Pengarah: Vishal Furia
Penulis Skrip: Saiwyn Quadras, Aamil Keeyan Khan, Ajit Jagtap
Pelakon: Kajol, Ronit Roy, Kherin Sharma, Indraneil Sengupta, Dibyendu Bhattacharya, Surjasikha Das, Jitin Gulati
Syarikat Produksi: Jio Studios, Devgn Films, Panorama Studios
Pengedar: PVR Inox Pictures, Panorama Studios, Netflix
Genre: Misteri / Seram
Durasi Tayangan: 133 minit
Tarikh Tayangan: 27 Jun 2025
Trailer:
Di sebuah kampung di Chandrapur, Bengal Barat mempunyai ritual pemujaan di mana bayi perempuan dijadikan korban kepada Dewi Kali sebaik sahaja dilahirkan. Kerana ritual kuno yang kejam ini buatkan Shuvankar Dasgupta (Indraneil Sengupta) lari ke bandar dan mulakan kehidupan baru bersama Ambika (Kajol Devgn). Mereka berdua dikurniakan anak perempuan bernama Shweta.
Sepanjang berada di bandar, mereka bertiga hidup dengan bahagia namun kerana panggilan telefon yang memaklumkan kematian ayahnya di kampung buatkan ketakutan Shuvankar kembali muncul. Shuvankar berurusan dengan Joydev (Ronit Roy), pengurus mendiang ayahnya untuk jual rumah pusaka dengan segera.
Dalam perjalanan pulang, Shuvankar ditemui mati dalam keadaan yang misteri berdekatan dengan hutan tempat pemujaan kuno dilakukan. Ambika yang terkejut dengan berita tersebut segera membawa Shweta ke Chandrapur untuk menguruskan hal pusaka keluarga Shuvankar sebagai waris yang sah.
Sementara Ambika sibuk dengan urusan hartanah, Shweta mula berkawan dengan Deepika (Roopkatha Chakraborty), anak kepada penjaga rumah agam milik keluarga mendiang ayahnya. Shweta rasa terpanggil untuk pergi ke bangunan usang dan hutan tebal di belakang rumah agam tersebut namun Deepika menegah kerana bahaya. Sebelum ini, ramai gadis remaja yang dipukau masuk ke kawasan tersebut tapi tiada kes yang dilaporkan kerana mereka semua pulang semula ke rumah. Anehnya, mereka menjadi pasif dan pendiam.
Filem Maa yang diterbitkan oleh Devgn Films merupakan spin-off kepada filem Shaitaan (2024) yang dibintangi oleh Ajay Devgn dan R. Madhavaan. Naskhah seram yang mengangkat kisah mitos seram di negara India menggunakan konsep yang sama dengan filem Shaitaan di mana remaja perempuan menjadi sasaran untuk sihir pukau.
Kalau dalam filem Shaitaan, watak Janhvi kena pukau lepas makan laddoo, dalam filem Maa pula anak gadis dipukau dengan rasa diseru masuk ke hutan. Benda ni biasa juga terjadi dalam masyarakat Melayu terutamanya bila masuk ke kawasan hutan atau denai. Masyarakat Indonesia pun tak asing dengan kes diseru bila franchise Waktu Maghrib (2023) ketengahkan watak Jin Ummu Sibyan.
First half filem Maa dah menarik dengan kepercayaan masyarakat setempat tentang pemujaan terhadap Dewi Kali yang menuntut bayi perempuan dikorbankan. Bila muncul watak Amsaja slowly rasa seram dan tertarik tu mula hilang gara-gara penggunaan CGI yang melampau. Entiti seram atau alam ghaib yang dipamerkan dalam Maa ada iras dengan Vecna dalam franchise Stranger Things. Susah nak cakap kebetulan sebab Bollywood memang suka copy kerja orang.
Makin bertambah teruk bila Ambika bertarung dengan Amsaja dalam hutan lepas Shweta diculik. Nampak sangat green screen tu, dalam babak Ambika dukung Shweta pun terlihat kelakar. Pengarah patutnya biar Shweta kena dukung dengan budak-budak perempuan lain. Pushkar Singh guna tona kelam untuk wujudkan suasana ngeri dan menyeramkan dalam filem Maa.
Music album filem Maa cuma ada 3 buah lagu dengan dua buah lagu berkaitan upacara pemujaan kepada Dewi Kali sementara sebuah lagu remake berjudul Humnava. Sekarang I dah ada dua versi lagu Humnava yang I suka sebab dalam filem Maa ni adalah dendangan lunak dari Shreya Ghoshal.
Lakonan Kajol dengan Ronit Roy yang banyak menghidupkan naskhah seram dan misteri Maa, sedangkan pelakon yang lain cuma ala kadar. Boleh jadi lakonan Kajol nampak meyakinkan sebab dia pun rasa seram bila berlakon dekat set filem Maa di Ramoji Film City, Hyderabad. I yang tengok pun meremang untuk beberapa babak dalam hutan atau rumah pusaka Shuvankar.
Sayang lah tak cari pelakon remaja yang bagus untuk watak Shweta sebab watak dia yang wujudkan elemen dramatik untuk Ambika dan Shuvankar. Tapi nak complaint banyak pun tak boleh sebab boleh nampak produksi filem ni tak spend banyak untuk cerita.
Filem Shaitaan (2024) tinggalkan impak yang kuat untuk filem seram tapi berbeza pula dengan filem Maa yang lemah pada skrip terutamanya di separuh masa kedua. Shaitaan 2 mungkin akan keluar pada tahun 2027 jadi harapnya production team tak ambil lewa macam Maa.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.5/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.