Thursday, 19 September 2019

#ThrowbackThursday : Beraya Dengan Faz & Siti

Bila dah habis belajar memang susah nak lepak dengan kawan macam dulu. Dulu dekat uni habis kelas je lepak dekat dorm, kalau tak study, mesti tidur. Dia dua tu je sebab katil Faz ni macam puaka sikit nak pulak bila lepas lunch eh mengundang sangat.

Siti pulak sebilik dengan Faz, antara muka yang awal kahwin lepas grad haruslah Siti. Tak sangka pulak masa open house Faz buat, Siti bawak anak dia datang. Rupanya dekat je memasing selama ni. Siti di Puchong, Faz di Taman Medan while I dekat Subang Airport tapi nak jumpa tu dalam setahun pun belum tentu dapat. 


Adult life tak best macam zaman study dulu ye adik-adik, kalau tengah study tu spend la masa banyak sikit dengan kawan-kawan sebab dah kerja nanti belum tentu dapat kerja yang cuti waktu weekend untuk spend time. Kalau kawan dah kahwin lagi syahdu. 

Dekat open house Faz banyak sebenarnya makanan sampai tak muat perut nak isi sebab mak Faz sejenis yang pandai masak. Ada restoran sendiri okay. Memang kelakar kalau tak makan sampai jadi ular sawa. 


Ada chicken chop, nasi impit, soto, daging bakar, kek coklat dan banyakkkkk lagi tapi taknak korang terliur, kita serve buah tembikai dengan kek coklat je lah. 


Kalau jumpa Faz memang tak berhenti menyembang nak pulak ada Siti yang sama level je bertih dia. Kalau masa kecik dok mengutuk mak asyik bye tapi tak pandai habis cerita dengan tuan rumah, ahhhhhaaaa sekarang dah merasa dah perangai cenggitu ye. 


Entah berapa kali bye, entah berapa kali salam, entah berapa kali bergambar tapi tak reti nak habis menyembang. Plan asal nak balik jam 3 tapi anjak sampai ke jam 5. Lama kan? 


Since dah petang sangat, masing-masing pun terpaksa tutup kitab dengan bersungguh and hopefully akan datang ada rezeki nak jumpa lagi :')

5 comments:

  1. betul sangat nasihat FJ pasal masa kerja dan masa study tu...spend la masa sebanyak yg boleh dengan kawan2 bila masih study...dah kerja nanti susah nak cari masa senggang bersama2...

    ReplyDelete
  2. oohhh kita same kalau bcakap tu memang susah nak bhenti, lebih2 kalau jumpe kawan lama...

    ReplyDelete
  3. betul tuuu. dah hbis study mmmg pyah la nk jmpa kawan2 study balik. tambah yg dah kawin nnti ada anak lagi susah. duduk jauh2 huwaaaaa rindu pulak zaman study

    ReplyDelete
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  5. bab spend time dengan kengkawan time study tu memang akak setuju sangat..
    bila dah kerja memang tak sempat dah..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.