My Fav Pick For VOGUE Beauty Award 2019

Saturday 28 September 2019

Tahun 2019 menandakan perjalanan 10 tahun Vogue Beauty Award di India. Walaupun tak ramai stars yang dapat datang ke award event yang ni tapi fashionista stars memang jadikan event ni acara wajib tahunan. 

Lets see siapa yang nampak cantik dan glam dekat award event diadakan di Mumbai ni.

1. Sara Ali Khan


Love her in black ruffle dress dari koleksi Shriya Som dipadankan dengan pump heels hitam dengan solekan nude. Hairstyle dia cantik, sesuai dengan bentuk muka dia yang panjang. 

2. Shahid Kapoor

Image result for vogue beauty awards 2019

Bab style dan fesyen with class bagi je dekat Shahid Kapoor, memang tak pernah gagal. Shahid looks suave with metallic blazer and shirt match with black trouser from Amit Aggarwal. Loafer dengan hiasan warna metallic yang sama dengan blazer melengkapkan gaya Shahid.

3. Vicky Kaushal


Thanks to Anisha Jain dua pemenang anugerah VBA, Shahid dan Vicky nampak segak di award event ni. Vicky nampak handsome dalam suit berwarna biru gelap dan ungu cerah dari koleksi Dior dan juga kasut hitam dari Dior. 

4. Malaika Arora Khan


Kalau yang lain datang dengan bling bling dress, Malaika memilih dress putih ala Boho dari koleksi Aadnevikwas dengan potongan tinggi di bahagian peha serlahkan kaki panjang yang dipadankan bersama beige high heels. Suka dengan corak bahagian atas dress ni. Looks hot for a bride-to-be!

5. Aditya Seal

Image

Kalau dah tengok Student Of The Year 2, mesti kenal dengan si kacak Aditya Seal ni. Tampil ringkas tapi segak dengan jumpsuit berjalur tegak berwarna biru dari Balmain dan shade brown. I love his hairstyle and charming smile. 

6. Kalki Koechlin

Image

Bintang Sacred Games Season 2 ni memilih untuk mengenakan vintage tier dress dari koleksi ‘Conscious Collection’ dari H&M. Warna pink pucat nampak sesuai dengan warna kulit Kalki. Dipadankan dengan solekan dan gaya rambut ala 50-an dan sandal dari Goenka dihiasi jewelry dari Renu Oberoi.

7. Kriti Sanon


Jarang nak nampak Kriti salah memilih dress. Its a great thing Kriti serlahkan kaki panjang dia dengan dress potongan tinggi dari Monisha Jaising. Gaya rambut lepas dengan solekan minimal, it just perfect for the night!

8. Sunny Leone


Dress dari koleksi Mark Bumgarner ni nampak cantik dengan potongan badan Sunny. Tampil ringkas dan menawan dengan gaya rambut updo bun dan dipadankan dengan sandal berwarna silver. 

9. Rakul Preet Singh


Aktres yang meningkat nama dengan movie De De Pyaar De ni memilih untuk mengenakan dress ruflle di bahagian bawah berwarna merah dari koleksi Aednevik. Nude makeup and high ponytail completes her look!

10. Shilpa Shetty 


Tak boleh tak ada dalam list ni sebab Shilpa Shetty selalu tampil cantik dengan outfit yang serlahkan potongan badan cantik. Kali ni Shilpa mengenakan dress yang sarat dengan kilauan batu dari koleksi Reem Acra dan dipadankan bersama sandal hitam dari Saint Lauren. 

Ada 9 kategori untuk barisan panel juri pilih stars mana yang layak untuk bawa pulang award VBA ni. Barisan panel juri termasuk Shweta Bachchan Nanda, hairstylist Avan Contractor, makeup artist Mickey Contractor, pelakon Bhumi Padnekar, Shobita Dhulipala dan pereka fesyen Masaba Gupta. 

Senarai penuh pemenang VBA 2019 : 

1. Man of the Decade : Shahid Kapoor
2. Beauty Icon : Alia Bhatt
3. Man of the Year : Vicky Kaushal
4. Beauty of the Year : Kriti Sanon
5. Fresh Face - Female : Sara Ali Khan
6. Fresh Face - Male : Siddhant Chaturvedi
7. Fitspiration - Female : Malaika Arora Khan
8. Beauty Legend : Sharmila Tagore
9. Beauty Warriors : Tahira Kashyap Khurrana & Sonali Bendre

Antara stars lain yang hadir ke award events ni, Shilpa Shetty, Amrita Arora, Richa Chadda, Rhea Chakraborty, Swara Bhaskar, Shibani Dandekar, Malavika Mohan, Surveen Chawla, Radhika Apte, Radhika Madan, Ayush Sharma, Patralekha, Aparshakti Khurrana dan lain-lain. 

Some candid moments di Vogue Beauty Award 2019....

Image result for vogue beauty awards 2019

Image




5 comments

  1. Kriti sanon yg jadi adik kajol dlm diwale tu kan? Cantik hensem semua

    ReplyDelete
  2. menang berapapun di bayar
    ayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  3. pergh!! Dia pun pakaian.. dasat-dasat.. hehehe..
    Pelakon lelaki tu kenal Shahid je..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.