Lunch Di MAKAN Culture, CITTA Mall

Thursday 5 September 2019

Before this dah pernah makan dekat sini masa reunion dengan kawan sekolah rendah, geng membawang hal duniawi. So this time around since dah jumpa tempat makan best dengan service bagus, ajak la adik lunch dekat sini sebab dia tak pernah pergi lagi.


Restoran ni memang tak ramai orang so nak cari tempat duduk tu tersangatlah senang. Pilih je port mana nak. 

Since haritu makan butter chicken dia sedap, I recommend my sister ambil menu yang sama tapi ambil yang spicy punya. I just go for light lunch sebab nak derma darah so taknak kenyang sangat takut tertidur masa menunggu so ambil Fried Man Tao dengan kuah kari. 


Butter Chicken dia memang creamy habis, sedap sangat makan. Spicy atau biasa, dua-dua sedap dimakan but for yang suka pedas better ambik spicy lah. Baru berselera makan ye dak?


Fried Man Tao ni macam bun tapi dah digoreng. Tak pasti lah digoreng ataupun tidak sebab tak berminyak pun lepastu isi dalam memang cantik je putih. Suka sangat makan bun ni sebab crunchy dekat luar, lembut di dalam.


Yang tak bestnya cicah dengan kari sebab kuah kari dia cair sangat. Nasib baik portion menu Butter Chicken tu banyak so cicah dengan kuah creamy tu nyummmmmmm! Sambil update entry ni sambil terliur.

For drinks just pilih ice blended coffee dengan teh tarik leleh. Before this pun ambil teh tarik leleh, this time pun sama sebab sedapppppppp!




Lepas ni nak datang lagi sampai dah habis cuba semua menu. Since plain rice dengan fried man tao I dah try, lepas ni nak cuba nasi bon bon pulak, signature dekat MAKAN Culture ni. Yang belum pernah pergi lagi, baik you guys pergi sebelum meja dekat sini penuh. 

5 comments

  1. amboi teh tarik dia nampak sedap sangat :D

    ReplyDelete
  2. Sedapnya buttermilk chicken😋.

    ReplyDelete
  3. nasib baik dah makan. hahaha xde la terliur sgt

    ReplyDelete
  4. Amboy, teh tarik leleh, memang meleleh

    ReplyDelete
  5. pergh!! Teh tarik dia.. siap yang suk ini mesti puas hati..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.