Thursday, 12 September 2019

Engagement Day Fazreen


Awal bulan September dah pergi meraikan chapter bahagia member sendiri dekat Kampung Melayu Subang. Asalnya majlis start pukul 3 tapi sebab dah berjalan sakan dekat Putrajaya, kaki pun dah lenguh sana sini. 

Majlis dah habis baru sampai tapi cun lah datang hujung sebab dapat la tuan punya majlis melayan. Bab makanan tak risau pun sebab rewang so banyak sangat lebihan lauk. Dah pesan bawak tupperware dah untuk bekalan hari esok. 


Nampak tak mata rabak sebab baru bangun tidur petang tu lepas penat sangat berjalan. Sakit kepala lagi sebab berjemur bawah panas dari pagi sampai ke petang. 


Masa datang ni belah lelaki dah nak balik dah pun so kita bergambar dengan Fazreen je lah buat cukup syarat datang majlis. Pelamin dia cantik sangat tapi kalau nak bergambar kena set brightness paling terang sekali sebab gelap. 


Dia cakap dia tak puas hati dengan makeup hari tu tapi cantik je makeup natural look dia plus dia memang dah cantik dah pun. Nak pulak pakai baju kurung warna soft blue macam tu lagi naik seri bahagia tu. 

Tak sabar nak tunggu majlis kahwin nanti tapi sedih pun ye jugak sebab kawan dah nak mula hidup baru ni. Nanti dah kurang geng melepak haha congrats babe!

4 comments:

  1. simple .. baju lawa, mekap lawa, pelamin lawa.. orgnya pun lawa hehe.. tahniah kpd kwn awak ^^

    ReplyDelete
  2. cantik la kawan ana tu. Simple soft bluee uishh lawa lawa

    ReplyDelete
  3. Baju kurung warna soft blue tu memang nampak cantiklah.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.