Sunday, 22 September 2019

Lirik Lagu Pelukan Angkasa - Sekumpulan Orang Gila ft Shila Amzah

Should thanks to Youtube for its video recommendation bila Official MV lagu ni keluar dekat notification. Pernah jugak dengar lagu SOG sebelum ni tapi satu lagu je lah sebab genre diorang tak kena dekat telinga. But this one i super love!


Lagu gubahan Nazrin dan lirik dari Fazleena Hishamuddin ni merupakan OST movie baru, KL Vampires yang akan keluar 26 September nanti. Rasanya ni first time Shila Amzah try nyanyi dalam genre rock and she sounds great. Suara dia serasi dan tak tenggelam pun bila masuk part scream tu. Hopefully bukan edit lah tapi Shila memang terkenal dengan high note dia. 

Vibe lagu ni ada iras lagu Bring Me Back To Life - Evanessence and even suara Shila macam suara Amy Lee.  I must say what a great comeback for Shila Amzah this year lepas release lagu soul ballad, Tiada Dirimu dan percubaan dalam genre baru. 

Yang belum layan lagu ni, boleh klik dekat sini


LIRIK LAGU PELUKAN ANGKASA
Artis : Sekumpulan Orang Gila ft Shila Amzah
Komposer : Nazrin 
Lirik Lagu : Fazleena Hishamuddin
Studio : Cinemaya Studio 

Bulan purnama terangi rinduku yang sayu
Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu
Langit gelita sematkan bintang di dadamu
Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu

Angin bersiul
Bersiul hembus
Menghembus luka
Dingin menusuk
Menusuk meratah rongga

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Terik suria suluh logika rohku yang gelap
Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa

Kalian takkan mampu
Mampu memecahkan bongkah ini
Rangkul tanganku
Kita bersatu lawan dunia

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Dua jiwa, dua dunia
Ingin mengecap damai bahagia
Tahukah bahawa cinta itu satu dosa?

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan


4 comments:

  1. First time dengar nama SOG ni.suara shila mmg tak disangkal sedap.

    ReplyDelete
  2. First time dengar nama kumpulan SOG ni jugak..suara shila lain sangat...kalau tak tengok confirm tak tahu shila hamzah yang nyanyi.best jugak lagu ni...

    ReplyDelete
  3. 1st time dengar..unik suara..:)

    ReplyDelete
  4. ayo daftar di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.