Filem Duyung Legenda Aurora menerima reaksi positif daripada Dato’ Seri Vida (DSV) yang hadir memeriahkan Malam Gala filem tersebut pada 17 Disember lalu. Menurut beliau, filem ini berjaya menyajikan gabungan aksi dan komedi yang sangat menghiburkan, sekali gus sesuai untuk tontonan seisi keluarga daripada pelbagai lapisan usia.
DSV berkata, antara elemen yang paling menarik perhatiannya adalah babak-babak aksi yang dipersembahkan dalam filem ini. “Saya memang suka babak aksi dalam filem Duyung ini, sangat fresh” katanya ketika ditemui pada Malam Gala. Menurut beliau, elemen aksi tersebut bukan sahaja menghiburkan, malah memberikan pengalaman tontonan yang lebih segar berbanding filem-filem sebelumnya.
Beliau turut memuji kehadiran kumpulan lawak Zero yang dianggotai oleh Sharif, Atu dan Syaiful. Menurut DSV, trio tersebut berjaya membawa aura positif menerusi lawak bersahaja yang segar dan mengena. “Saya suka vibes Zero. Lawak mereka sesuai dengan cerita, jadi memang seronok ditonton,” ujarnya lagi.
Selain itu, DSV turut meluahkan rasa terhibur dengan kemunculan watak ikonik Jimmy yang dibawakan oleh Saiful Apek, yang kembali mencuri perhatian sejak filem Duyung yang pertama. Menurut DSV, kehadiran pelawak legenda tersebut membuktikan bahawa ‘sengatan’ komedi pelawak lama masih relevan dan terus digemari oleh masyarakat hingga ke hari ini.
Dalam pada itu, DSV turut mempromosikan single terbarunya berjudul Happy yang dipilih sebagai salah satu lagu runut bunyi (OST) rasmi filem Duyung Legenda Aurora. Lagu tersebut dilihat melengkapkan suasana ceria dan menghiburkan filem ini, selari dengan tema serta perjalanan ceritanya. Pada Malam Gala berkenaan, DSV turut membuat persembahan khas menerusi lagu tersebut, sekali gus menceriakan lagi acara dan mendapat sambutan hangat daripada para tetamu.
Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Duyung Legenda Aurora yang bakal menggegarkan pawagam seluruh negara mulai 25 Disember 2025. Gunakan tanda pagar #DuyungLegendaAurora dan #FilemHiburanHujungTahun untuk memeriahkan lagi perbualan di media sosial!
Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Duyung Legenda Aurora, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.