Tiktok | Self-Love and Healing

Wednesday 20 October 2021

Masa scroll TikTok I terjumpa video tentang self-love dan healing so I nak share dan simpan dekat sini sebab tak semua boleh terjumpa video yang sama kan? Credit to the writer and tiktok user for this beautiful sharing.

'When you heal completely, you stop tolerating discomfort. When something is wrong, you recognize that it is wrong and take action to fix it because you've seen what happens when you don't. When you heal completely, you are able to think ahead and rationally consider cause and effect. You recognize that your actions will generate results and if you wanna better control the outcomes of your life, you have to better adjust your habits. 

When you heal completely, you realize that there is nothing more important than being able to enjoy where you are, right here and right now. Whatever obstructions are in the way of you being present and savoring your life are the challenges you have to face because life is quick and it is temporary. What you have now, you could lose tomorrow and gripping it so tightly, binding it up with resistance does not mean it is safer. It means that when the day comes that it passes, as does everything, as does everyone. You will realize you never really enjoyed it.'


Apa yang dikongsi dari novel tersebut sama dengan beberapa quotes dari Friedrich Nietzsche. Bila tengok balik zaman sekolah atau 20-an dulu memang I seorang people pleaser and I guess ramai je daripada kita yang jadi people pleaser for various reasons. 

Disebabkan masalah people pleaser ni I suka butakan mata untuk kesilapan orang macam I terima je kalau kawan gunakan I sampai dia tak hormat masa I untuk study. Ataupun guna barang tanpa izin. Dalam relationships pula I tak kisah dahulukan duit untuk bayar itu ini ataupun dia rendahkan I just because I perempuan. Sampai satu tahap I stress dan rasa tak berguna langsung. 

Nak pulihkan balik diri kita memang ambil masa yang lama sampai kita jadi trauma atau paranoid dan lebih selesa seorang. But once you dah betul-betul pulih dan tahu apa matlamat hidup you, nak buang orang yang toksik dari hidup pun tak kisah dah. My advice from my experience, tak perlu takut pun kalau hilang kawan sebab setiap fasa yang berbeza ataupun baru, you akan kenal lebih ramai orang. Tempoh masa perkenalan tu bukanlah sesuatu yang patut kita raikan tapi kualitinya, peribadinya, manfaatnya hadir dalam hidup kita. 

Hidup sebagai people pleaser ni memang mudah tapi kenapa nak rosakkan diri kita sedangkan banyak lagi benda positif, kebaikan dan kecantikan yang kita boleh jumpa dan dapat dalam hidup. Hidup ni tak lama pun so do take care of yourself. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.