Movie Review : IT Chapter 2

Friday 20 September 2019


Director : Andy Muschietti
Writer : Gary Dauberman
Cast : Jessica Chastain, James McAvoy, Bill Hader, Isaiah Mustafa, Jay Ryan, James Ransone, Andy Bean, Bill Skarsgård
Production Company : New Line Cinema, Double Dream, Vertigo Entertainment, Rideback
Distributor : Warner Bros. Pictures
Genre : Horror
Running Time : 169 minutes
Release Date : August 26, 2019 (Regency Village Theater), September 6, 2019 (United States)
Trailer :



2 tahun tunggu sequel movie IT dan The Losers’ Club muncul balik di pawagam. Kalau IT 1 masa zaman kanak-kanak bila Bill cuba balas dendam untuk kematian George dan The Losers’ Club dah berjanji nak datang balik ke Derry, Maine untuk bunuh badut pembunuh ni. IT 2 pula selepas 27 tahun Pennywise menghilangkan diri.


Lepas 27 tahun berlalu, geng losers dah ada kehidupan masing-masing dan Pennywise datang balik untuk ganggu hidup mereka bertujuh – Bill (James McAvoy), Ben (Jay Ryan), Eddie (James Ransone), Richie (Bill Hader), Beverly (Jessica Chastain), Stanley (Andy Bean) dan Mike (Isaiah Mustafa).


Tak semestinya masing-masing ada karier bagus, masing-masing boleh hidup dengan aman. Dengar je nama Pennywise terus masing-masing rasa takut semacam sampai Stanley ambil keputusan untuk bunuh diri sebab taknak experience level trauma yang sama. Walaupun masing-masing dah lupa tapi trauma tu tetap ada. *banyak betul masing-masing T.T


Bila semua dah setuju untuk reunite balik di Derry, Pennywise tak tunggu lama pun untuk terus attack The Losers’ Club sampai semua nak lari balik. Mike cuba untuk convince Bill supaya pujuk yang lain untuk stay sebab masa ni je satu-satunya yang cun untuk bunuh Pennywise sebab 27 tahun akan datang semua dah umur 70 tahun itupun kalau masih hidup.


Mike jumpa satu cara untuk bunuh Pennywise dari puak asal di Derry masa dia buat kajian untuk bunuh badut kejam ni. Bahan yang perlu dikumpulkan oleh The Losers’ Club untuk bunuh Pennywise ialah barang tinggalan di Derry yang bermakna dalam hidup masing-masing.

Nak kumpul barang ni memang mengundang ketakutan yang amat sangat lah sebab Pennywise confirm akan datang ganggu setiap watak yang ada. Tapi dalam takut tu pun ada jugak yang kelakar nak pulak dengan watak si Eddie dan Richie. Dari kecil sampai besar tak pernah berubah perangai.


Even scene tu predictable tetap menjerit jugak bila Pennywise muncul ataupun sergah orang. Berpeluh tunggu apa next step diorang nak buat bila Pennywise nak serang. Susah nak hadap Pennywise ni sebab ketakutan tu bukan datang dalam bentuk badut yang jahat tapi dalam bentuk ketakutan setiap watak.


Nak buang rasa takut tu memang kena kumpul courage yang sangat kuat which Stanley cannot do. Bukan sebab dia lemah tapi dia tak mampu. Kalau jadi Stanley pun rasanya dah ambil keputusan yang sama sebab badan pun dah tak function bila takut sangat.


Sequel movie adaptasi dari novel laku keras Stephen King ni pun sama hebat dengan movie yang pertama. Berbaloi lah tiket wayang dan masa habiskan 3 jam layan IT. Mungkin feels ni berbeza lah dengan setiap orang sebab ada yang kata bosan sebab draggy sangat tapi for me personally every character was well written and developed.


Elemen kelakar, seram, intense, suspense well blend dalam movie ni especially scene friendship The Losers’ Club. Berkawan, putus kawan dan berkawan balik tapi bond tu tetap kuat. Lagi sebak bila baca surat Stanley bila dia paling sayang friendship tu dari kecil lagi.

I must say IT team did a great job in casting sebab pelakon zaman kecil dengan zaman adult memang seiras sangat. Bab menghidupkan watak pun terbaik lah masing-masing emote on screen. Visual dengan special effects pun cantik, either in 80s or current timeline, both disunting cantik.


Some part are predictable, some part are fun to watch, some part are mindblowing while some part are draggy but all in all I can say I enjoy watching the sequel. Cuma kesian lah dekat budak kecik yang pindah masuk rumah Bill tu. Awal movie kena jerkah dengan Richie, second half dia kena serang dengan Pennywise. Kejam!


Cuma macam kecewa lah kenapa director tak jelaskan kenapa Pennywise suka serang budak comel yang innocent macam George dan mangsa dia yang lain? Those kid have one thing similar, being ignored or neglected from their family but still urghhh. Dalam movie yang first pun tak ada sejarah Pennywise ni. Mungkin misteri tetap kekal misteri or maybe the third installment in this franchise? Who knows kan?

Anyway, have fun watching and lets float together!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 9.2/10

6 comments

  1. dah lama tak layan movie, menarik gak review dari FJ nii :)

    ReplyDelete
  2. menang berapapun di bayar
    ayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  3. Fuyooo.. Akak tak tengok lagi cerita It yg baru ni.. Yang lama pun mcm dah lupa gila... Eiii seram lah nk tgk.. Kang xberani nk duk rumah ngn ank2 time laki pi keja.. Dah la laki selalu balik lmbt oii

    ReplyDelete
  4. It's amazing diorang boleh cari pelakon dewasa yang muka nak sama dengan child actors dulu XD
    Nak tengok jugak tapi kena tunggu ada orang upload online sebab cinema jauh T-T

    ReplyDelete
  5. kita tengok dkt cinema cerita nie. mmg duk tutup2 muka sbb takut. lemah semangat awal2 movie tu. dah nak last tu tak takut sgt lah. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Wargh!! Memang tak tengoklah.. hehehe..
    Tapi menarik pula baca review Farhana nie..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.