Monday, 30 September 2019

Empire Sushi, The Curve

Hari ni lepas kemas stor jalan-jalan dekat The Curve sebab nak temankan officemate cari baju untuk birthday party dia Jumaat nanti. Plus I nak balik pun memang akan naik MRT ecurve so alang-alang satu jalan, teman la kejap. 


Masa lalu dekat tunnel link ternampak Empire Sushi ni. Choice dia banyak, harga pun murah. Lagi best sushi dia banyak octopus based. Kalau makan dekat Sushi King Star Avenue memang tak jumpa la menu best macam ni. Dah la mahal. 

So I've spent RM30 untuk semua sushi. Jadi banyak sebab beli double sebab beli untuk adik sekali. Confident je beli banyak padahal tak tahu pun rasa dia macam mana but alhamdulillah sedap! 


My fav sushi from Empire Sushi will be...

1. Salmon Roll


Dekat Sushi King Star Avenue pernah makan salmon tapi rasa kembang tekak. Rasanya sebab salmon dah lama. This one fresh and sedap sangattttt. I berani beli sebab dah makan salmon dekat Seoul Garden haritu. Sedap!

2. Spicy Roll


Spicy Roll ni inti dia sotong. Sotong dekat sini juicy, sedap and fresh. Berbaloi lah satu ni RM2. For me, murah dengan kualiti macam ni. Dalam Spicy Roll ni ada salad dengan timun so pedas tu tak la terasa sangat. Sedappp! 

3. Idako 

Idako ni sushi yang ada sotong. Lepas ni kalau nak makan dekat sini memang akan ambil sotong je sebab sedap sangat. Rasa nak nangis makan sebab sedap. Selama ni makan dekat Sushi King je so tak tahu ada yang lagi sedap dekat luar sana. 

4. Wakame

Sebelum ni dah pernah makan wakame dekat Seoul Garden and since then jatuh cinta. Sushi dengan rumpai laut kot I'm not so sure tapi bentuk rumpai laut tu dah ada. Latok tu rumpai laut kan? Ke bukan? 

5. Takoyaki

Yang ni sushi campur takoyaki. Takoyaki dia lembut tau, tak macam dekat stall akak melayu jual yang membonga letak tepung je lebih tu. Yang ni makan memang dia letak sikit je tepung pastu letak sotong. 

6. Onigiri Ebiko 

Ebiko dekat Empire Sushi ni ada dua jenis. Satu yang warna oren, lagi satu warna merah. First time lah jumpa warna merah but for me, warna oren lagi sedap. Makan dengan onigiri terasa manis masin kulit tauhu tu. 


Lepas ni nak lepak lagi Empire Sushi sebab selalu je lepak tengok wayang dekat sana. Happynya dah tahu port nak labur duit dan nikmati kebahagiaannnnnn!

3 comments:

  1. Sedapnya sushi. saya yang tengok gambar pun terliur..

    ReplyDelete
  2. Farhana ni saja tauuu. ni nak p cari sushi ni huhuhu. Tapi fav ain ebiko! Sedapp. suka feeling letup2 dlm mulut tu masa gigit

    ReplyDelete
  3. Hari tu dah jumpa.. nak beli tapi risau tak sedap.. Bila tengok Farhana buh kat sini, terus rasa macam nak cuba juga.. hahaha..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.