Movie Review | Hitman: Agent Jun (2020)

Director : Choi Won-sub

Writer : Choi Won-sub, Shin Joong-ryul

Cast : Kwon Sang-woo, Jung Joon-ho, Hwang Woo-seul-hye, Lee Yi-kyung, Lee Ji-won, Lee Jun-hyeok, Heo Sung-tae

Production Company : Berry Good Studio

Distributor : Lotte Cultureworks

Genre : Action / Comedy

Running Time : 110 minutes

Release Date : 22 January 2020

Trailer :


Joon (Kwon Sang-Woo) merupakan ejen khas di dalam Anti-Terror Team dalam National Intelligence Services (NIS). Dia dilatih sejak kecil oleh Duk-Gyoo (Jung Joon-Ho) dan menjadi ace di dalam skuad tersebut. Malangnya dalam satu operasi, payung terjun dia tak berfungsi dan diisytiharkan meninggal dunia. 

'I want to draw cartoons because it makes me feel good. When I draw, I forget everything.' - Joon

15 tahun kemudian, watak Joon menggunakan nama Kim Hyeong-suk dan berkahwin dengan Mi-na (Hwang Woo-seul-hye). Mereka berdua mempunyai seorang anak perempuan Ga-young (Lee Ji-Won) yang menyimpan hasrat untuk menjadi rapper dalam survival show Show Me The Money. Joon bekerja sebagai pelukis webtoon yang gagal walaupun itulah impian dia sejak kecil. Realiti kehidupan tak seindah seperti yang dibayangkan. 

Bila sumber pendapatan dari karya webtoon dia tak mencapai target, Joon bekerja di tapak pembinaan sebagai buruh kasar. Di rumah dia selalu kena marah dengan Mi-na, dekat site pulak dia kena hadap perangai sampah supervisor dia. Kalau ikutkan nasihat Ga-young, nak je dia lukis kehidupan dia sebagai ejen perisik tapi kalau NIS cari dia macam mana? 

Dalam keadaan mabuk, dia hasilkan webtoon dengan lukisan yang cantik dan hantar kepada editor Gyu-man (Lee Jun-hyeok). Bukan setakat protégé Chul (Lee Yi-Kyung) dari NIS yang cari dia, malah Jason (Jo Woon), musuh lama dia juga muncul kembali untuk balas dendam terhadap kematian adiknya.

Naskhah komedi hasil karya Choi Won-sub ni memang menghiburkan dengan barisan pelakon yang cemerlang dengan bakat lakonannya. Excited kejap bila nampak Lee Sang-yi buat cameo sebagai ejen NIS. Handsome betul dia dalam avatar tu. 

Sebelum ni menyampah dengan Kwon Sang-woo sebab watak dia try hard dalam franchise movie The Accidental Detective (2015), tapi dalam movie ni watak Joon kelakar dan macho dalam masa yang sama. Tak pasti kalau Sang-woo guna body double ataupun buat sendiri stunt dia tapi action stunt semuanya kemas dan tangkas. 

‘You don’t even make 500,000 won a month? That’s it for the man of the house? How irresponsible. If you cannot provide then why have a kid? How embarrassing to mooch off your wife like that.’ - Hyung-do (Heo Sung-tae) 

Debutante pengarah dan penulis Choi Won-sub ni memang karang watak Joon dengan persona Kwon Sang-woo so tak ada masalah langsung untuk dia hidupkan watak Joon dengan sempurna. Walaupun movie ni genre komedi tapi kebanyakan babak yang dipaparkan agak brutal. Nasib baik lah ada sesetengah bahagian diceritakan melalui lukisan Joon. 

Bukan setakat sinematografi dari Park Se-seung dipaparkan dengan baik dengan teknik kamera dan transition yang menarik, malah music album dari Park Gi-heon juga menaikkan adrenalin dengan himpunan lagu dengan genre rap dan hip-hop. Lagu rap yang digubah olah watak Ga-young pun best dan menyentuh perasaan sebab dia menceritakan episod drama dalam keluarga kecil dia. Dah la Lee Ji-Won terkenal dengan lakonan melankolik dia. 

Alur cerita Hitman : Agent Jun terbitan Berry Good Studio ni disunting dengan pacing yang laju dan penceritaan pun agak straightforward. Boleh kata predictable dan cliché jugak lah tapi sepanjang 110 minit layan movie ni memang gelak saja. Ada juga babak yang try hard dari watak Ketua NIS, Hyung-do tu tapi disebabkan lakonan Sang-tae bagus jadi babak tu tutup kelemahan watak yang dicipta. 

Betul lah cakap pengarah bila genre komedi ni jarang diberikan perhatian sebab tu dia nak hidupkan balik menerusi karya dia. Mungkin ada yang tak suka dengan konsep komedi yang dihidangkan tapi I really have fun watching this movie. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10

1 Comments

  1. i suka movie, kelakar betul especially part dia nak pergi selamatkan anak dengan isteri dia, berdekah gelak tengok scene tu..haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.