Pengarah: Arun Gopalan
Penulis Skrip: Ritesh Shah, Ashish P. Verma, Bindni Karia
Pelakon: John Abraham, Neeru Bajwa, Manushi Chhillar, Adam Karst, Ido Samuel, Ashwin Kaushal
Syarikat Produksi: Maddock Films, Bake My Cake Films
Pengedar: ZEE5, Netflix
Genre: Aksi / Thriller
Durasi Tayangan: 116 minit
Tarikh Tayangan: 14 Ogos 2025
Trailer:
ACP Rajeev Kumar (John Abraham) terkesan dengan kematian seorang kanak-kanak perempuan akibat letupan bom yang diletakkan di belakang kenderaan pegawai kedutaan Israel. Permusuhan antara Tehran dan Israel melibatkan warga India yang tak berdosa lantas ACP Rajeev Kumar buat keputusan untuk menjejak dalang kejadian.
Dari penyiasatan di India, membawa mereka kepada pensyarah tempatan bernama Layla (Elnaaz Norouzi) yang pergi ke Tehran untuk seminar tentang hubungan diplomasi. Dari pengakuan Layla, jelas menunjukkan ketiga-tiga orang Iran iaitu Shahin Sultani, Reza Abasi dan Afshar Hosseini berada di India dan memantau Kedutaan Israel. Setelah kejadian mereka bertiga bersembunyi di Thailand dan Georgia.
ACP Rajeev Kumar terpaksa selesaikan misi ini secara rahsia kerana pada masa tersebut, India dan Iran bakal tandatangan perjanjian minyak antara dua negara. Sekiranya Rajeev gagal dan rosakkan nama baik Iran, perjanjian tersebut akan dibatalkan dan merisikokan negara India.
Filem yang diangkat dari kisah benar yang berlaku pada tahun 2012 menjadi plot utama naskhah berlatarkan dunia perisik arahan Arun Gopalan. First half movie diceritakan tentang hubungan diplomatik dan geopolitik antara negara India, Iran dan Israel supaya penonton faham kenapa perjalanan ACP Rajeev tak menjadi tugas balas dendam yang mudah kerana hubungan baik negara India bersama negara-negara lain perlu dijaga.
Filem Tehran mungkin tak sesuai untuk tontonan rakyat Malaysia sebab ada isu sensitif yang dimasukkan seperti isu Palestin yang dijadikan cover-up oleh pihak Iran setelah membunuh warga Israel di London. Negara India ada hubungan diplomatik yang kuat bersama negara Israel so I tengok cuma untuk tengok konflik politik 3 negara yang pernah berlaku di India. Disebabkan kes pengeboman Iran terhadap Israel ini lah, pihak India mengambil tindakan untuk beri amaran kepada dua negara ini supaya bergaduh di luar India.
Bila bergerak ke second half Tehran, ACP Rajeev dah naik sheikh, nak bergerak sendiri lepas apa yang berlaku di Pelabuhan Al-Ahidi, Abu Dhabi. Dekat sini filem Tehran dah mula longgar dan timbulkan kekeliruan juga kelompongan. I faham watak Rajeev terkesan dengan kanak-kanak perempuan tu sebab dia ada anak perempuan juga tapi skuad yang lain kenapa nak follow juga?
Filem Tehran cuma masukkan kisah benar tersebut pada 5 minit awal sahaja dan bergerak secara fiksyen sepenuhnya hingga ke hujung. Bila banyak fiksyen maka makin banyak lah dramatization supaya boleh tarik emosi penonton. Malangnya, formula tersebut gagal.
Lakonan John Abraham tak ada perbezaan antara watak-watak yang sebelum ini dilakonkan. Dia masih lagi mengekalkan karakter yang pendiam, tegas dan agresif. Babak aksi tampak cemerlang dengan sinematografi dari Ievgen Gubrebko dan Andre Menezes yang menjaga teknik kamera supaya dunia peperangan antara tiga negara terlihat asli.
Manushi Chillar sekali lagi gagal buktikan bakat lakonan lepas The Great Indian Family (2023) dan Bade Miyan Chote Miyan (2024). Pengarah bagitahu yang filem Tehran sepatutnya tayang dekat panggung tapi terpaksa masuk ke streaming platform sahaja jadi banyak babak dipotong. Semua yang dipotong pula ada watak SI Divya Rana (Manushi Chillar) maka sebab itu lah screentime dia dalam Tehran nampak sekejap sangat. Tapi nak kata sebab screentime terhad pun, lakonan Elnaaz Norouzi lebih bagus dari Manushi walhal muncul sekejap sahaja.
At this point I bersimpati dengan Manushi sebab tak dapat filem yang boleh bagi ruang dan peluang. Mungkin dia patut cari web series supaya boleh dapat pengalaman berlakon dan ruang untuk berkembang. Sayang lah kalau setakat jadi pasu bunga sebab geng nepo babies pun dah semakin ramai mendominasi industri.
Apapun, filem Tehran boleh jadi lebih menarik jika ketegangan yang dibina lebih menarik, watak sampingan di samping Rajeev lebih kuat untuk menyokong misi Rajeev hingga ke hujung. Good as one-time-watch.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 6.8/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.