KUTIPAN HAMPIR RM300,000! YASSIN YAHYA SYUKUR HARI PERTAMA DUYUNG LEGENDA AURORA RAIH SAMBUTAN POSITIF

Friday, 26 December 2025

Pelakon dan pelawak popular, Yassin Yahya meluahkan rasa syukur dan terharu menerusi hantarannya di Instagram selepas berkongsi sambutan positif hari pertama tayangan filem terbaharu lakonannya, Duyung Legenda Aurora, yang mencatat kutipan menghampiri RM300,000 di pawagam seluruh negara.


Yassin menyifatkan sambutan awal itu sebagai sesuatu yang tidak disangka-sangka, sekali gus menjadi suntikan semangat besar buat dirinya. “Alhamdulillah, hari pertama Duyung 2 mencecah RM300,000. Terima kasih kepada semua penyokong, khususnya peminat Orix yang sudi datang menonton,” katanya.

Beliau turut mengakui dirinya benar-benar tersentuh dengan sokongan berterusan yang diterima, termasuk mesej serta maklum balas daripada peminat yang meluahkan rasa rindu terhadap watak ikonik Orix, yang sinonim dengan namanya. Menurut Yassin, sokongan tersebut membawa makna yang amat besar buat dirinya pada fasa kerjaya ketika ini.


 “Terus terang, saya benar-benar terharu. Di usia sebegini, tak pernah terlintas masih ada yang mahu menonton dan setia menyokong,” tulisnya.

Kembalinya Yassin sebagai Orix dalam Duyung Legenda Aurora nyata mencetuskan keterujaan penonton sejak awal, khususnya mengenai sisi baharu serta pendekatan skrip yang dibawakan dalam filem terbaharu ini. Yassin turut berseloroh, “Manalah tahu kalau tercetus idea untuk buat filem Orix sahaja. Kalau anda setuju, tekan komen,” katanya.

Antara lokasi utama yang mencatat sambutan memberangsangkan termasuk Sabah, Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Kedah, dengan keseluruhan tayangan melibatkan 87 lokasi pawagam di seluruh negara.


Dihasilkan oleh KRU Studios dan 8 Bit Studio, dengan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, filem arahan Dato’ Prof. Ts. Dr. A. Razak Mohaideen ini menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Maya Karin, Saiful Apek, Yasmin Hani, Anna Jobling, Ayie Floor88 serta Datuk Yusry Abdul Halim.

Sebagai sebuah naskhah komedi mencuit hati, Duyung Legenda Aurora menggabungkan elemen kekeluargaan, persahabatan dan nilai kebersamaan. Dengan jalan cerita yang mudah difahami serta dialog santai, filem ini direka sebagai tontonan ringan yang mudah dinikmati tanpa memerlukan penonton berfikir terlalu berat.


Sesuai sebagai pilihan hiburan hujung tahun dan sepanjang musim perayaan, Duyung Legenda Aurora kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara. Dapatkan tiket anda segera!

Gunakan tanda pagar #DuyungLegendaAurora dan #FilemHiburanHujungTahun untuk memeriahkan lagi perbualan di media sosial.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Duyung Legenda Aurora, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.