Friday, 27 September 2019

Movie Review : Kabir Singh


Director : Sandeep Reddy Vanga
Writer : Sandeep ReddyVanga
Cast : Shahid Kapoor, Soham Majumdar, Kiara Advani, Arjan Bajwa, Kamini Kaushal, Siya Mahajan, Nikita Dutta, Anurag Arora
Production Company : Cine1 Studios, T-Series
Distributor : AA Films
Genre : Romance
Running Time : 160 minutes
Release Date : 21 June 2019
Trailer :


Movie ni sejak release lagi dah terima kecaman dah sebab character Kabir Singh dilabel sebagai misogynist, baran, alcoholic, drug junkie dan movie ni bahaya sebab akan ramai yang akan terikut dan seolah-olah glorify watak Kabir Singh. Macam Shahid cakap ni semua penceritaan kisah individu bukan untuk dipuja atau jadi ikutan.


Kabir Rajhdeer Singh (Shahid Kapoor) top student di medical college Delhi dan top student ke-27 di India tapi ada masalah dengan anger management. Lepas dia bergaduh dan belasah pasukan lawan disebabkan striker curi-curi serang Kabir, dekan bagitahu depan pelajar lain yang Kabir ni useless walaupun bijak sebab tak pandai control baran dia. 

‘I’m not a rebel without a cause. sir’ – Kabir Singh


Disebabkan jawapan Kabir, dekan nak dia hantar surat minta maaf atas kelakuan biadap dan digantung sebulan dari kolej. Kabir taknak hantar surat minta maaf sebab bukan dia yang mulakan pergaduhan tu so dia ambil keputusan untuk berhenti dari kolej. 

Tapi dia tarik balik keputusan dia untuk berhenti sebab dia jatuh cinta pandang pertama dengan Preeti Sikka (Kiara Advani), freshie baru daftar untuk semester pertama. Dia mula bagi amaran kepada student lelaki supaya jangan kacau Preeti dan amaran kepada pelajar perempuan supaya jangan buli Preeti. Sebut nama Kabir Singh memang tak ada yang berani cari pasal.


Everything was so beautiful sampai lah masing-masing grad. Masalah jadi bila Kabir datang ke rumah Preeti untuk bawa Preeti ke majlis kahwin abang dia, Karan. Sementara tunggu ayah Preeti balik, Preeti dengan Kabir berbual di tingkat atas tapi kantoi dengan ayah Preeti masa tengah bercium.


Harpal Sikka (Anurag Arora) halau Kabir keluar dari rumah even Kabir datang minta maaf sebab kelakuan dia semalam pun Harpal taknak terima cinta Kabir-Preeti. Preeti pula dikahwinkan dengan pilihan keluarga. Disebabkan tak mampu terima perkahwinan Preeti dan Kabir dihalau keluar dari rumah, Kabir fokus dengan kerjaya dia sebagai surgeon atas bantuan dan nasihat kawan baik dia, Shiva (Soham Majumdar). Habis kerja dia akan habiskan hari dia dengan minum arak dan hisap weed. Dia tak mampu nak move on sebab dia sayang sangat dengan Preeti.


Jalan cerita movie Kabir Singh ni tentang kisah cinta Kabir-Preeti cuma director ambil dari perspektif Kabir Singh bukannya dari dua belah pihak sebab screentime Preeti tak banyak even perasaan dia tak ditonjolkan sangat. Banyak yang opposed kisah cinta ni ditayangkan terutamanya feminist sebab misogynist tapi kalau tengok karakter Preeti, dia memang deserve hidup dengan Kabir yang dominan since dia agak lepu. Thank God dia ada muka yang cantik so Kabir boleh jatuh cinta dengan cara dia bernafas sampai tak berkelip dia pandang.


Lakonan Shahid sebagai Kabir memang mantap, sama macam lakonan dia dalam Rangoon, Udta Punjab dan Haider. Movie ni 2 jam 40 minit, 2 jam menangis sebab feel connected dengan watak Kabir. Masa tengok behind the scene video even director menangis tengok performance Shahid sebagai Kabir. You give everything you have for your loved one. Tanpa cinta Preeti, Kabir just hidup semata hidup je lah. Dia dah ada semua yang dia nak tapi dia tak ada cinta. 

‘If anything happens to her, I’ll be the most fucking affected person’ - Kabir Singh

'It's not the goodbye that hurts, its the flashback'


Ada review yang kata Kabir Singh sama macam Devdas yang loser but nope, Devdas cuma minum arak siang malam tanpa any contribution to society. Memang Kabir jadi alcoholic tapi dia jaga bab kerja. Boleh tengok dalam scene dia buat surgery, tak pernah ada dalam masalah. Rules dalam surgical room, dia jaga. Bab pesakit dia jaga. Memang dia baran dan marah nurse dia tapi bila diorang buat silap. Ada je scene Rani (Siya Mahajan) mintak advice Kabir pasal patient mengada dan borak kosong lepas surgery.


