APABILA RINTIHAN SUARA ANAK KECIL BERGEMA DI BUMI GAZA

Wednesday, 31 December 2025

“Tolong… Datanglah. Kereta Kebal Dah Mendekat.” | APABILA RINTIHAN SUARA ANAK KECIL BERGEMA DI BUMI GAZA

Primeworks Studios mencuri perhatian menerusi pelancaran teaser berdurasi 15 saat bagi filem terbaharu pasaran mereka, The Voice of Hind Rajab. Tanpa visual sensasi atau skor dramatik, teaser ini memilih pendekatan yang terkawal dengan bergantung sepenuhnya pada keheningan, jeda masa dan satu suara kecil yang merayu, terasa menghimpit dan sukar diabaikan. Dalam masa yang sama, bintang Hollywood, Brad Pitt dan Joaquin Phoenix, turut terlibat dalam projek ini sebagai penerbit eksekutif.



“Tolong… datanglah. Kereta kebal dah mendekat!” (“Please, come. The tanks are coming!”). Baris pembuka ini terus merentap emosi pendengar. Video tersebut kemudian disusuli suara yang cuba membantu, “Apa nama kamu?” (“What’s your name?”), sebelum suara sebelumnya kembali dalam nada rapuh dan terdesak, “Nama saya Hind Rajab Hamada. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya keseorangan.” (“Hind Rajab Hamada. Please, don’t leave me. I’m all alone.”).


Suara rayuan itu milik Hind Rajab, seorang kanak-kanak Palestin berusia enam tahun yang terperangkap di dalam sebuah kereta di Gaza ketika cuba mendapatkan bantuan kecemasan dalam peristiwa sebenar pada 29 Januari 2024. Dengan menggabungkan rakaman audio sebenar dan lakonan skrip, filem ini mengekalkan suara panggilan tersebut sebagai rakaman asli, sekali gus memperlihatkan detik penantian yang getir dan sunyi. 

Diarahkan oleh Kaouther Ben Hania, filem ini menampilkan barisan pelakon asal Palestin iaitu Saja Kilani, Motaz Malhees, Amer Hlehel dan Clara Khoury. The Voice of Hind Rajab dijadualkan ke pawagam Malaysia Januari ini dan turut disenarai pendek bagi Best International Feature Film di Anugerah Akademi ke-98 (98th Oscars). 

Jika 15 saat teaser sudah cukup untuk menghentikan nafas, filem penuhnya dijangka meninggalkan kesan mendalam sebagai peringatan tentang kemanusiaan, kehilangan dan suara yang tidak sepatutnya tenggelam.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.