan romantic scene antara Vicky Sinha (Bobby Deol) dengan Preeti Singh (Preity Zinta). But that’s okay sebab karya composer  Anu Malik untuk 7 lagu semuanya best. Tapi koreografi untuk semua lagu dari Ganesh dengan Saroj Khan agak kelakar. Tapi sebab Preity Zinta yang menari so dia nampak comel lah haha

Preity Zinta cantik dan comel sangat dalam movie pertama dia. Well actually Soldier movie pertama dia berlakon tapi movie Dil Se keluar dulu so movie tu dianggap debut movie. Chemistry Preity dengan Bobby nampak menarik dan antara kekuatan movie Soldier walaupun watak Preity tak lah strong sangat. Cuma jadi cantik dan bercinta. 


Kisah bermula dengan kematian Major Vijay Malhotra (Pankaj Dheer) yang dibunuh dengan kejam lalu dianggap sebagai pengkhianat negara bila difitnah mencuri senjata api dari trak tentera di kawasan sempadan. Plan Pratap Singh (Suresh Oberoi), Virender Sinha (Dalip Tahil), Baldev Sinha (Sharat Saxena) dan Jaswant Dalal (Salim Ghouse) berjalan lancar seperti yang dijangka lepas illegal business deal dengan DK dan berpindah ke Australia. 


20 tahun kemudian, ACP Inspector Dinesh Kapoor (Ashish Vidyarthi) ditugaskan untuk menangkap penjenayah Interpol, Jaswant Dalal setibanya dia di India. ACP Dinesh nak balas dendam atas kematian kawan baik dia dan upah Vicky untuk bunuh Jaswant supaya berita kematian Jaswant sampai ke pengetahuan Pratap, Virender dan Baldev. Dari Jaswant, Vicky ke Australia untuk buru mereka bertiga tapi terjatuh cinta dengan Preeti. Mudah kerja dia bila Preeti merupakan anak kepada Pratap. 


Action stunt dalam movie ni ikut template movie lama lah, bunyi pistol yang nyaring, bunyi tampar maha dasyat dan melompat tinggi insya-allah sampai ke bintang. Nak pula movie Abbas-Mustan memang akan nampak kereta terbang juga. Scene Vicky tanam Pratap dekat padang pasir tu kelakar habis. Plot twist antara signature Abbas-Mustan so I’m amazed lah bila sangkaan awal salah. Ada jugak lah yang mengena sebab jalan cerita predictable haha


Second half movie ni lebih kepada revenge drama terhadap Major Vijay dan balu dia yang setia menanti di kuil lama dengan tulisan suami dia pengkhianat di dahi. Movie Soldier diinspirasikan dari kisah benar bila di Punjab, isteri kepada pengkhianat negara akan dilayan sebegitu rupa dan dihalau dari kampung atau bandar. Director dan writer Shyam Goel gabungkan juga dengan kes seludup senjata api pada tahun 1995. 


Shooting location movie Soldier memang cantik lah sebab team production shoot dekat Australia. Masa tahun 1998, Australia gigih promote destinasi pelancongan di negara diorang so ada la beberapa tempat yang cantik dan famous dalam movie Soldier. Tapi VFX movie Soldier kelakar especially scene ikan jerung tu hahaha but I had fun watching. 






Overall terhibur lah dengan movie Soldier dan cubaan Abbas Mustan dengan Shyam untuk ketengahkan movie yang diinspirasikan dari kisah benar dan tema pengkhianat negara tu berjaya. Tepat lah pilihan director ambil Bobby Deol berlakon sebagai hero dan Preity Zinta sebagai heroin. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

4 comments:

  1. Cerita hindustan lama lagi sedap kalau nak dibandingkan dengan yang sekarang. entah kenapa kan.. ^^

    Semalam baru layan race 3

    ReplyDelete
  2. lagu citer hindustan dulu memang best. kadang beli cd movie sebab nak dengar lagu dia je..hahaha

    ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  3. i love all the songs, tapi i tak pernah tgk cerita ni.. sbb tak berapa suka bobby doel hehehe

    ReplyDelete
  4. Setuju part preity zinta comel dan cantik.. hehehe..
    Paling layan lagu soldier soldier tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!