Kuala Lumpur, 20 Disember 2025 – Apabila pemujaan bertukar menjadi perjuangan mempertahankan kebenaran, mampukah seorang peguam membela idolanya yang dituduh melakukan jenayah? Ditayangkan secara serentak dengan Korea, IDOL I bakal menemui penonton di Malaysia bermula 22 Disember 2025 di platform Tonton.
Menggabungkan elemen mahkamah, romantik, misteri, undang-undang dan komedi, IDOL I diarahkan oleh Lee Gwang-Young dan dibintangi barisan pelakon popular Korea seperti Choi Soo Young (SNSD), Kim Jae Yeong, Choi Hee Jin, Kim Hyun Jin dan Jung Jae Kwang. Drama ini mengetengahkan kisah unik tentang peminat setia yang terpaksa menyembunyikan perasaan demi menegakkan keadilan.
Drama ini mengisahkan Maeng Se-Na (Choi Soo Young), seorang peguam terkenal yang digelar ‘peguam untuk penjenayah’ kerana keberaniannya membela kes-kes berprofil tinggi yang sering dikecam masyarakat. Di sebalik reputasinya yang tegas dan profesional, Se-Na menyimpan satu rahsia besar iaitu dia merupakan peminat setia selama 10 tahun kepada kumpulan idol popular, Gold Boys.
Kehidupannya berubah drastik apabila idolanya, Do Ra-Ik (Kim Jae Yeong), vokalis dan wajah utama Gold Boys, dituduh terlibat dalam kes pembunuhan misteri. Demi membuktikan idolanya tidak bersalah, Se-Na terpaksa menyembunyikan identiti sebenar sebagai peminat dan mengambil kes tersebut, sekali gus membawanya ke dalam jaringan rahsia dan kebenaran yang tidak dijangka.
Do Ra-Ik pula digambarkan sebagai seorang idol yang kelihatan sempurna di atas pentas, namun memendam tekanan emosi dan beban akibat populariti serta harapan peminat. Apabila tuduhan pembunuhan menghancurkan kehidupannya, dia mula menanggalkan topeng senyuman dan berdepan sisi gelap dirinya, sekali gus mengubah perjalanan hidupnya buat selamanya.
IDOL I menampilkan gabungan menarik dunia K-pop, budaya fandom dan sistem perundangan, menjadikannya naskhah yang segar dan berbeza. Dengan dinamik hubungan antara peguam dan idol, drama ini bukan sahaja sarat dengan ketegangan kes mahkamah, malah turut menyentuh isu identiti, kepercayaan dan harga yang perlu dibayar demi kebenaran.
Saksikan IDOL I bermula 22 Disember 2025, episod baharu setiap Isnin dan Selasa, jam 10.30 malam, serentak dengan tayangan di Korea melalui Tonton! Ikuti perjalanan penuh debaran melibatkan cinta peminat, misteri pembunuhan dan perjuangan menuntut keadilan.
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.

.jpg)


Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.