Rambut Kering Lepas Apply Lavoo Hair Tonic Set


Sejak nampak ramai yang recommend produk dari Lavoo, kita pun nak join jugak sebab nak tambah nutrien kepada rambutnya kononnya. Tapi cuma beli set hair tonic je sebab rambut dah serasi dengan shampoo sekarang. Tak boleh nak tukar suka hati sebab nanti rambut jadi kasar dan keras kalau tak kena dengan ingredients. 

Rambut I tak ngam dengan argan oil so bila tengok produk-produk Lavoo menggunakan 6 bahan semulajadi - Aloevera Oil, Daun Arnica, Daun Jelatang, Akar Ginseng, Daun Selandar Air dan Daun Sage, tak la rasa risau sangat nak guna. Lagipun nak beli hair tonic je, supplement tambahan. That was what I thought at the first place. 

I beli set hair tonic ni masa Lavoo tengah buat promosi dengan harga RM97 tak termasuk penghantaran. Sebotol hair tonic sebanyak 120ml kuantitinya tapi boleh tahan lama sebab tekstur dia macam air je. Untuk set ni ada Hair Tonic Morning, Hair Tonic Night, free gift Hair Serum dan free gift Microneedle. Saiz hair tonic dan hair serum ni kecil elok je untuk dibawa dalam handbag. Convenient sangat untuk dibawa ke sana sini bila travel. 


Kegunaan Hair Tonic Morning ialah memulihkan kesihatan kulit kepala dan ketebalan dan ketumpatan rambut yang kelihatan supaya penampilan rambut lebih kuat. Hair Tonic Night pula memberikan rasa penghidratan dan kesegaran, membantu membersihkan dan menyegarkan kulit kepala, membantu menguatkan dan menjana semula akar rambut.

Kalau ikutkan cara penggunaan yang diberitahu pada kotak Lavoo tu, shampoo dan apply conditioner lepastu guna hair serum kemudian spray hair tonic. Minggu pertama memang rajin lah apply siang dan malam sebab tak sabar nak tengok hasilnya since ramai yang claim boleh pulihkan rambut rosak dan lebatkan rambut. 


Tapi terkejut gila lah sebab rambut jadi kering dan kasar. Bila dah kering mula lah rambut mengembang lepastu rapuh. Rasa nak menangis sebab before guna tu dah elok dah rambut. I tambah tonic supaya lebatkan rambut bukan nak kembangkan rambut. Dah la bau tonic tu tak sedap, smaa juga dengan hair serum dia. 

Bila dah tengok rambut jadi macam tu memang terus berhenti pakai lepastu bagi adik guna. Mana tahu sesuai dengan dia kan. Sayang lah nak buang sebab beli mahal lagipun ada banyak lagi. Baru seminggu pakai kan, bukannya luak banyak sangat pun. Mungkin ada bahan yang tak sesuai dengan rambut sebab ramai yang pakai okay je. Sooooo bye bye Lavoo. 

3 Comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.