Macam Kabir bagitahu audience, dia bukan jenis baran tak kena tempat. Dia marah bersebab, dia tahu apa dia nak dalam life. Dia marah bila orang tak dengar penjelasan dia. You guys akan nampak sisi Kabir yang cantik bila dia explain kenapa dia marah dengan ayah Preeti masa sembang dengan nenek dia (Kamini Kaushal). Scene dia sembang dengan Karan (Arjan Bajwa) dan scene Kabir sembang dengan Shiva. He respect them a lot sebab manusia ni semua faham dia. Even dengan Jia Sharma (Nikita Dutta) pun dia okay je layan dengan baik.


He caught my attention bila dia biarkan Preeti belajar subjek Upper Thorax dalam kelas bila dia tahu Preeti tak selesa belajar dengan dia. He did again bila dia tak sengaja marah patient yang lebih tua. Biasanya patient berusia ni tak makan ubat atau tak dengar cakap doktor tapi lepas marah, dia datang melutut minta maaf. Dari riak wajah dia, kita boleh nampak dia betul-betul tak sengaja.


Scene dia datang minta maaf dekat ayah Preeti is a brave act sebenarnya. Dia rasa terhina bila Harpal samakan dia dengan lelaki sampah yang lain sebab dia tak macam tu. Dia top student, dia bakal jadi surgeon, future dia dah well figured, dia mampu jaga Preeti, dia setia dan dia bukan jenis suka buang masa.


Memang betul dia cakap buruk pasal parents Preeti tapi apa yang dia cakap tu betul. Arranged marriage tak sama dengan marriage atas dasar cinta so parents Preeti takkan faham position Kabir-Preeti. Cuma tone dia kasar dan orang salah anggap sebagai menghina.

Another scene bila dia terangkan dekat Shiva tentang PMS, apa patut lelaki buat bila partner datang PMS. 'You don't told her to just deal with it because she supposedly know it better because its her fate crap as a woman'. Even Kabir dengan Shiva sama-sama medical student tapi berbeza action diorang. Suka scene dia takkan menipu walaupun consequences buruk, dia terima balasan untuk silap dia.


Since movie ni remake dari movie Tamil, Arjun Reddy tapi karya director yang sama, tak banyak perbezaan Kabir Singh dengan Arjun Reddy cuma bab visual lebih cantik lah sebab budget pembikinan movie ni lebih besar.


Soundtrack movie ni terbaik! I must say this is the album of the year sebab semua lagu ada dalam movie sesuai dengan jalan cerita. Disebabkan soundtrack, emotion tu makin bertambah. You will feel their love, you will feel Kabir’s pain and heartbreak. Nak pulak bila ada suara Arijit Singh fuhhh


‘Forgetting the one who got away is not easy. That’s exactly what he is going through. We can do a lot of things for him but we cannot share his pain. Suffering is really personal, let him suffer’ – Dadi

All in all movie ni memang terbaik untuk genre romance, dari segi jalan cerita, dari segi penceritaan, visual, music score semua cantik tapi tak sesuai untuk tontonan keluarga sebab ada 18sx scene dan bab mencarut tu berbakul dari awal movie. Dan tak semua mampu terima kisah cinta dominan-submissive macam ni. But for me it’s an emotional journey and a beautiful love story.


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

3 comments:

  1. peerghhh rate 10/10 tu. Mcm kena tgok jugak la nampaknya. ehhe tapi rebel2 dia pun jadi sugeon tu wow okayy budak pandai. Not bad jugak eh hero ni hehehe

    ReplyDelete
  2. agen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  3. Baru dapat tengok Kabir Sigh ni sabtu lepas.. Ya Tuhan..! memang berbakul2 dia punya maki carut segala.. hahaha.. tapi akak tengok yang version tayang kat tv, for sure banyak scene dah kena potong. Pun begitu, tetap feel dengan watak Kabhir ni.. memang boleh rasa sakit dia tu kan.. dgn Preeti lagi, dgn family dia lagi, dgn keje lagi.. gilaaaa arr..

    Nangis-nangis gak tengok movie ni terutama masa dia 'kena hukum' tu. Perit kot. Walaupun dia boleh je menipu tapi dia pilih utk jujur. Truely hero..! :) Cuma akak harap kalau la ada scene dia masuk rehab ke, or ambik personal doc (psikatrik) ke or apa2 la utk rawat dia punya ketagihan tu, mungkin lebih cantik filem ni dan lebih mengundang airmata la kot.. hahahaha.. :p

    apa pun, filem ni best..! Shahid Kapoor awesome gilerrrrr...!

    ...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.