Movie Review : Exit

Wednesday 25 September 2019


Director : Lee Sang-geun
Writer : Lee Sang-Geun
Cast : Jo Jung-suk, Im Yoon-ah
Production Company : Filmmaker R & K
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Thriller/Comedy
Running Time : minutes
Release Date : 31st July, 2019
Trailer :


Haritu ternampak poster movie ni dekat cinema tapi tak rasa nak tengok pun sebab Yoona yang berlakon. Tapi bila adik pasang movie ni masa dinner tadi rasa menyesal pulak tak tengok dekat wayang. Sebab baca review KakSha semalam, terus rasa nak tengok sebab KakSha kata best.


Mengisahkan Yoongnam (Jo Jung-suk) yang menganggur lepas kematian partner dia masa climbing. Punya la orang pandang rendah dekat dia sampai taknak dengar langsung apa dia kata sampai dia malas dah nak ambik port dengan orang lain. Even anak saudara dia, Ji-ho (Kim Kang-Hoon) pun malu nak mengaku pakcik.


Masa birthday mak dia, Hyun-Ok (Ko Du-Shim), Yoongnam sengaja pilih Cloud Garden untuk buat celebration event sebab dia tahu crush dia, Eui-Joo (Im Yoona) kerja dekat situ. Disebabkan family dia happy sangat berkumpul, masing-masing tak reti nak balik sampai Eui-Joo kena OT tunggu masing-masing balik.


Tragedi berlaku bila ada ex staff company kimia di kawasan tu lepaskan asap gas berbahaya disebabkan nak balas dendam dengan boss yang reject proposal dan buang dia dari kerja. Sesiapa yang terhidu asap gas tu akan susah nak bernafas, kulit akan kemerah-merahan and worst case scenario bila terhidu gas ni boleh menyebabkan kematian.


Masa semua decide nak balik, dekat luar bangunan dah kecoh dah masing-masing lari selamatkan diri. Ada yang accident, terbakar, sesak nafas, macam-macam lagi lah sebab dah takut sangat. Even bomba dan medik pun tak tahu macam mana nak rawat mangsa yang affected. Kakak Yoongnam, Jung-hyun (Kim Ji-Young) terjatuh masa berlari so she’s affected tapi tak teruk sangat sebab Yoongnam cepat bertindak.

Yoongnam guna climbing skill dia untuk selamatkan satu family dan pergi ke bahagian rooftop supaya team SAR ambil diorang guna helicopter. Tapi sayangnya heli boleh muat 20 orang je satu trip. Yoongnam terpaksa mengalah supaya family dia semua selamat, Eui-Joo pun sama terpaksa tinggal dekat situ.


Since both of them expert dalam climbing skill, diorang cuba pergi ke bangunan yang lebih tinggi dengan mask dan cello tape. Setiap bangunan ada mask emergency tapi cuma mampu bertahan selama 10 minit je kalau bernafas secara laju.

Bila dah berjaya pergi ke bangunan lebih tinggi, terjumpa pulak sekumpulan student yang terperangkap dalam kelas dan terpaksa mengalah lagi sekali supaya helicopter selamatkan diorang dulu. Gas pula makin naik ke atas, even worst ada letupan kedua dan angin makin kuat. Diorang pun dah buntu nak pergi ke mana sebab kawasan dah penuh dengan asap. Masing-masing cuma mampu menangis ratapi nasib je.


Awal movie ni nampak la macam kelakar tapi bila gas dah mula datang memang intense tambah pulak dengan saspen tengok climbing skill Yoongnam, banyak kali menjerit sebab takut. Boleh terbayang kalau dekat situ memang dah lemah dah kaki nak berpijak.


Earlier I said taknak tengok sebab Yoona tak pandai berlakon kan? Okay, I menyesal tak tengok sebelum ni sebab Yoona improved a lot! Dalam movie ni dia bukan setakat jadi cantik je tapi watak dia sama menyerlah dengan Jung-suk. Both of them belajar climbing ni supaya nampak lebih real onscreen. Rasa nak menangis sekali bila dia kata dia pun nak naik jugak helicopter tu. Suka tengok bila Yoongnam tak marah-marah pun tapi encourage Eui-Joo masa diorang dalam situasi yang genting.


Visual effect movie Exit ni pun cantik, nampak real sangat tambah pulak bila director pandai cari shot dan sound effect yang tambahkan lagi effect suspense tu. Punya lah debar tengok movie ni sampai tak terlintas pun dekat kepala yang diorang ni tengah berlakon je. Bila diorang dah buntu tu memang dah tak boleh fikir dah mana nak pergi. Memang level redho habis dah.


Bukan sebab jalan cerita yang unik je tapi bab lakonan, olahan director, skrip dan dialog yang bagus serta mesej kekeluargaan dalam movie ni memang wajib ditonton. Sampai sekarang tengah running lagi dekat cinema tapi certain cinema je lah dan movie ni hit dekat Korea. Tahniah Exit team!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

4 comments

  1. Best. Baru tengok gak, download kat Telegram :D Selalu tengok Yoona kat SNSD, tapi berlakon pun best hehe. Storyline pun best. Dalam sedih kadang2 boleh gelak sebab expression muka Yoona masa menangis kelakar hahaha saya bagi 10/10 jugakk hehe

    ReplyDelete
  2. Menariknya.. Suka Yoona pasal dia cute, ekeke

    ReplyDelete
  3. Aien selit kat husband je sebab dia suka tengok cerita genre gini. Alasan tak nak tengok kita sama, sebab Yoona tak pandai berlakon. Tapi, sebab tengok macam chipsmore sambil², best juga tengok Yoona pegi kick dia punya bos tu. ^^

    ReplyDelete
  4. Yeah!! Sep sikit.. Berbaloikan tengok filem ini..
    Kak Sha pun walau dah tahu ini lakonan je tapi dia punya intense tu.. Pergh!! Kita pun sama jadi berdebar dan takut.. tu lah.. rugi pula tak tegok dekat wayang..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.