Saturday, 5 September 2020

Drama Review : JL50


Director : Shailender Vyas
Writer : Shailender Vyas
Cast : Abhay Deol, Pankaj Kapur, Ritika Anand, Rajesh Sharma, Piyush Mishra
Genre : Mystery
Running Episodes : 4 episodes
Release Date : 4 September 2020 (India)
Production Company : Flying Dragon Entertainment, Golden Ratio Films, Vistas Media Capital
Distributor : Sony LIV
Trailer : 


Apa jadi kalau kapal terbang yang hilang 35 tahun lepas, muncul dan terhempas di hutan? Makhluk halus? Propaganda politik ataupun quantum physics which we can say time travel?

Dalam web series terbaru yang diterbitkan oleh Zee News mengisahkan tentang pegawai CBI, Shantanu Das (Abhay Deol) dan partner dia, Gourango (Rajesh Sharma) ditugaskan untuk menyiasat kes kapal terbang yang terhempas. Sangkaan mereka berdua yang terhempas tu kapal terbang AO96 seperti dalam berita tapi bila sampai ke kawasan kejadian, askar bertugas bagitahu sebaliknya.


Shantanu tak percaya langsung teori time travel tapi berpegang pada teori semua ni cuma set up yang diwujudkan oleh kumpulan pengganas ABA walaupun dia belum jumpa apa motif utama kes tersebut. Tambah pula bila dia nampak tattoo ABA pada lengan salah seorang penumpang, Professor Mitra (Piyush Mishra) yang terselamat dalam plane crash tempoh hari. Gourango kuatkan teori time travel bila blackbox dari plane tu disahkan tarikhnya, 20 Ogos 1984.


Mereka berdua pergi berjumpa dengan pilot Bihu Ghosh (Ritika Anand) yang ditahan di ICU bila bahagian kokpit tak terjejas teruk berbanding bahagian badan kapal. Bihu masih lagi terpinga dengan keberadaan dia sebab yang dia ingat cuma keadaan tahun 1984 walhal sekarang sudah mencecah tahun 2019 dan banyak electronic device yang canggih di depan mata dia.


Shantanu syak anak Bihu yang menyamar sebagai ibu dia walaupun jiran bagitahu yang anak Bihu dah meninggal sejak lahir lagi. Tapi kalau Bihu tak nampak mayat anak dia, macam mana boleh dia yakin anak dia dah meninggal?

Dua episod awal nampak menarik pada jalan cerita bila watak utama cuba mencari apa misteri di sebalik kapal terbang yang muncul kembali selepas 35 tahun. Heck even I was wondering if MH370 has the same fate with this plane! And it is such a great attempt for Bollywood untuk angkat tema time travel dalam genre mystery.


Thanks to Professor Das (Pankaj Kapur) yang explain macam mana time travel boleh terjadi dalam bahasa yang ringkas dan mudah untuk kita faham. Dialog dia tempelak masyarakat negara India yang anggap semua benda ajaib tanpa pertikaikan kewujudan sesuatu memang on point habis! 

“If we spot an object in the sky, we fold our hands and begin worshipping it. We do not ask what, why, how?”

Music score dari Aseem Trivedi pun sesuai dengan pace dan mood drama JL50 ni dengan gabungan musik genre rock dan punk. Cuma sayangnya visual team tak spend banyak sangat untuk ubah keadaan zaman 1984 dengan zaman sekarang, tahun 2019 sedangkan VFX dan visual editing dari RedChilies Colour.


So bila beberapa watak kembali ke zaman 1984, tak berapa nak thrill sangat adventure diorang tu. Sama juga bila beberapa scene melibatkan kapal terbang muncul dalam drama ni. Brownie point untuk plot twist yang menyentuh hati. 

Kelemahan drama JL50 ni pada skrip dia yang kurang memberi impak pada misteri yang wujud dan kurangnya emosi pada ketegangan persoalan sama ada propaganda ataupun kuasa fizik padahal dekat sini titik utama drama JL50.


Tapi tak semestinya kelemahan ni mencuri usaha bagus dari team production untuk naskhah JL50. Hopefully we can see more and more sci-fi genre in Bollywood movies or web series dengan skrop dan jalan cerita mantap. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.8/10

4 comments:

  1. betul,for me personally, kalau someone close to me meninggal, i tak akan percaya kecuali nampak sendiri jenazah tu :(

    ReplyDelete
  2. Tapi kalau saya sendiri pun, tiba2 ada orang kata dia datang dr masa depan ke apa, susah jugak nak percaya haha

    ReplyDelete
  3. Jalan cerita best jugak. Dah macam filem hollywood. tapi kalau diperkemaskan lagi mungkin boleh lawan hollywood la.

    ReplyDelete
  4. wah.. India punya drama bersiri pun dah makin menarik sekarang nie..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!