Movie Review : London Confidential: The Chinese Conspiracy

Saturday 26 September 2020


Director : Kanwal Sethi
Writer : S. Hussain Zaidi, Akshay Singh, Prateek Payodhi
Cast : Mouni Roy, Purab Kohli, Kulraj Randhawa, Sagar Arya, Parvesh Rana, Jas Binag, Sagar Arya, Tao Guo, Dandan Liu, Mohan Kapoor
Production Company : JAR Pictures
Distributor : ZEE5
Genre : Crime / Action / Mystery 
Running Time : 88 minutes
Release Date : 18 September 2020
Trailer :


Bila covid-19 merebak dari China ke seluruh dunia ditambah pula dengan krisis India dan China, kita dah boleh nampak lah perjalanan industry filem Bollywood ke arah mana. JAR Pictures dah mulakan dulu dengan kisah ejen khas Research and Analysis Wing (RAW) dalam tugas undercover untuk melindungi virologist dalam upcoming virology conference di London. 


Kisah bermula dengan penculikan Biren Ghosh (Diljohn Singh) seminggu sebelum convention diadakan di London. Beberapa minit sebelum panggilan Biren dan isteri dia ditamatkan, Biren dah pesan supaya contact Uma (Mouni Roy) kalau ada apa-apa terjadi pada dia sebab dia syak ada beberapa orang intip dia. 


Chang (Tao Guo) nak maklumat dari Biren tapi gagal kemudian dia buang mayat Biren dalam sungai 4 hari kemudiannya. Uma minta bantuan dari Yuki (Dandan Liu)untuk intip dan korek maklumat berkenaan Ministry of State Security (MSS) atau Chang. Sementara Uma dengan Arjun (Purab Kohli) cuba siasat apa-apa maklumat dari Azaad (Parvesh Rana), Jeevan Sagar (Jas Binag) dan Sharad (Sagar Arya) yang bekerja di Kedutaan India. 


Uma dan Arjun syak yang undercover mereka berdua terbongkar dan semua yang bekerja dengan mereka dibunuh oleh Chang. Ketua mereka (Mohan Kapoor) mengamuk sebab both of them tak dapat nak crack siapa informer ataupun mole dalam kes ni sedangkan convention tinggal lagi sehari. Uma diarahkan supaya berhenti dan balik sahaja ke India tapi dia tak nak mengalah dan cuba buktikan sebelum ambil flight balik dan cuti bersalin.  


Watak Uma sebagai ejen perisik negara yang mengandung agak unik lah tapi sayangnya keadaan dia tak bagi apa-apa impak pun. Makan je kerja dia. Well I’ve seen Madam Wong dalam KL Underworld bergelut dengan musuh masa dia tengah sarat mengandung. Movie Hollywood pun pernah buat watak wanita mengandung doing action stunt. Even Bollywood pernah buat bila Vidya Balan berlakon dalam movie Kahaani for minimal stunt. 


Bukan setakat terganggu dengan kening tebal Uma tapi karakter dia sebagai ibu mengandung pun tak meyakinkan. Lagi merepek bila dia guna instinct dalam kes ni sedangkan dia ejen RAW kot. Dia bangga pulak tu bila Arjun pun guna instinct macam dia. Decode message pun tak mampu, buat jokes pun hambar. Oh come onnnn! 

“How did I not see this coming?” – Uma

T.T

Menyampah lah movie perisik dalam slow mode. I mean there’s a lot of thing you can add in the script. Contohnya macam konspirasi virus dari makmal China supaya kita lebih faham virus apa yang RAW dok cuak sangat. Movie ni nak bash China tapi shy shy cat. Movie China buat virus guna nyamuk dari makmal saintis dekat Langkawi, Malaysia tau padahal saintis Malaysia baik je perangai. 


Plot masa pun macam tak kena bila narration pada permulaan movie kata dunia tengah nak pulih dari pandemik covid-19 tapi watak-watak dalam movie ni tak pakai mask pun especially Uma. Penjarakan fizikal pun tak ada. Tak tahu kenapa editing team pilih untuk guna tone malap untuk movie ni. Nak gambarkan keadaan London yang dirundung masalah ataupun kehambaran plot London Confidential? Marah betul tengok diorang edit gambar Sharad dalam rumah tu. Tahu la budget tight tapi buat kerja kemas sikit la please. 


Tajuk movie ni London Confidential tapi gerak kerja ejen RAW tak kemas langsung not even close with Ek Tha Tiger ataupun WAR dan mudah sangat team ni dedahkan maklumat. Jangan percaya rating dan review dekat iMDB sebab diorang tengah naikkan movie outsider tanpa ambil kira plot movie dan lakonan. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.