Thursday, 5 September 2019

Dunkin' Donuts Bekerjasama Dengan SHOPEE Untuk Memperkasa Perjalanan E-Dagangnya

It's September! It's 9.9 Super Shopping Day di SHOPEE!!

Berita baik untuk peminat Dunkin' Donuts, bermula sekarang hingga 9 September nanti, you guys boleh beli donat serendah RM1 dan beberapa baucar promosi dengan diskaun setinggi 90% bersempena 9.9 Super Shopping Day di SHOPEE. 


Dunkin’ Donuts adalah rangkaian café terkemuka di dunia yang diasaskan pada tahun 1950 dan berkembang secara global sejak tahun 1970. Jenama Dunkin’ Donut mempunyai lebih daripada 12,000 cawangan di 50 negara di serata dunia. 

Dunkin’ Donut menjejaki pasaran Malaysia pada tahun 1987 dan kini mempunyai hampir 90 cawangan di seluruh negara. Rangkaian café ini bermatlamat untuk menghidangkan sumber tenaga positif kepada pelanggannya dengan menawarkan makanan dan minuman yang berkualiti dan perkhidmatan yang baik.

“Perjalanan e-dagang kami bermula pada September tahun lepas, apabila kami mula melancarkan kedai dalam talian kami. Kami kemudian bekerjasama dengan syarikat teknologi penghantaran makanan dan minuman atas talian seperti Foodpanda dan Grab untuk menambah baik pengalaman perkhidmatan pelanggan kami.

“Kami telah memerhatikan perkembangan perniagaan cawangan-cawangan kami yang telah bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan atas talian. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa perkhidmatan penghantaran makanan menyumbangkan hampir 10% daripada jualan keseluruhan cawangan-cawangan ini,”  kata Jesrina Liew, Pengurus Besar Dunkin’ Donuts Group.


“Oleh itu, kami beranggapan bahawa pasaran dalam talian seperti Shopee, dengan taktik pemasaran inovatif dan agresif mereka seperti kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day boleh membawa maanfaat dan melengkapi perkhidmatan di cawangan-cawangan kami.

"Mengambil contoh Kempen Super 9.9 Shopee– kami menganggarkan bahawa pengunjung platform tersebut akan meningkat sebanyak empat kali ganda dan berharap bahawa kempen tersebut boleh memanfaatkan promosi donat RM0.99 serta diskaun pembelian minuman dan barangan kami,” katanya.

Melalui promosi ini, pelanggan yang membeli Pek boucer RM9.90 dapat menikmati diskaun daripada pelbagai jenama termasuklah Dunkin’ Donuts. Jumlah diskaun yang diberi penjimatan kepada pelanggan sehingga 17 kali ganda daripada jumlah yang telah dibelanjakan.


Pihak SHOPEE juga memuji Dunkin’ Donuts yang telah mengorak langkah kehadapan dan memperluaskan perniagaan makan dan minumnya secara dalam talian kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Ho berkata, “Kejayaan promosi Dunkin’ Donuts di platform Shopee disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah proses penebusan baucar yang mudah, tawaran dan diskaun eksklusif dalam talian yang hebat. Lebih dari itu, rangkaian donat itu juga mempunyai kesediaan teknologi dan sumber-sumber asas untuk memasarkan produk dan jenama mereka kepada pasaran atas talian yang belum pernah ditembusi sebelum ini.

Di samping itu, kedai maya Dunkin’ Donuts juga mencatatkan peningkatan dalam pesanan harian sepanjang kempen 9.9 Super Shopping Day, berbanding dengan kempen 7.7 Orange Madness. Baucar 9-donut Dunkin’ Donut habis dijual dalam masa tiga hari, menjana peningkatan 1.6 kali dari kempen sebelumnya.

“Kami akan sentiasa bersedia untuk membantu Dunkin’ Donut, tidak kiralah dari segi pemasaran atau kempen bersama supaya perniagaan atas taliannya terus berkembang dengan jayanya di seluruh negara. Sebagai rakan kerjasama, senarai aset kami seperti sepanduk atas talian, teknologi pemberitahuan (push notification) dan pengirim langsung elektronik (EDM) sudah tersedia untuk dimanfaatkan oleh Dunkin’ Donuts. 

Selain itu, Dunkin’ Donuts juga boleh memanfaatkan ciri-ciri aplikasi Shopee yang lain seperti Shopee Quiz dan Shopee Live untuk mendekati pelanggan mereka dan memberi pengalaman membeli-belah yang lebih bermanfaat.”

Untuk menikmati diskaun hebat Dunkin’ Donut, Sila layari,  https://shopee.com.my/dunkindonutsmy.os

4 comments:

  1. Sesekali layan dunkin donut memang best. Ambil pula dengan set yang ada air blended sekali.. aduhhh..!! :)

    ...

    ReplyDelete
  2. wahh menarik ni. jarang makan dunkin donut. sekarang senang la boleh order online je hehe

    ReplyDelete
  3. wauu dah masuk shopee la dunkin donut. big apple menyusul

    ReplyDelete
  4. bila la dunkin' donuts ni nak masuk kelantan? Masa study di UM awal 90an dulu selalu gak beli donut ni dpn Hospital Universiti.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.