Sunday, 20 September 2020

Movie Review : The Blind Side (2009)


Director : John Lee Hancock
Writer : John Lee Hancock
Cast : Quinton Aaron, Sandra Bullock, Tim McGraw, Kathy Bates, Lily Collins, 
Production Company : Alcon Entertainment
Distributor : Warner Bros. Pictures
Genre : Biopic / Sport / Drama
Running Time : 126 minutes
Release Date : 20 November, 2009
Trailer :


Movie yang diinspirasikan dari kisah benar dan juga diabadikan dalam novel bertajuk The Blind Side: Evolution of a Game karya Michael Lewis yang diterbitkan pada tahun 2006. Mengisahkan tentang Big Mike (Quinton Aaron) yang hidup merempat dan kemudiannya dijaga oleh Leigh Anne Tuohy (Sandra Bullock). 


Perjalanan hidup dia sebelum berjumpa dengan Leigh Anne tak mudah dan dia lebih gemar mengasingkan diri. Di sekolah pun tak ada yang nak berkawan dengan dia disebabkan saiz badan yang besar dan warna kulit yang gelap. Tapi Sean Juior aka SJ (Jae Head) ajar Big Mike supaya senyum dan mula berkawan. Dari situ Leigh Anne berjumpa dengan Big Mike walaupun suami dia, Sean Tuohy (Tim McGraw) dah beberapa kali perasan kehadiran Big Mike di stadium sekolah. 


Leigh Anne awalnya offer Big Mike untuk bermalam tapi tersentuh dengan kesopanan dan simpati dengan keadaan Big Mike, dia sediakan sebuah bilik tidur. Sean, SJ dan juga anak perempuan dia, Collins Tuohy (Lily Collins) pun suka dengan kehadiran Big Mike. Sementara Leigh Anne uruskan hal penjagaan Big Mike, SJ dan Collins jadi kawan dan study sama-sama di sekolah dan di rumah. 


Coach Cotton (Ray McKinnon) pula ajar Big Mike dalam sukan ragbi sebab Big Mike minat dengan sukan dan kelincahan dia di padang yang buatkan Coach Cotton merayu supaya pihak pengurusan sekolah terima kemasukan Big Mike walaupun markah dia teruk sangat sebelum ni. Coach Cotton letakkan Big Mike sebagai defender dan disebabkan video yang dirakam oleh SJ, ramai coach datang dari jauh semata untuk tengok sendiri kemampuan Big Mike and the rest is history….


I suka sangat dengan performance Sandra Bullock dalam movie ni and even movie-movie dia yang lain pun sebab dia ada persona dia tersendiri. Her words convincing enough with her sharp gestures. Banyak kali Sandra reject offer untuk watak ni sebab dia taknak berlakon sebagai perempuan yang alim dengan ajaran Christian tapi pertemuan dia dengan Leigh Anne Tuohy yang sebenar berjaya ubah pendirian dia. Dan disebabkan lakonan mantap Sandra, dia berjaya menang Best Actress di Oscar Award dan movie ni tetap segar sampai sekarang. 


Tapi tak semua scene dalam movie ni sama dengan kehidupan sebenar Michael Oher sebab cerita sebenar tak cukup drama dan kalau perasan watak Leigh Anne macam supermom pula dalam movie ni. Kisah hidup Big Mike yang sebenar memang tragis sebelum dia jumpa keluarga Tuohy tapi dia bukanlah bodoh seperti yang dipaparkan. Michael betulkan naratif ni dalam autobiografi dia - I Beat The Odds

Beyond 'The Blind Side,' Michael Oher Rewrites His Own Story : NPR

Pengetua sekolah minta team production tukar nama sekolah sebab para guru ambil peduli dengan semua murid. Big Mike pula selalu datang awal dan balik paling lambat untuk catch up apa yang dia tertinggal. Even Big Mike yang sebenar pandai bermain ragbi dan bukan kerana Leigh Anne, SJ ataupun Coach Cotton yang ajar. 


Personally for me, lagi bagus kalau team production stick dengan cerita asal dan cari drama dekat scene lain. Perbincangan Tuohy suami isteri ataupun persepsi keluarga Big Mike terhadap Tuohy. Watak Collins pun tak dapat peluang untuk menyerlah especially scene Leigh Anne tanya tentang Big Mike. 


Apart than that, emotion, execution, script, visual, music score semuanya perfect. Above all, mesej sosial dan life lesson yang disampaikan dalam movie ni yang buatkan movie The Blind Side worth watching. Disebabkan movie ni, lebih ramai yang cakna dengan nasib black people. I love the credit scene where the actual Mike and Tuohy family make appearance in videos and photos. 


1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

5 comments:

  1. movie ni dah lama sngt dalam list tapi i tak pernah nak starts tgk... maybe i should soon

    ReplyDelete
  2. cerita ni berdasarkan kisah benar, best!

    ReplyDelete
  3. cerita ni berdasarkan kisah benar, best!

    ReplyDelete
  4. Jarang team production nak stick dengan real life story kan.. mesti ada ubahsuai untuk tarikan penonton..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!