Thursday, 3 September 2020

Movie Review : Bang Bang (2014)


Director : Siddharth Anand
Writer : Siddharth Anand, Abbas Tyrewala, 
Cast : Hrithik Roshan, Katrina Kaif, Danny Denzongpa, Javed Jaffrey, Jimmy Sheirgill
Production Company : Fox Star Studios
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Action / Romantic / Comedy
Running Time : 156 minutes
Release Date : 2 October 2014
Trailer :


Tak tahu lah dah berapa kali ulang movie ni sebab jalan cerita dia entertaining for action rom-com tambah pula bila ada Katrina Kaif sebagai heroin! Chemistry dia dengan Hrithik Roshan the best. Kira dream comes true lah bila tak puas tengok jodi ni dalam movie Zindagi Na Milegi Dobara bila Katrina Kaif cuma supporting actress je dan movie tu multi-starrer. 

Bang Bang merupakan remake dari movie Hollywood – Knight And Day tahun 2010. I tengok dua-dua movie and I suka dua-dua movie tapi I lagi suka Bang Bang la sebab dah digubah ikut selera Bollywood dengan music album hebat karya duo Vishal-Shekhar dan diterbitkan di bawah Zee Music Company. Semua soundtrack best dengan koreografi dari Bosco-Caesar. Bukan setakat chemistry dalam lakonan je bahkan Hrithik dengan Katrina sizzling as dance partner as well!


Jalan cerita movie Bang Bang ni tak lah logik sangat bila Most Wanted Criminal In India, Omar Zafar (Danny Denzongpa) berjaya bunuh Kolonel  Viren Nanda (Jimmy Sheirgill) di penjara dengan maximum security di London. Kalau dekat Mumbai, India boleh percaya lah sebab polis boleh kena rasuah dengan mudah je. I mean, look at Dawood Ibrahim, the actual most wanted criminal in India. 


Fast forward to some years later, Rajveer (Hrithik Roshan) diburu oleh polis dan juga anak buah Hamid Gul (Javed Jaffrey), orang kanan Omar Zafar sebab dia berjaya curi berlian paling bernilai iaitu Kohinoor. Rajveer pergi ke Shimla dan terjumpa dengan Harleen Sahani (Katrina Kaif) yang kebetulan tengah menunggu blind date dia, Vickie. 

Dari situ bermula lah pengembaraan aksi antara mereka berdua dari Shimla ke Greece dan Prague sebab mereka yang memburu tak tahu yang Harleen tak tahu pun tentang Rajveer dan Kohinoor tapi disebabkan mereka dah nampak Harleen bersama dengan Rajveer so diorang assume yang Harleen tahu. 


Kekuatan movie ni bukan lah pada jalan cerita tapi kelebihan pengarah Siddharth Anand ni bila dia lebih suka fokus kepada visual dan shot angle dengan kecantikan VFX. Since Bang Bang projek movie pertama berskala besar dari segi bajet mahupun screenplay, boleh nampak ada kelemahan pada beberapa scenes tapi tak lah ketara sangat. Tapi bila compare dengan WAR, ketara benar perubahan positif dari Siddharth Anand. 








Tak pasti Bang Bang 2 akan wujud ataupun tidak sebab Siddharth Anand tengah busy dengan movie Rambo sekarang ni dan WAR 2 tengah siapkan skrip tapi nak sangatttt Hrithik-Kat berlakon dalam action lagi under Siddharth Anand sebab dia bagi peluang untuk heroin menyerlah dan bukan setakat jadi cantik je. Dia tahu potential actors dia dekat tahap mana. 


Action stunt dalam movie ni dilakonkan sendiri oleh Hrithik dengan Katrina. Untuk scene water jet dekat laut tu Hrithik buat sendiri and due to that dia kena buat brain surgery bila dia banyak kali kepala dia terhentak kuat bila masuk dalam air. Even scene dekat jambatan pun dia buat sendiri dan re-shoot bila dia tak puas hati dengan outcome stunt tu. Sebab tu movie ni ambil masa lebih panjang dari schedule asal. Tapi puas hati sangat bila tengok especially in Blu-Ray! 


Tengok lah banyak kali pun tetap best dengan muka comel Katrina Kaif dan scene kelakar dia. Heck even locations dalam movie ni pun cantik especially dekat Greece. Sesuai sangat untuk jadi tempat Harleen berangan dia hidup bahagia dengan Rajveer. One thing I love the most about Rajveer, dari awal pertemuan dengan Harleen dia selalu motivate Harleen dan penuh dengan kata-kata positif walaupun perkara yang Harleen buat tu pegang lampu suluh je. Tssskkk 


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

15 comments:

  1. Tengok dah video klip dia.. memang dua2 ohsem dan sepadan.. cerita je tak tengok lagi..

    ReplyDelete
  2. Katrina and Hirthik mmg sepadan and chemistry diorg hebat

    ReplyDelete
  3. Pernah tonton bang bang. Memang best lar jalan cerita dia. Chemistry antara Hirthrik and Katrina juga memang secocok.

    ReplyDelete
  4. Semalam ada main dekat tv 2. Tapi tak sempat tengok pun. Nak tengok lah. And hrithik betul-betul berusaha teruk buat stunt tu. Memang patutlah dapat tahap professional pun.

    ReplyDelete
  5. ada nampak trailer dia kat tv tapi tak tahu bila tayang. tengok trailer dia macam best, bila baca review awak lagi rasa nak tengok.

    ReplyDelete
  6. Wow......Hitrik Rosyan!!!!!!! Lama btul x tengok movie2 dia. Last I used to admired him. Rasa nyer I pun x tengok lagi movie nie. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  7. Uik lama dah movie ni tahum 2014 hehehehe memang tetap menjadi kegemaran peminat hindustan kat negara kita macam mana pengaruhnya filem dan drama korea sekarang ni hehehe kita suka cerita hindustan zaman SRK...

    ReplyDelete
  8. Dah dua kali kot tengok. Action mantap. Best tgk.

    ReplyDelete
  9. Alamakkkk nak tengoklaaa...my hero ada tu hahahahaha... tak kira le filem apa, kalau Hitrik berlakon, memang mesti tengokk hahahahha

    ReplyDelete
  10. fuh lama betul tak layan bollywood, cam best plak review. nanti nak tengok lah

    ReplyDelete
  11. canteknya tengok pemandangan laut suka tengok..lama tak layan hindustan..haha..teringin pulak nak tengok

    ReplyDelete
  12. Macam Knight and Day ye? Macam boleh layan la citer nie. Rom Com plak tu. Thanks for recommendation ye

    ReplyDelete
  13. Anak bujang kita suka hindustan. Rasa dia dah tonton citer ni kot
    Citer ni cantik pemandangan, lokasi ohsem. Pelakon dia memang terbaik laaa

    ReplyDelete
  14. I just love the scenery... cantik betuk pemandangannya... mula-mula masa tengok tajuk tadi dah terfikir, eh, ni cerita beru ke cerita lama ni?... hehehehe... bukan apa, dah agak lama jugak tak layan hindustan... nanti nak tengoklah cerita ni... lepas baca review Farhana, terus rasa nak tengok...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!