Movie Review | Eternity (2025)

Thursday, 25 December 2025


Pengarah: David Freyne
Penulis Skrip: Pat Cunnane, David Freyne
Pelakon: Miles Teller, Elizabeth Olsen, Callum Turner, John Early, Olga Merediz, Da'Vine Joy Randolph    
Syarikat Produksi: Apple Studios, Star Thrower Entertainment   
Pengedar: A24
Genre: Romantik / Komedi / Fantasi
Durasi Tayangan: 114 minit
Tarikh Tayangan: 7 September 2025 (Toronto), 09 November 2025 (Stockholm International Film Festival), 26 November 2025 (United States)   
Trailer:


Teruja nak layan filem Eternity sebab team production raised question yang menarik untuk perempuan yang pernah berkahwin sebanyak dua kali atau lebih. Dekat syurga nanti nak habiskan masa dengan suami yang mana satu? Tak pernah lagi jumpa filem yang guna idea menarik macam ni ditambah dengan barisan pelakon yang visually attractive. 

Kisah bermula dengan babak Larry Cutler (Barry Primus) dan Joan (Betty Buckley) berbual tentang majlis sosial yang semakin banyak macam gender reveal party, graduation untuk sekolah tadika dan lain-lain. Larry tak suka bersosial dan rasa majlis macam ni buang masa sementara Joan pujuk dia untuk enjoy the moment. Sebelum berjumpa dengan anak-anak, Larry ingatkan Joan untuk bertenang dengan rahsia mereka berdua simpan di mana Joan tak punya banyak waktu gara-gara kanser. 


Di parti tersebut, mereka berborak tentang Luke (Callum Turner), suami pertama Joan yang meninggal semasa berkhidmat dalam Perang Korea. Tak lama kemudian Larry tercekik pretzel yang dimakan kemudian meninggal. 

Larry (Miles Teller) terjaga dalam keadaan fizikal yang lebih muda dan berada di dalam sebuah keretapi menuju ke kawasan yang dipenuhi dengan bangunan. Di sana dia bertemu dengan Anna (Da'Vine Joy Randolph), Afterlife Coordinator yang akan terangkan tentang perjalanan dia ke Eternity. Konsep mudahnya, kawasan tersebut adalah alam barzakh dan semua roh akan menetap selama seminggu untuk buat keputusan Eternity yang mana mereka akan tinggal untuk selamanya. 


Larry minta untuk tunggu Joan sampai ke alam tersebut kerana isterinya mempunyai kanser dan tak akan bertahan lama tapi Anna tegaskan yang Larry tak boleh tinggal lebih dari seminggu. Dalam perjalanan ke Beach Eternity yang dipilih oleh Larry, dia terserempak dengan Joan (Elizabeth Olsen). Bahagia Larry cuma sekejap sahaja kerana Joan juga bertemu dengan Luke yang telah menunggu selama 67 tahun. 

Filem romantik yang ditayangkan secara perdana di Toronto International Film Festival arahan dan penulisan David Freyne menggunakan tema fantasi untuk kisah cinta tiga segi antara Joan, Larry dan Luke. 


Walaupun dari awal lagi dah boleh agak yang Joan akan pilih Larry tapi penulis sengaja masukkan kisah cinta Luke dan Joan supaya klimaks lebih dramatik dan tegang. Konflik dan kekeliruan yang dimasukkan oleh penulis tak lah kuat sangat sebab kisah cinta Joan dengan Luke sekejap sangat untuk lawan kisah cinta Joan dan Larry yang mengharungi perlbagai cabaran ketika hidup bersama sebagai suami dan isteri. 


Watak sampingan yang dimasukkan agak menjengkelkan sebab komedi dari watak Anna dan Ryan (John Early) try hard untuk nampak kelakar. Apa perlunya masukkan watak perempuan berkulit hitam dalam dunia kulit putih? Nak kata untuk hiburan pun tak juga, sebab watak dia tak kelakar. Da’Vine did well as Anna tapi watak tu sendiri dah lemah. Macam mana boleh jadi AC tapi tak brief klien betul-betul? Dia nak kata dia sibuk apa semua tapi klien dia tinggal seminggu sahaja dekat situ. Elemen komedi agak lemah dalam filem Eternity tak kisah lah dari watak atau props, banyak yang gagal. I mean 'Finally you can touch Uranus.' Really? Your anus? Ada juga poster Dunia Kapitalis and I was like😑 


Konsep alam barzakh dekat dalam filem Eternity ni dah menarik cuma tak dikembangkan sangat sebab ada beribu dunia yang diwujudkan supaya roh boleh pilih. Penulis masukkan secara dasar sebab ruang yang terhad. Masa tengok filem Eternity ni rasa terganggu sebab ada kanak-kanak yang pilih brochure World of Satanism. Kau dah kenapa dik nak masuk neraka? Dekat dalam filem Eternity ni, neraka tu macam tempat cool untuk lepak. Bukan seorang yang pegang tapi I perasan ada dua kali babak extra consider nak masuk neraka. I okay je kalau roh tu memang jahat tapi kenapa nak consider? Kalau memang tempat dia dekat neraka kenapa tak tarik je masuk? Lahh tiber sembang pasal babak extra. 


Berbalik kepada watak utama, dari awal lagi dah nampak hala tuju Joan sebab bila dia spend time dengan Larry walaupun dekat tempat yang crowded tapi babak tu rasa tenang dan awwdorable. Memang lah Luke kacak, jenis lelaki ideal tapi tak boleh lawan ketenangan yang Joan rasa dengan Larry. Sembang pasal mundane life je pun tapi chemistry Miles dengan Elizabeth buatkan momen tu jadi romantik. Body gesture Joan berbeza sangat dengan Larry dan Luke. Bila dia dengan Luke boleh nampak dia selalu nervous tapi dengan Larry, dia nampak tenang dan selesa. 

Of course, Elizabeth ada chemistry yang kuat juga dengan Callum sebab tu I faham bila dia keliru nak pilih mana satu. Callum did his part as Mr. Perfect cuma perkembangan watak dia tak banyak. Even watak dia pun tak mampu nak buat lebih untuk pengaruhi keputusan Joan sebab memori mereka berdua tak banyak pun. 


Tak pasti kenapa watak Larry dan Joan berada dalam latar masa 60-an, mungkin sebab masa tu adalah masa terbaik mereka berdua sebelum munculnya anak-anak tapi I tak nak merungut banyak sebab wardrobe Elizabeth cantik sangat dari awal sampai hujung filem. Filem Eternity ni mungkin ada banyak kelemahan tapi romantic trope yang dimasukkan sangat kuat dan jelas walaupun cuma dari small gestures atau details. 

p/s: Bila tengok Callum Turner dalam Eternity, dah boleh faham kenapa boleh jadi tunang Dua Lipa.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.