Cari Remis Terjumpa Barai

Saturday 21 September 2019

Kalau nak masuk musim tengkujuh dengan tarikh cantik masa bulan penuh, ada eloknya kalau lepas breakfast pergi ke Pantai BNO cari remis. 


Sebelum ni dah pernah up entri tapi more to sembang pasal mee udang, well this time up entri kegigihan satu family cari remis di BNO.


Balik Sabak minggu lepas sebab birthday Farah, so for her birthday bawak je la jalan-jalan dekat BNO sebab sini je yang best dekat Sabak ni. Lagipun Farah kata nak kumpul koleksi kulit kerang. 




Selalunya Farah akan mintak masak sambal tapi sebab birthday dia dah belikan kek blueberry so orang lain boleh request menu lain dengan tenang. 

Agak ramai jugak pagi Ahad lepas, masa kitorang datang tu dah ada dua tiga family korek dalam guna cangkul. Kitorang je melenggang bawak senduk mak dan berdoa supaya tak patah. 


Korek dekat tanah laut ni tak jumpa pun remis walaupun kulit dia banyak sebab dekat sini kawasan barai. Kitorang tak pernah makan barai so kitorang ignore je padahal orang lain beria korek sebaldi. Bila tanya makcik yang tengah mengorek tu dia kata barai lagi sedap dari remis. Buat masak lemak, sambal tak pun rendang fuhhhh lapar terus sembang pasal makanan ni. 


Penat nak kutip barai ni sebab dia melekat kuat gila dekat pasir. Tak tahu pulak boleh je tarik sampai terputus sebab ekor dia keras, tak sedap. Isi dalam tu yang sedap. Menyesal tak korek banyak lagi. 

Sudahnya kitorang sebagai manusia yang tak tahu betapa sedapnya barai daripada remis balik ke tebing cari remis. Nak cari remis dekat bawah batu tapi kali ni tak payah selak batu pun dah jumpa dekat pasir tu. Antara nampak dengan tak je. Besar pulak tu memasing. 




Dah penuh sebesen, dah panas terik, dah lapar lepas mengorek, siap basuh kaki bersihkan pasir semua terus balik rumah. Cadangnya nak makan mee udang tapi kedai pun tak bukak lagi. Sedih. 

Balik rumah rendam remis dengan barai dalam air garam dengan cili untuk buang pasir. Since minggu ni dah makan heavy, tekak dah penat so kita rebus je dengan bawang dan serai. 


Yang shell panjang tu la barai. Betul lah makcik tu cakap barai lagi sedap dari remis. Menyesal gila tak kutip banyak-banyak. A lesson has learnt. Nanti balik Sabak nak korek barai pastu buat masak lemak rebung fuhhhh lapar wei. Dah la tu sembang sikit-sikit. Kbai

7 comments

  1. 1st time dengar namanya barai ni. Sedap eh. Dulu x reti makan mentarang. Sekali makan sedap la pulak. Nanti nk kena try barai pula 😁

    ReplyDelete
  2. First time dengar barai. Renis tu pernah la jugak. Ilmu baru ni

    ReplyDelete
  3. Remis tu selalu dgaq tpi honestly tak penah tgok. apatah lagi barai.. dok sebut2 ja barai weh hrini kerja byk. rupanya barai tu nama siput ke? hahah

    ReplyDelete
  4. tak pernah pulak dgn barai. biasa dengar remis. kita tahu pasal remis pun masa belajar dekat melaka. penat jgk mkn. boleh tahan sedap tp tak puas sebab remis kecik.

    ReplyDelete
  5. rasanya mungkin pernah nampak barai nih masa ke pasar depan pantai remis tuh, tp tak pernah beli...
    tp bestnya dok mencari sendiri, puas hati bila dpat banyak dan masak sbb usaha sendiri

    ReplyDelete
  6. first time dengar dan tengok Barai tu.. Sedap eh.. selalu makan remis je..
    seronok juga aktiviti macam ini.. Dia punya syok mengutip tu sampai tak sedar dah penuh bekas.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.