Fashion Files | Aishwarya Rai at Paris Fashion Week 2021

Tuesday 5 October 2021

Tahun 2021 dan Aishwarya Rai Bachchan masih lagi bertahan sebagai duta jenama kepada produk kecantikan terkenal, L'oreal dan tahun ni merupakan tahun keempat outdoor ramp walk diadakan untuk menyebarkan kempen kepada wanita. Tema pada tahun ni ialah pemerkasaan wanita dan anti-street harassment. 

Selain Aishwarya, duta yang lain pun turut serta juga dalam event ni macam Katherine Langford, Helen Mirren, Liya Kebede, Cindy Bruna, Marie Bochet, Camila Cabello dan lain-lain. Tapi taknak sembang banyak pasal event tu sebab nak fokus dekat style Aishwarya Rai dekat sana. Untuk ramp walk ni, Aish pilih gaun berwarna putih dari Le Défilé L’Oréal Paris 2021 Womenswear Spring/Summer 2022 Collections. Tak pasti lah inner putih tu datang sekali ataupun Aish yang sengaja alter supaya tak mengundang kontroversi dari media. 


The dress actually looks great tapi bila pakai dengan inner tu nampak gabungan tu tak menjadi dan buatkan tubuh badan Aish nampak berisi. Pleated dekat dress tu pun nampak tenggelam. Makeup Aish not bad lah sebab stylist dia guna warna terang memandangkan dress dia plain dan basic. Haistyle just average dengan wave bersaiz sederhana. 

The only saving grace for her looks is the pleated dupatta. Bukan setakat bagi dramatic effect pada si pemakai, malah stand out dari main outfit. Tak kisah lah pose apa pun yang Aish buat, pleated dupatta tu jugak yang mencuri perhatian. Kalau tengok video ramp walk ni lagi nampak awkward sebab Aish macam dah kekok nak berjalan dekat stage. Mungkin rehat lama sangat dekat rumah kot. 


Dalam ramai-ramai yang join tu, I paling suka outfit Amber Heard sebab warna yang compliment skin dia, main outfit yang sarat dengan details macam feathers dekat bahagian bahu dan lengan, belahan panjang di lengan, belahan V di bahagian dada, belt dan lebihan kain di bahagian kaki. Walaupun outfit dari Elie Saab tu guna satu warna je tapi gabungan beberapa details yang berbeza buatkan outfit tu menarik. 


Even strap heels dia padan elok je dengan jumpsuit pink yang dipakai. Makeup dengan hairstyle dia ringkas je tapi nampak menyerlah dan berseri dekat ramp walk tu. 


Untuk last appearance di Paris, Aishwarya memilih coat berwarna ungu yang sarat dengan hiasan manik bermotifkan landskap alam semulajadi dari koleksi Rahul Mishra. I tak faham kenapa stylist dia suggest untuk padankan kot labuh tu dengan oversized jeans yang terbelah di bahagian hujung. Lebih cantik kalau dia pakai skinny fit jeans ataupun seluar kulit berwarna hitam. 

Lagi bertambah pelik bila dia padankan dengan boot dengan tapak rata sedangkan dia boleh guna plump heels ataupun wedges supaya tak nampak tenggelam dalam kot yang sarat tu. I personally don't like the makeup and hairstyle sebab looks average satu hal, dia dah biasa dengan looks tu satu hal. Buat apa pergi Paris jauh-jauh kalau dia tak bereksperimen dengan fesyen dia? Dia patut cari stylist baru sebab dah berapa tahun Aish gagal menyerlah everytime pergi ke event luar negara. 

1 comment

  1. ala, pelik la outfit last tu. kita yang takde ilmu fesyen pun tahu kalau top dah baggy, bottom kena fitted or skinny. Inner tu maybe Aish ad on sebab macam tak compliment the dress

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.