Tuesday, 8 September 2020

Lunch Di Restoran Mohd Chan Dataran Ara Damansara

Selepas beberapa episod soal jawab topik 'Makan di Mana?', Jumaat lepas kitorang makan dekat restoran Mohd Chan Dataran Ara Damansara. Dah lama plan nak makan dekat sini tapi asyik busy je so makan yang dekat-dekat je dengan office. 

Lagipun kawasan Dataran Ara Damansara ni leceh sangat bab parking. Nak pulak pergi sana masa peak hour. Haritu pun kebetulan je ada parkir kosong itupun lepas belas minit stuck dalam jam. Lama jugak nak tunggu service sebab pergi masa lunch hour jadi faham sendiri lah macam mana keadaannya. 

Kebetulan masa tu ada promotion, beli lunch set boleh dapat harga kurang untuk next purchase. So kitorang order yang dalam promotion tu je lah. 

For main dish - Nasi Goreng Richman, Black Pepper Beef with Rice + Egg, Nasi Ayam
Drinks - Kedondong Asam Boi & Ipoh White Coffee Cincau 
Side Dish - Shanghai Dumpling

Lama jugak lah tunggu order sampai. Nasib baik lah kitorang tak lah lapar sangat masa tu. 


So this is set Nasi Ayam Mohd Chan. For me so so je lah, tak berbaloi dengan harga sebab set ni almost RM10. Kalau dekat luar boleh dapat lagi murah dan lagi sedap. Ayam dia pun biasa je. Ingatkan ayam dia juicy tapi tak lah. Sambal dia pun tak pedas tapi banyak cuka. 


Black Pepper Beef with Rice + Egg pun macam biasa lah. Nothing much pun. Nasi Goreng Rishman dia pula macam nasi goreng seafood je cuma special sebab ada abalone dengan kepah. Nasi goreng dia tawar. 


Well for side dish not bad lah, sedap. Tapi jarang lah dumpling tak sedap. Be it fried or soup, semuanya sedap. 


Tak tahu lah kalau dumpling ni Mohd Chan buat sendiri ataupun beli luar je sebab harga tak lah mahal pun. 

'Kak Nora, yang hirisan dalam kicap tu mangga ke?'
'Entah, ye kot. Kak Nora tak makan buah.'
'Kak Nora kan pernah order dumpling ni, mana tau Kak Nora pernah makan'
'Tak lah. Makan lah, mangga la tu'

Ermmm tak guys, bukan mangga guys..... HALIA! 


Btw first time minum Ipoh White Coffee Cincau  and it does taste great! 

Lepas sesi lunch dekat restoran ni, I think lepas ni dah tak payah datang sini dah kot unless nak makan besar dan bukannya peak hour. Menu nampak sedap tapi waiting hour lama, nak park pun susah even tak lah sedap mana and pricey of course. Mungkin outlet okay la kot Idk depends dengan tekak masing-masing lah hshshs kbai

4 comments:

  1. aduiihh.... mengancam jiwa tgk menunya...

    ReplyDelete
  2. Adui.. Ini yang tak best ini.. Bila harga terlalu mahal tapi makanan tak sepadan dengan harga..

    ReplyDelete
  3. that dumpling looks so tempting,
    actually for u susah nak jumpa dumpling yg tak sedap kan ?
    my case sngt la susah nk jumpa yg sedap.. hmmm

    ReplyDelete
  4. menu nya boleh tahan harganya pun boleh tahan jugakk

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!