‘KONSERT COUNTDOWN KITA 2026’ ASTRO SATUKAN ARTIS PELBAGAI BANGSA RAIKAN TAHUN BAHARU

Wednesday, 3 December 2025

‘KONSERT COUNTDOWN KITA 2026’ ASTRO SATUKAN ARTIS PELBAGAI BANGSA RAIKAN TAHUN BAHARU | Konsert gilang-gemilang ini kembali selepas kejayaan tahun lalu dengan kerjasama IOI City Mall

Kuala Lumpur, 2 Disember 2025 – Syarikat hiburan dan penyiaran terkemuka negara, Astro, kembali dengan penganjuran konsert hujung tahun yang dinanti-nantikan, ‘Konsert Countdown KITA 2026’, seperti yang diumumkan di rakaman program popular MeleTOP hari ini.

Meneruskan kejayaan luar biasa tahun lalu yang telah menarik lebih daripada 30,000 penonton di lokasi serta mencatat lebih 18 juta tontonan di platform media sosial, konsert ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara acara kiraan detik tahun baharu paling ikonik dalam sejarah hiburan tanah air. Tahun ini, konsert berprestij tersebut menjanjikan malam penuh gemilang dengan persembahan daripada barisan artis ternama tempatan yang bakal menghiburkan bagi menutup tirai 2025 dan menyambut kehadiran tahun baharu dengan semangat serta aspirasi baharu.

Selaras dengan semangat “KITA”, konsert ini meraikan keindahan kepelbagaian Malaysia, bagaimana setiap persembahan, rentak dan suara membawa cerita, identiti serta aspirasi rakyat Malaysia. Di pentas ini, muzik menjadi jambatan penyatuan, menghimpunkan kita untuk melangkah ke tahun baharu dengan penuh optimisme, kebersamaan dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. 

Konsert tahun ini bakal menampilkan barisan artis terkemuka merentasi genre dan generasi, menjanjikan persembahan yang energik, penuh jiwa dan menyentuh hati. Antara artis yang bakal memeriahkan pentas ‘Konsert Countdown KITA 2026’ termasuk Ella, Alleycates, Faizal Tahir, Amir Masdi, Hael Husaini, Nadeera, ALPHA, Mimi Fly, Darkkey, Ruhan (juara Big Stage Tamil), Geraldine Gan, Nicole Lai, Zuvy, Jun Jun, Auddra, Rayme dan ramai lagi. 

“Tahun lalu, konsert countdown kami menerima sambutan luar biasa. Tahun ini, kami memperluaskan barisan artis untuk pengalaman yang lebih meriah dan inklusif, seiring tema KITA sebagai simbol kebersamaan. Mengambil kira situasi banjir yang sedang melanda negara, Astro turut menyeru para penonton untuk bersama-sama menyumbang kepada keluarga mangsa melalui Bantuan Bencana Banjir Astro Kasih. ‘Konsert Countdown KITA 2026’ bukan sekadar sebuah persembahan hiburan, tetapi juga simbol perpaduan serta kreativiti anak seni tempatan yang bersatu untuk membawa semangat kebersamaan. Kami teruja menutup tirai tahun ini dengan persembahan yang menginspirasi kegembiraan, perpaduan dan permulaan baharu untuk semua,” kata Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Kandungan GenNext, Astro.

Astro, sekali lagi berbesar hati menjalin kerjasama dengan IOI City Mall Putrajaya sebagai penaja utama dan rakan lokasi rasmi, serta Hotel Moxy Putrajaya sebagai hotel rasmi pada hari tersebut. Maklumat lanjut mengenai ‘Konsert Countdown KITA 2026’ adalah seperti yang tertera di bawah:

Tarikh: 31 Disember 2025, Rabu

Lokasi: The Symphony Walk (East), IOI City Mall Putrajaya

Platform Televisyen: Astro Ria, (saluran 104)

Platform Digital: On Demand & Astro GO 

Agenda:

1. Pre-Show KITA 2026

4 petang – 6.30 petang

Dibarisi oleh bakat-bakat daripada Astro Home of Live dan dihoskan oleh Haziq Hussni. 

2. Konsert Countdown KITA 2026

9 malam – 10 malam

Menampilkan persembahan terhebat daripada penyanyi-penyanyi popular di Malaysia, dihoskan oleh pengacara tetap program MeleTOP iaitu Nabil Ahmad, bersama pelakon popular Revathy Mariappan dan personaliti radio MY FM, Yoon Ng.

3. Kiraan detik tahun 2026 & persembahan bunga api khas 

Konsert ini turut diserikan dengan segmen kemuncak yang dinanti-nantikan iaitu ‘countdown’ detik bersejarah menjelang jam 12 malam, diikuti pertunjukan bunga api eksklusif berskala besar sebagai simbolik menyambut kedatangan 2026 dengan penuh makna. Malam penuh gemilang ini dilengkapkan dengan persembahan penutup daripada penyanyi tersohor tanah air.

Tawaran Astro Rewards

Para pelanggan Astro boleh nikmati ganjaran eksklusif sempena Konsert Countdown KITA 2026! Daftar di aplikasi Club IOI untuk kredit segera RM6, manfaat parkir percuma sehingga 4 jam, diskaun parkir tanpa had, serta potongan 15% pada tempahan Moxy Hotel. Maklumat lanjut di aplikasi My Astro.

Tabung Sumbangan Mangsa Banjir: 

i. Bantuan Banjir Astro Kasih

Imbas kod QR yang disediakan pada skrin di Astro Ria (saluran 104) dan di acara tersebut. 

ii. Yayasan Astro Kasih

Nama Bank: RHB Bank Berhad
Nombor akaun: 21412900254230

Kemeriahan bakat-bakat daripada artis Astro Home Of Live di ‘Hello Putrajaya’

Sebagai usaha memeriahkan ‘Konsert Countdown KITA 2026’, Astro menganjurkan aktiviti pra-acara eksklusif ‘Hello Putrajaya’ di IOI City Mall Putrajaya. Acara ini menghimpunkan barisan selebriti daripada program-program popular Astro seperti Elite, Mendua, Mark Adam, Nubhan, Iskandar Ismail, Ruri Repvblik (Gegar Vaganza 12); Naqiu, Iaman dan Saputra (The Chosen One XTRA); Mazleen (Juara Kilauan Emas 2025); Auddra, Sharifah Shahira, Amad dan Siti Sairah (Talk To My Manager); ALPHA (Big Stage Alpha); Zuana (Raise The Star Malaysia); Alvin Chong dan Nicole Lai (Astro Star Quest); V-Haara (Attam), dan ramai lagi. Showcase ini dianjurkan untuk menghargai peminat dengan memberikan pengalaman lebih dekat melalui persembahan, interaksi dan aktiviti menarik, termasuk penampilan awal artis yang bakal mewarnai ‘Konsert Countdown KITA 2026’.

‘Hello Putrajaya’ turut berkolaborasi dengan VIU yang menampilkan sesi meet & greet drama hit ‘Satu, Dua… Dia?’ bersama barisan pelakon utama, eksklusif untuk pelanggan Astro melalui Astro Rewards.

Acara ini berlangsung pada 6 Disember 2025 (Sabtu), jam 2.00 petang di Symphony East 3, Aras G, IOI City Mall Putrajaya sebagai pemanas suasana menjelang malam ‘Konsert Countdown KITA 2026’.

#KonsertCountdownKITA2026 #HelloPutrajaya #AstroHomeOfLive #MeleTOP

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.