Setiap kali balik ke Sabak memang akan ternampak Restoran Abah Ikan Bakar tapi tak pernah pun berhenti untuk makan sebab mak dah masak dekat rumah. Terdetik jugak lah dekat hati nak try makan sebab ramai yang dah cuba. Kebetulan hujung tahun lepas terpaksa balik lambat sebab ada hal so akan lambat sampai ke Sabak. Kitorang decide untuk makan dalam perjalanan je lah.
Nak park dekat sini tak susah pun sebab kawasan shoplot tapi kalau park dekat kawasan belakang restoran memang seram sikit lah sebab kawasannya gelap. Masa tu ada adik lelaki sekali so berani lah sikit.
Sebelum order dekat sini, kena pilih meja dulu sebab setiap meja ada nombornya sendiri. Masa kitorang sampai ni orang tak ramai pun so kitorang terus je pergi dekat kaunter bahan mentah. Ada ketam, udang lipan, pahat, sotong, pelbagai jenis ikan tapi semua pun tak banyak. Mungkin sebab dah malam.
Kitorang pilih ikan siakap untuk masak 3 rasa dengan sotong untuk celup tepung. Masa pilih sotong tu macam geram juga lah dengan staff dia sebab suggest sotong yang mahal sikit harga dia dari sotong biasa. I tak nak ambil banyak sotong tu sebab dah biasa makan so tahu dia jenis liat kalau goreng. Dah lah sotong tak fresh dah lepastu nak menekan-nekan ambil yang mahal.
😏: Dik, taknak cuba makan pahat ke?
😐: ......
😏: Cuba lah pahat ni, sedap tau rasa dia
😐: Takpe lah tak nak
😏: Try lah
😐: Takpe takpe
😏: Try je
😐: Saya ni orang Sabak bang, dah biasa dah makan pahat
😏: oh okay okay
Kitorang order nasi putih 3, telur dadar dua orang makan dengan sayur brokoli oyster tapi sebab moody dengan staff dia, terus lupa nak order tomyam campur. Tapi okay je tak order sebab tak nak lah beria sangat makannya. Sampai rumah terus tidur je nanti.
Lama jugak lah kitorang tunggu order sampai sebab meja depan kitorang yang dah lama sampai sebelum kitorang order makanan pun tak dapat makan lagi. Kalau datang masa perut lapar memang jenuh nak tunggu, dah lah restoran dia panas sebab kipas dekat bahagian dinding sana je. Masa ni baru lepas hujan pulak tu so bahang tengah naik. Bau longkang besar dekat tepi restoran pun mengundang jugak. Antara sebab kenapa kitorang tak pilih meja dekat dengan dinding.
Sambil menunggu sambil borak sementara tunggu makanan sampai tapi staff dia datang bagitahu sayur brokoli oyster tak ada padahal masa order dah tanya dah menu tu ada ke tak, staff kata ada. Lama tau gap untuk diorang sedar yang sayur brokoli oyster tak boleh dimasak. Sudahnya ambil je kailan ikan masin. Bila tanya, dia kata tukang masak ada 3 orang tapi dah lebih setengahjam pun makanan tak sampai lagi.
Bila sampai macam murung sebab nanas dia nampak gelap benar, macam dah lembik. Of course lah nanas memang lembik tapi yang ni memang tahap kembang tekak lah kalau makan. Kitorang order masak 3 rasa tapi ada satu rasa je, rasa masam. Dia terlajak letak sos tiram ke apa tak tahu lah. Ikan dia tak lah fresh pun untuk harga RM58.30 sepinggan. Telur dadar dia berminyak teruk, nasi pun agak keras. Nescafe dia ceroi, nasib baik I order air kosong je.
Dah order, dah makan dah pun makanya lepas ni tak payah singgah makan dah. Kalau lapar beli je roti dekat Petronas lepas tu balik makan dekat rumah. Siang ke malam ke better makan dekat rumah. Satu je lah boleh puji, sotong celup tepung dia sedap sebab coating dia nipis dan crispy tak macam kedai toye.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.