Movie Review | Pretty Crazy (2025)

Thursday, 25 December 2025


Pengarah: Lee Sang-geun
Penulis Skrip: Lee Sang-geun
Pelakon: Im Yoon-ah, Ahn Bo-hyun, Sung Dong-il, Joo Hyun-young    
Syarikat Produksi: Filmmaker R&K, Sanai Pictures   
Pengedar: CJ Entertainment 
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 13 Ogos 2025
Trailer:


Lee Gil-goo (Ahn Bo-hyun) merasa terbeban dengan kehidupan kerjayanya di syarikat korporat lalu berhenti dan menganggur. Dia mempunyai bakat unik di mana boleh dapat barang dalam mesin cekau. Kebanyakan masanya habis di arked tapi dia lebih gembira di sana. 


‘Scan and choose your target. Aim with precision. Be decisive. That’s how you get what you want. As you gain experience, your skills grow. It’s simple and clear. But life’s not a claw machine. It’s way more complicated and difficult. Where did it all go wrong?’ – Lee Gil-goo


Satu hari, Gil-goo dapat jiran baru di tingkat bawah dan terpegun dengan kecantikan Jeong Seon-ji (Im Yoon-ah). Kalau ada bidadari di dunia, Seon-ji lah orangnya. Ketika pulang ke rumah selepas keluar makan dengan rakan baiknya, Gil-goo terserempak dengan Seon-ji dalam lif. Anehnya, karakter Seon-ji berbeza dengan apa yang dia lihat sebelum ni. 

Seon-ji kasar dan perengus, penampilan dia juga berbeza dengan make-up yang lebih garang dan pakaian yang berwarna terang. Gil-goo berharap apa yang dia lihat semalam adalah mimpi tapi kalau mimpi, pertemuan dengan Seon-ji semalam macam terngiang di kepala. Dia turun ke bakeri milik jiran baru tersebut untuk cari tahu. 


Seon-ji tak sebut langsung tentang pertemuan mereka tapi karakter dia lebih mesra dan lemah-lembut. Gil-goo buat keputusan untuk menghendap Seon-ji pada pukul 2 pagi di taman bawah apartment mereka. Di sana, dia berjumpa dengan Seon-ji yang ganas dan garang, sama macam dalam lif. Kantoi menghendap Seon-ji, ayahnya Jeong Jang-soo (Sung Dong-il) bagitahu Gil-goo, anak perempuannya dirasuk oleh roh perempuan yang berdendam dengan keturunan mereka. 


Naskhah romantik komedi Pretty Crazy arahan dan penulisan Lee Sang-geun menggunakan idea unik tentang dua orang wanita berbeza dalam satu badan yang sama. Awalnya, ingatkan Seon-ji ada sakit mental dan berubah karakter pada waktu malam rupanya ada elemen supernatural dalam filem ni. 


Watak Yoon-ah mencabar sikit lah dalam Pretty Crazy sebab siang kena jadi wanita yang sopan dan lemah-lembut tapi bila malam berubah karakter. Energy level pun berbeza sangat sebab roh perempuan tu aktif sampai semua orang dia jumpa, dia nak cari pasal. Rutin dia sama saja setiap hari, main buaian dekat taman kemudian pergi makan kek dekat kedai serbaneka. 

Mungkin sebab makan gula tengah malam yang buat dia jadi hyper tapi kesian dekat ayah dia sebab kena jaga setiap malam sampai jam 4 pagi. Kalau ikutkan merepek lah juga sebab muka Seon-ji maintain cantik bila siang padahal kalau kita tak cukup tidur dah ada eyebag gedabak, mata merah tak pun mata panda. Seon-ji cantik elok siang atau malam. Badan pun tak lenguh walaupun aktif siang dan malam. 


Penceritaan Pretty Crazy ringkas tapi menghiburkan sebab watak Seon-ji tu kelakar walaupun ada masanya dia over tapi not bad lah untuk genre komedi. Yoon-ah dah pernah bekerja dengan pengarah Lee Sang-geun dalam filem Exit (2019) so I guess dia selesa dengan watak dan genre komedi sebab comic timing dia menjadi. Gerun tengok muka dia bila naik gila tapi kelakar juga dalam masa yang sama. Macam mana Gil-goo tertipu dengan roh perempuan tu, macam tu lah juga I yang menonton.

Sebelum ni dah pernah tengok lakonan Ahn Bo-hyun dalam genre komedi tapi ini pertama kali dia berlakon dalam filem. Reaksi dan bahasa badan dia menghidupkan dunia Pretty Crazy dan mempunyai dinamik yang kuat dengan Yoon-ah. Comel tengok dia layan perangai Seon-ji waktu malam tapi angau di siang hari. Lakonan Ahn Bo-hyun sebagai Gil-goo menang anugerah Best New Actor di Blue Dragon Film Awards. Mungkin lepas ni makin aktif lah dia berlakon dalam filem. 


Dekat first half filem Pretty Crazy, penulis kuatkan elemen komedi dan romantik tapi masuk dekat second half dah mula serius bila ada dukun yang cuba tarik roh yang ada dalam badan Seon-ji. Plot ni makin kuatkan hubungan Gil-goo dengan roh perempuan tu. 

Dekat hujung pun macam tertanya-tanya sama ada Gil-goo suka dengan Seon-ji ataupun roh perempuan tu sebab penulis biarkan penonton berteka-teki hubungan mereka berdua. Kalau penulis perdalamkan lagi hubungan Gil-goo dengan Seon-ji sebenar mungkin lebih kuat elemen romantik tu. Anyway, it’s a fun watch. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 = 8.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.