Lepas minum matcha dekat Niko Neko, rasa teringin pulak nak makan beef roti sebab dah alang-alang datang sini, why not try makan beef roti. Jalan punya jalan terjumpa lah kedai yang jual beef roti tapi decided nak jalan lagi sebab tak nak cuba yang first jumpa, takut nanti ada yang lagi sedap dekat depan.
Jalan punya jalan tiba-tiba tak jumpa dah beef roti tapi banyak jual durian haaa masak tadi nak jalan sangat kan. Lepas tu dah berkicap bawah panas terik, masuk lah kedai mee tarik sebelah Mee Tarik Jalan Sultan. Dekat Hai Kee ni pun ada jual beef roti. Dah duduk, dah order apa semua, baru perasan dia pan-fried bun bukan beef roti. Benda dah order, makan je lah.
Bila dah sampai, rupa dia macam ni. Kalau beef roti, dia bulat dan flaky tapi pan-fried buns ni dia macam pau tapi bahagian atas dengan bawah dah garing kena grill atas pan. Beza dengan beef roti, doh bun ni direndam dalam susu sebelum kukus lepastu baru grill. I guess ada minyak tapi tak banyak macam deep-fried, letak minyak just untuk tak melekat sebab bahagian luar tak rasa berminyak pun.
Ban ni agak tebal lah roti dia tapi okay je sebab dia yang tampung daging dan jus dekat dalam. Harga untuk satu bun ni RM6 which I found it worth the price lah sebab isi dia banyak dan tebal. Bila makan tu dia melt dalam mulut. Even masa taip ni pun I boleh terbau-bau Beef Pan-fried Bun ni.
Kalau sejenis clumsy atau tengah pakai baju warna cerah, elakkan lah makan guna tangan, advisable makan dalam pinggan guna garfu dan sudu sebab jus dia boleh meleleh atau terpercik kena baju. Plus, dia panas so please wait for seconds lepas koyak bun tu.
Since dia tebal dan besar dengan isi yang mampat, cukup kalau makan sebiji dalam satu masa sebab dia cepat muak. Well at least for me lah, mungkin juga I dah kenyang sebab minum matcha hshshs
Menyesal juga order mee tarik ni sebab I dah kenyang tapi mee dia lagi sedap dari Mee Tarik Jalan Sultan sebab kuah dia ada rasa air rebusan daging. Ketara lah juga beza antara kuah mee tarik ni dengan mee tarik kedai sebelah sebab hirisan daun bawang dia just nice, tak tutup bau daging. Makan memang berselera sebab daging dia lembut, mee pun kenyal tapi sikit je lah mampu telan lepastu tapau bawa balik. Perut dah tak boleh tampung dah.
Bila makan dekat sini boleh tambah topping secara percuma. Ada 6 jenis topping tak silap - daun bawang, hirisan cili merah, lobak asin, bawang putih macam tu, Yang lain I dah tak kenal apa dia letak sebab tak ada tag.
Lepas minum matcha, minum pula kopi so tak wujud soalan 'suka matcha atau suka kopi' sebab I suka dua-dua. Kopi dia pekat tapi I rasa dia guna kopi paket lepastu letak susu tin macam kopi dekat kopitiam. Minum masa cuaca panas memang stimmmm (I learned this from Sip and Spill).
Restoran Hai Kee ni sarat dengan decorations, the interior pun ada vibe tradisional. Tak pasti kalau malam ramai orang ke tak sebab I pergi waktu makan tengahari hari Sabtu tapi tak ramai orang. Service dia bagus sebab waiter peramah even waiting time tak lama. But still, I pergi waktu tak ramai orang so tak boleh nak sembang lebih kalau ada yang pergi masa peak hour.
Baca review ramai yang recommend beef skewer dia so nanti nak pergi lagi makan menu tu pulak and of course, repeat Beef Pan-fried Buns diaaaa hikks!
















Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.