Thursday, 12 September 2019

Movie Review : Game Over

Director : Ashwin Saravanan
Writer : Ashwin Saravanan, Kaavya Ramkumar (Tamil dialogues), Venkat Kacharla (Telugu dialogues)
Cast : Taapsee Pannu, Vinodhini Vaidyanathan, Anish Kuruvilla, Sanchana Natarajan, Ramya Subramanian, Parvathi T.
Production Company : Y NOT Studios, Reliance Entertainment
Distributor : YNOTX (Tamil), Telugu – TBD
Genre : Psichology/Thriller
Running Time : 103 minutes
Release Date : 14 June 2019
Trailer :


Not much hype for this movie sampai la trailer keluar and I’m quite amazed. Satu sebab genre thriller, lagi satu sebab Tapsee yang berlakon sebab dia antara yang berbakat dalam Btown. Tak ada masalah lah kalau dia conquer seorang screentime movie ni. Congrats for GO team sebab berjaya raih collection sebanyak Rs76 crore dengan bajet Rs5 crore je. 


Mengisahkan tentang Swapna (Tapsee Pannu) yang struggle dengan trauma dirogol dan dirakam pada malam Tahun Baru. Sejak dari kejadian tu dia takut dengan gelap dan tinggal bersama penjaga dia, Kalamma (Vinodhini Vaidyanathan) dan juga guard, Anwar Bhai (Subramanian). 

Doctor (Anish Kuruvilla) sahkan dia kena ‘anniversary reaction’ sebab perkataan New Year akan triggered anxiety dan panic attack sebab mental Swapna taknak lalui trauma dan ketakutan yang sama lagi. Penyakit ni akan datang serang setahun sekali pada tarikh peristiwa gelap tu berlaku. 


Swapna jarang keluar dari rumah lepas kejadian tu even bekerja dari rumah sebagai pencipta video games. Dengan keluarga pun dia jarang contact sebab parents dia salahkan dia masa kejadian tu berlaku.

Strange thing happened bila tattoo dia cacah di tangan makin sakit tanpa sebab. At first dia ingatkan kena gigit serangga tapi rasa sakit tu makin kerap so dia pergi ke Immortal Tattoo tanya hal ni sebelum dia pergi jumpa doktor.


Varsha (Ramya Subramanian), pencacah tatu bagitahu yang hari kejadian tu pihak dia tersilap masukkan dakwat tattoo dengan abu si mati. Sepatutnya kalau negative effect dari dakwat tattoo, customer dah dapat kesan lepas cacah tattoo tapi kes Swapna ni bila nak genap setahun baru sakit.


Setiap kali dia cuba buang, setiap kali tu la makin sakit. Swapna sakit hati sebab sejak dia cacah tattoo tu, hidup dia makin malang. Varsha offer untuk buang tattoo tapi dia bawa sekali ibu Amrutha (Sanchana Natarajan), pemilik abu dalam dakwat tattoo Swapna.


Amrutha dah 3 kali buat operation untuk buang sel kanser dalam badan dia. Setiap kali dia berjaya, dia akan cacah tattoo sebagai tanda untuk ingat hari penting dalam hidup dia. Sayangnya Amrutha kena bunuh jam 2 pagi dengan psycho serial killer. Kepala dipenggal, badan pula dibakar hidup-hidup. Abu tu je satu-satunya peninggalan mendiang.


Ibu Amrutha cakap dia tak tahu kalau Swapna akan menang ataupun tak ujian ni tapi dia tahu Amrutha nak Swapna berjuang habis-habisan. Lepas Swapna jumpa ibu Amrutha dia batalkan niat untuk buang tattoo tu tapi malangnya jam 11 malam, psycho serial killer yang bunuh Amrutha datang buru Swapna.


Tak tahu apa motif sebenar psycho serial killer ni pilih untuk bunuh Amrutha dengan Swapna sebab director tak reveal pun motif dan identiti sebenar pembunuh ni. Yang director cuma tunjuk macam mana Swapna fight untuk selamatkan diri walaupun dia takut hidup dalam gelap.


Bila dah habis movie pun director still simpan misteri pembunuh tu so I just assume yang pembunuh tu membunuh secara rambang tapi macam tak puas lah sebab dari awal movie director dah tunjuk connection antara Amrutha dengan Swapna. Tambah bila psycho serial killer ni datang, rasa curious nak tahu.


Jalan cerita dia dah cantik bila first half director tunjuk life Swapna sebagai mangsa rogol yang trauma dan hidup dalam dunia dia sendiri dengan bantuan Kalamma. Tapsee portray ketakutan dan trauma tu dengan cantik sampai rasa sakit hati bila Kalamma dengan doctor kata dia sengaja taknak fight walhal dia dah ada improvement dah.


Movie ni tak ada lagu langsung tapi agak singkat lah running time dia walhal director boleh kembangkan lagi jalan cerita ni. Lagi cantik kalau movie ni laju sikit dan tambah thriller scenes ataupun mangsa serial killer yang lain. 

But good job lah team Game Over sebab berjaya buat movie ni jadi seram habis. Bukan Swapna je cuak bila pembunuh tu datang, meremang seriau tengok bila dia muncul depan mata. Bab terkejut tak payah cakap lah sampai menjerit masa tengok certain scenes. Kalamma pun pandai hidupkan suasana merinding tu.


For a thriller genre, this one is a must watch walaupun you guys tak mampu nak hadam apa motif pembunuh tu but heyyyy nama pun psycho so membunuh secara rambang tu dah memang kerja diorang. Anyway if you guys tak faham second half, try apply konsep deja-vu. 

“We all have two lives, the second begins when we realize we only have one”

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10

No comments:

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.